omniture

Apstra Perkenal Integrasi Rangkaian Berasaskan-Internet yang Maju dengan Juniper Networks dan SONiC, Seiring dengan Peningkatan Fungsi Operasi untuk Memenuhi Permintaan Pelanggan

Apstra
2020-08-18 19:45 398

Evolusi Apstra Seterusnya dalam Rangkaian Berasaskan-Tujuan berhasrat untuk Mempercepatkan dan Memudahkan Pelaksanaan dan Pengendalian Rangkaian

MENLO PARK, California, 18 Ogos 2020 /PRNewswire/ --  Apstra, pelopor Rangkaian Berasaskan-Tujuan (IBN) dan syarikat perisian multinasional hari ini mengumumkan evolusi terbaharu produk utamanya,  Apstra AOS, menyediakan pertumbuhan pesat pasaran Rangkaian Berasaskan-Tujuan. AOS 3.3 memperkenalkan keupayaan IBN yang canggih untuk beralih kepada Juniper Networks di samping pelbagai peningkatan operasi dan rangkaian terbuka yang membolehkan perusahaan bertindak balas dengan lebih cepat terhadap garis masa termampat dan peralihan perniagaan yang tidak dijangka sambil memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna akhir. Penambahbaikan produk yang ketara ini akan meningkatkan kelajuan dan kebolehpercayaan secara dramatik tentang bagaimana rangkaian digunakankan dan dikendalikan di pusat data.

Apstra Day 0 Operations
Apstra Day 0 Operations

Menurut  laporan Global Market Insights yang terkini, pertumbuhan pasaran Rangkaian Berasaskan-Tujuan melebihi AS$900 juta pada tahun 2019 dan dianggarkan akan berkembang pada CAGR lebih daripada 30% antara tahun 2020 dan 2026.  Penerimaan penyelesaian IBN yang dipercepat dilakukan pada masa pusat data mesti memenuhi garis masa perniagaan yang termampat  sambil memberikan kesederhanaan operasi yang memenuhi atau melangkaui awan, tetapi dengan kebolehpercayaan. Menggunakan penyelesaian IBN sangat penting bagi perusahaan yang menggandakan usaha transformasi digital, yang memerlukan ketangkasan rangkaian pusat data, peningkatan ketersediaan, dan peningkatan pulangan pelaburan (ROI). Perniagaan mungkin akan tiga kali lebih berkemungkinan gagal dalam usaha transformasi digital jika mereka tidak mengubah rangkaian mereka dahulu.

"Pemantauan dan pengurusan operasi Pusat Data terus berkembang dengan lebih kompleks secara progresif dan semakin mementingkan misi kerana perusahaan mempercepat transformasi digital mereka," kata Mansour Karam, Pengasas dan Presiden Apstra. "IBN ialah penyelesaian yang diharapkan oleh ramai pengendali dan arkitek rangkaian bagi membantu meneruskan organisasi mereka. Apabila peningkatan IBN menjadi fokus, memperluas kemampuan IBN yang unik dan canggih ke Juniper Networks, berpasangan dengan peningkatan operasi, membolehkan kami memberikan penyelesaian terkemuka dalam industri kami merentasi pelbagai pilihan perkakasan yang lebih luas."

AOS Apstra ialah bahagian penting dalam teka-teki ini yang mendorong kepada automasi dan pengesahan gelung tertutup. Teknologi unik ini menangani kerumitan rangkaian yang dihadapi oleh arkitek dan pengendali dengan menerapkan pengesahan dan analisis hari ke-0 sambil memanfaatkan satu sumber rangkaian kebenaran. Apstra memberikan kuasa kepada organisasi untuk menyedari kecekapan dan faedah yang penting daripada Operasi Hari Ke-0 yang dihasilkan daripada IBN.

"Permintaan yang keterlaluan daripada industri perkhidmatan kewangan Switzerland yang terkenal memerlukan infrastruktur yang menjamin kependaman dan masa tindak balas terendah dengan kecekapan kos tinggi dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi," jelas Hanspeter Tinner, Ketua Pegawai Perkhidmatan dan pengasas bersama Beelastic. "Perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya teknologi terkini digunakan secara menyeluruh. Model operasi mudah dan automasi hujung-ke-hujung Apstra membantu kami memberikan masa tindak balas terendah dengan kos kecekapan dan kebolehpercayaan tertinggi. Dan dengan kelajuan ciri pantas mereka, kami yakin mereka akan terus memberikan perkhidmatan terhadap keperluan pelanggan kami pada masa akan datang."

AOS Apstra mendayakan organisasi untuk mengautomasikan semua aspek dalam fasa reka bentuk, binaan, penyebaran, dan operasi rangkaian. Penyelesaian IBN yang terkemuka mempengaruhi analitik berasaskan-tujuan yang maju bagi mengesahkan rangkaian secara berterusan, dengan itu menghapuskan kerumitan, kerentanan, dan gangguan yang menghasilkan rangkaian yang selamat dan berdaya tahan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai transformasi syarikat anda dengan Apstra, layari https://apstra.com/.

Latar Belakang Apstra, Inc
Apstra® ialah syarikat perisian mutinasional yang memberikan penyelesaian bersatu untuk mengautomasikan senibina dan pengendalian rangkaian pusat data. Produk terunggul Apstra, AOS, memberdayakan organisasi untuk mengautomasikan semua aspek merancang, membina, menyebarkan, dan mengendalikan rangkaian mereka, membolehkan mereka untuk membuat perubahan pada rangkaian mereka dengan cepat dan boleh dipercayai, sambil menggunakan modal insan dengan cekap dan melepaskan diri mereka daripada penguncian vendor perkakasan. Organisasi yang menggunakan AOS telah melihat pengurangan OpEx lebih daripada 80 peratus, peningkatan ketangkasan 99 peratus, dan peningkatan kebolehpercayaan lebih daripada 70 peratus.  AOS menggunakan analisis berasaskan-tujuan Apstra yang maju bagi mengesahkan rangkaian secara berterusan, dengan menghapuskan kerumitan, kerentanan, dan ganggguan yang menghasilkan rangkaian yang selamat dan berdaya tahan.

Apstra,ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemimpin industri rangkaian yang terkenal dan terbukti David Cheriton, Mansour Karam, dan Sasha Ratkovic, beribu pejabat di Melo Park, California, dengan pejabat di seluruh dunia.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1228810/apstra_image.jpg?p=medium600 
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1228880/Apstra.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1166841/Apstra_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Apstra
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services