omniture

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute Dijadualkan pada 8-10 Disember 2020

Milken Institute
2020-08-17 13:32 767

SINGAPORE, 17 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Milken Institute mengumumkan hari ini Sidang Kemuncak Asia 2020 akan berlangsung dari 8 hingga 10 Disember. Tema pada tahun ini, "Reconnect and Reimagine", memberi tumpuan untuk memperkasakan idea pemimpin industri dan masyarakat bagi mempercepatkan perubahan institusi yang diperlukan untukmemulih dan berkembang maju dalam eratransformasi ini.

Buat pertama kalinya, sidang kemuncak ini akan diadakan dengan kerjasama Monetary Authority of Singapore (MAS) dan acara utamanya, Festival Teknologi Kewangan Singapura (Singapore FinTech Festival, SFF), akan berlangsung dari 7 hingga 11 Disember. SFF telah diumumkan secara rasmi pada 3 Ogos. Sebagai sebahagian daripada pelancaran acara global, Micheal Milken, Pengerusi Milken Institute, berucap pada sesi permulaan dalam talian dengan Joseph Tsai, Naib Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, mengenai peranan menggabungkan modal insan dan modal kewangan untuk membina syarikat baharu yang inovatif dan model perniagaan baharu yang akan menyokong pemulihan ekonomi dan sosial.

Sidang Kemuncak Asia tahun ini, yang kini dalam tahun ketujuh, akan mengumpulkan pemimpin antarabangsa dalam bidang kewangan, perniagaan, pemerintahan, teknologi, kedermawanan, dan akademik. Sidang kemuncak ini akan kembali dalam format hibrid, yang terdiri daripada panel maya dan bersemuka.

  • Dalam talian: Acara maya ini akan menampilkan sesi umum dengan pemimpin industri yang membincangkan idea-idea baharu untuk mengatasi gangguan yang disebabkan oleh pandemik dan cara untuk pulih dengan lebih mantap dan lebih mampan.
  • Bersemuka: Acara fizikal ini akan disusun berdasarkan sesi peribadi eksklusif undangan khusus untuk pemimpin kanan industri bagi mengadakan pertemuan dengan rakan seangkatan.

"Kami gembira menjadi tuan rumah bagi acara unggulan kami dengan kerjasama Monetary Authority of Singapore sebagai sebahagian daripada Festival Teknologi Kewangan Singapura," kata Laura Deal Lacey, Pengarah Eksekutif Milken Institute Asia Center. "Di Milken Institute, kami percaya dengan kekuatan persekitaran yang terangkum, dan mudah diakses bagi perkongsian ilmu. Terutama pada tahun ini, platform untuk pemimpin di Asia dan seluruh dunia adalah sangat penting bagi mendapatkan dialog yang membina dan mendorong perubahan positif."

Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan di Monetary Authority of Singapore menambah: "Sidang Kemuncak Asia Milken Institute ini ialah satu nama dan platform yang luar biasa, yang mengumpulkan pemimpin global untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu penting yang menjadi pemangkin kepada pembangunan dan transformasi di rantau Asia Pasifik. Kami berasa gembira dapat menjalinkan kerjasama yang strategik dengan Milken Institute bagi menjayakan Sidang Kemuncak Asia 2020 dengan Festival Teknologi Kewangan Singapura, festival teknologi kewangan terbesar di dunia."

Maklumat terkini bagi Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2020 akan disiarkan dalam talian di https://milkeninstitute.org dari masa ke semasa. Berhubung dengan kami di Facebook, Twitter, Linkedln, dan Instagram dengan #MIGlobal untukmaklumat yang lebih lanjut.

Latar belakang Milken Institute

Milken Institute ialah sebuah organisasi wadah pemikir bukan untung dan tidak berpihak yang membantu manusia membina kehidupan yanglebih bermakna, di mana mereka dapat mengalami kesihatan yang baik dan sejahtera, melanjutkan pendidikan yang berkesan dan memperoleh pekerjaanserta mengakses sumber yang diperlukan untuk mewujudkan peluang yang terus berkembang bagi diri mereka sendiri dan komuniti mereka yang lebih luas.

Hubungi Media:

Yeen Chong
ychong@milkeninstitute.org  
+65 9155 3107

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200811/2881912-1LOGO?lang=0

Source: Milken Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology Future Events