omniture

Mindray Bawakan Sistem Perintis Baharu untuk Pasaran Sistem Anestesia Canggih

Mindray
2020-10-15 21:30 1073

SHENZHEN, China, 15 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), peneraju global dalam pembangunan teknologi rawatan kesihatan yang inovatif, menganjurkan upacara pelancaran maya pada 15 Oktober bagi memperkenalkan sistem anestesia A9 dan A8 serba baharunya, yang kini tersedia di Eropah dan wilayah-wilayah terpilih yang lain. Ini melambangkan penembusan Mindray sebagai pengusaha utama dalam pasaran mesin anestesia canggih. Klik di sini untuk menonton upacara tersebut.

Mindray Brings Groundbreaking New A9 and A8 anesthesia Systems to the High-End Anesthesia Machine Market
Mindray Brings Groundbreaking New A9 and A8 anesthesia Systems to the High-End Anesthesia Machine Market

"Mindray komited untuk meningkatkan hasil dengan menyediakan keselamatan menyeluruh kepada pesakit, doktor dan persekitaran. Kami percaya bahawa sistem ini merupakan bukti jelas bagi tujuan berkenaan," kata Ralph Zhao, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran, Pemantauan Pesakit dan Sokongan Hayat, Mindray. "Sistem baharu Mindray mempunyai teknologi canggih yang dapat memenuhi keperluan doktor sepanjang tempoh peribedah, membolehkan mereka memberi anestesia yang tepat, stabil serta selamat kepada pesakit dan dalam masa yang sama meminimumkan risiko kesalahan manusia, mengurangkan beban kerja dan menurunkan kesan alam sekitar dari bilik bedah."

Sistem anestesia baharu daripada Mindray memperkasa pakar bius untuk menjamin keselamatan pesakit secara komprehensif sepanjang tempoh peribedah, bermula daripada induksi sehingga pemulihan. Menggunakan oksigen Kanula Hidung Aliran Tinggi (HFNC), sistem baharu daripada Mindray memanjangkan masa apnoeik yang selamat dari 8 hingga 30 minit untuk membantu doktor melakukan intubasi dengan lebih mudah.

Mesin berkenaan turut mengintegrasikan Anestesia Kawalan Automatik (ACA), teknologi bantu perintis yang menyesuaikan output gas segar dan pengewap secara automatik untuk mencapai agen akhir-tidal sasaran pratetap dan kepekatan oksigen inspiratori dengan cepat, seraya memastikan tahap anestesia yang tepat dan stabil. Teknologi ini juga membantu mengurangkan beban kerja untuk doktor; di samping mengurangkan kos dengan meminimumkan penggunaan gas dana gen yang digunakan dalam seluruh kes.

Komited untuk meningkatkan keselamatan, sistem baharu daripada Mindray mempunyai teknologi ventilasi berkualiti ICU bagi melindungi sistem pernafasan pesakit sepanjang tempoh peribedah. Kedua-dua sistem telah menyepadukan Penukar Isipadu (Volume Exchanger), sistem inovatif yang membawakan ventilasi yang jitu dan andal kepada pesakit dengan masa penepuan (wash-in) dan masa penyingkiran (wash-out) yang cepat. Di samping itu, Mindray telah menggabungkan kit alatan ventilasi pelindung untuk mengurangkan kejadian komplikasi selepas pembedahan, seperti pemantauan tekanan transpulmonari.

Tambahan pula, bagi mewujudkan bilik bedah yang lebih mesra alam, A9 menggunakan strategi pengurangan gas anestesia semasa pembedahan. Alatan sokongan keputusan klinikal, seperti Pengoptimum (Optimizer), pengukuran AA dan ramalan AA, membantu menasihati doktor mengenai aliran gas yang paling cekap bagi mengurangkan pembaziran. Ia juga mempunyai sistem e-AGSS yang memantau kadar aliran hapus sisa gas buangan – serta ditutup dalam keadaan bersedia bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Direka bentuk dengan pandangan mendalam terhadap aliran kerja klinikal bilik bedah, antara muka pengguna intuitif meringankan beban kerja pakar bius yang sibuk dan tertekan. Skrin sentuh kapasitif 18.5" dengan putaran 360-darjah memberi antara muka intuitif dan sehingga 10 profil yang boleh disesuaikan untuk senario klinikal atau keperluan penggunaan yang berbeza. Semakan sistem pra-guna automatik membantu memastikan fungsi yang betul dengan paparan kesalahan grafik dan ia boleh dijadualkan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Di samping itu, mesin ini boleh disambungkan secara fizikal ke banyak peranti Mindray yang lain sebagai stesen kerja anestesia yang bersepadu tinggi. Ia juga boleh disambungkan dengan lancar ke pelbagai sistem maklumat hospital menggunakan penyelesaian integrasi Mindray yang fleksibel, agar penjaga dapat memeriksa status pesakit di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut: https://www.mindray.com/en/product/a9.html

Latar Belakang Mindray

Ditubuhkan pada tahun 1991, Mindray ialah salah satu penyedia global yang terkemuka bagi peralatan dan penyelesaian perubatan. Komited terhadap misi untuk "memajukan teknologi perubatan bagi menjadikan rawatan kesihatan lebih mudah dicapai," Mindray berdedikasi terhadap inovasi dalam bidang Pemantauan Pesakit & Sokongan Hayat, Diagnostik In-Vitro serta Sistem Pengimejan Perubatan. Mindray memiliki jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran dan perkhidmatan global yang bagus. Produk dan perkhidmatan Mindray boleh didapati di kemudahan rawatan kesihatan di lebih 190 negara dan wilayah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200909/2888282-1?lang=0 

Source: Mindray
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Future Events