omniture

CGTN: 15 tahun ke hadapan: Di China, hijau ialah emas baharu

CGTN
2020-08-18 08:49 451

BEIJING, 18 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Sabtu menandakan 15 tahun sejak usul konsep pembangunan hijau - "Perairan jernih dan gunung yang subur ialah aset yang sangat berharga." Perkampungan Yucun, sebuah dusun yang berkembang pesat di Wilayah Zhejiang China timur, ialah tempat kelahirannya.

 

Perkampungan ini, yang kini merupakan kawasan indah kelas 4A, terkenal dengan keindahannya. Namun, percaya atau tidak, hanya sedekad yang lalu, air yang kotor dan pepohonan yang dilitupi debu dinaungi langit kelabu di tempat yang kini merupakan oasis yang indah.

Bagaimanakah kampung kecil itu mencapai transformasi yang menakjubkan?

Yucun, konsep kitaran dan model

Dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan, Yucun mengejar pertumbuhan ekonomi dalam perlombongan pada tahun 1990-an. Namun, sumber kemakmuran itu membawa masalah pencemaran yang teruk.

Pada tahun 2003, kampung ini menamatkan kebergantungannya pada "ekonomi batu" dan berusaha memulihkan ekosistem tempatan.

Pada bulan Ogos 2005, langkah ini mendapat pujian Xi Jinping, setiausaha Parti Jawatankuasa Wilayah Zhejiang Parti Komunis China pada ketika itu.

"Baru saja anda mengatakan bahawa anda telah membuat keputusan untuk menutup beberapa lombong, ini merupakan tindakan yang bijak. Perairan yang jernih dan pergunungan yang subur ialah aset yang sangat berharga," kata Xi kepada pegawai tempatan dalam satu mesyuarat.

Infografik kampung Yucun
Infografik kampung Yucun

Pada tahun 2019, perkampungan ini mencatatkan pendapatan ekonomi kasar sekitar 280 juta yuan (40 juta dolar AS), menjadi model pembinaan komprehensif masyarakat kaya di luar bandar Zhejiang.

Evolusi

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Zhejiang Daily pada tahun 2006, Xi menghuraikan tiga tahap pemmbentukan hubungan antara pembangunan hijau dan pertumbuhan ekonomi.

Semasa fasa pertama, orang mencari pulangan ekonomi yang cepat dengan mengabaikan perlindungan alam sekitar.

Pada fasa kedua, mereka mula menyedari pentingnya pembangunan hijau tetapi masih meneruskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Hanya dalam fasa ketiga orang akhirnya menyedari bahawa pembangunan hijau menghasilkan "emas" sejati, dan hanya melalui pembangunan hijau manusia dan alam semula jadi dapat hidup berdampingan secara harmoni.

Kotakan Apa yang Diperkata

Pembangunan hijau bukanlah idea kosong di China.

Untuk menyelesaikan pencemaran jalan air, China memperkenalkan skim "Master of the River" pada tahun 2016.

Sungai Yangtze, Sungai Kuning, dan dua jalan air utama yang lain - Sungai Heilongjiang dan Sungai Nenjiang - telah menyaksikan penambahbaikan yang ketara dalam kualiti air mereka selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Air yang bersih dan udara yang segar
Air yang bersih dan udara yang segar

Mengawal kawasan berpasir ialah satu lagi tugas utama bagi China. Pada tahun 2019, sebuah kajian oleh NASA menyimpulkan bahawa antara tahun 2000 dan 2017, China telah bertanggungjawab untuk lebih daripada seperempat kawasan hijau baharu yang dicipta di seluruh dunia, menjadikannya penyumbang terbesar di dunia.

Penggurunan dan pempasiran di China
Penggurunan dan pempasiran di China

 

Data Hutan di China
Data Hutan di China

 

Emisi CO2
Emisi CO2

Di samping itu, China mengeluarkan sejumlah langkah nasional untuk mendorong pembangunan ekonomi ke arah peralihan hijau.

Ini termasuk pembentukan mekanisme kompensasi ekologi, perubahan Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar, pelancaran pemeriksaan alam sekitar dan pengenaan cukai perlindungan alam sekitar yang baharu.

https://news.cgtn.com/news/2020-08-15/15-years-on-In-China-green-is-new-gold-SmyH5dCEvu/index.html 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200816/2886682-2-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200816/2886682-2-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200816/2886682-2-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200816/2886682-2-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200816/2886682-2-e?lang=0
Video - https://cdn5.prnasia.com/202008/CGTN/video2.mp4

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Asian-related news