omniture

SUEZ Menang Kontrak Baharu Untuk Sokong Pembangunan Rawatan Air Kumbahan di Metro Manila, Filipina

SUEZ telah menandatangani kontrak baharu dengan Manila Water untuk mereka bentuk dan membina loji rawatan air kumbahan di Metro Manila, Filipina. Loji ini akan menyediakan perkhidmatan kepada tiga buah bandar iaitu Mandaluyong, San Juan dan Quezon City di wilayah ibu kota Metro Manila sebagai sebahagian usaha untuk mencapai 100% sambungan dan rawatan pembentungan menjelang tahun 2037.
SUEZ
2020-10-19 18:48 241

MANILA, Filipina, 19 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Dengan jumlah penduduk lebih daripada 13 juta orang, Metro Manila kini mempunyai sasaran bercita-cita tinggi untuk meningkatkan liputan pembentungan isi rumah dan rawatan selanjutnya, di kawasan tersebut untuk mengelakkan pelbagai masalah kesihatan dan pencemaran air. SUEZ telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan serta satu tahun operasi dan penyelenggaraan untuk Loji Rawatan Kumbahan Aglipay di bandar Mandaluyong. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan dijangka siap pada awal tahun 2024.

Loji berkenaan direka bentuk dengan kapasiti harian mencecah 60,000 m3 untuk merawat air kumbahan di bandar Mandaluyong, Quezon City selatan dan bandar San Juan selatan. Ia akan menjadi satu kejayaan cemerlang dalam menyumbang kepada agenda pelanggan untuk menyempurnakan liputan pembentung di zon timur, yang akan meningkatkan keadaan kesihatan dan sanitasi bagi 652,000 penduduk dengan ketara.

SUEZ akan membawakan teknologi Moving Bed Biofilm Reactor (MBBR) Meteor™ dan Greendaf™ bagi membantu mengurangkan kos operasi dan ruang pemasangan berbanding dengan kaedah konvensional. Loji ini akan memenuhi piawaian kebangsaan ketat yang melangkaui keperluan EU bagi mengurangkan kesan buruk ke atas Manila Bay dan Sungai Pasig serta jejak alam sekitar. Loji MBBR ini juga akan menjadi yang terbesar seumpamanya di negara ini.

Francois Fevrier, Ketua Pegawai Eksekutif - Air, SUEZ Asia, berkata: "Perkongsian bersama Manila Water merupakan simbolik dalam menulis lembaran baharu bagi rawatan air kumbahan untuk Metro Manila. SUEZ diamanahkan untuk membawakan penyelesaian air termaju yang disesuaikan bagi meningkatkan kualiti air, kebersihan dan sanitasi di bandar besar ini. Saya yakin bahawa pengalaman kami akan membantu Filipina mengatasi cabaran rawatan airnya."

Sejak memasuki Asia lebih 60 tahun yang lalu, SUEZ telah membina lebih daripada 600 loji rawatan air dan air kumbahan. Di Filipina, SUEZ telah menyediakan perkhidmatan rawatan air kumbahan dan air minum sejak tahun 1961. Terbaharu, Kumpulan ini juga telah menyiapkan kerja pembaikpulih loji rawatan air minum di Santa Barbara, Iloilo City dan kini sedang membina loji rawatan air kumbahan di Cupang, Muntinlupa City, Filipina.

Manila Water dan SUEZ hadir ke majlis menandatangani kontrak Loji Rawatan Kumbahan Aglipay di Quezon City, Filipina.
Manila Water dan SUEZ hadir ke majlis menandatangani kontrak Loji Rawatan Kumbahan Aglipay di Quezon City, Filipina.

Latar Belakang SUEZ:

Sejak akhir abad ke-19, SUEZ telah membina kepakaran yang bertujuan untuk membantu orang ramai agar sentiasa meningkatkan kualiti hidup mereka dengan melindungi kesihatan dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Menerusi kehadiran yang aktif di lima benua, SUEZ dan 90,000 pekerjanya berusaha untuk memelihara modal alam sekitar semula jadi: air, tanah dan udara. SUEZ menyediakan penyelesaian yang inovatif dan berdaya tahan dalam pengurusan air, pemulihan sisa, pemulihan tapak dan rawatan udara, dengan mengoptimumkan pengurusan sumber kawasan perbandaran dan industri melalui bandar-bandar "pintar" dan meningkatkan prestasi alam sekitar dan ekonomi. Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan sanitasi kepada 64 juta orang dan menghasilkan 7.1 bilion m3 air minuman. SUEZ juga merupakan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, dengan lebih daripada 200,000 pekerjaan dicipta secara langsung dan tidak langsung pada setiap tahun dan merupakan penyedia sumber baharu, dengan 4.2 juta tan bahan mentah sekunder dihasilkan. Menjelang tahun 2030, Kumpulan ini menyasarkan 100% penyelesaian lestari, dengan kesan positif ke atas alam sekitar, kesihatan dan iklim kita. SUEZ menjana jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak €18.0 bilion pada tahun 2019.

Latar Belakang SUEZ Asia:

Dengan kehadiran yang mantap selama lebih 60 tahun di Asia Tenggara dan lebih 40 tahun di Greater China, SUEZ merupakan rakan kongsi pilihan dalam membantu pihak berkuasa dan pelanggan industri membangunkan penyelesaian pengurusan air dan sisa yang membolehkan bandar-bandar serta industri mengoptimumkan pengurusan sumber mereka dan mengukuhkan prestasi alam sekitar dan ekonomi. Menerusi lebih 9,000 pekerja dan lebih daripada 70 usaha sama dengan rakan kongsi tempatan, Kumpulan ini telah membina lebih 600 loji air dan air kumbahan, dan lebih 32 juta orang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan air dan sisa tersebut. Hari ini SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh dan menjadi penanda aras perkhidmatan dalam menerajui industri alam sekitar rantau ini. Kami mengendalikan kontrak air PPP China yang pertama di Macau, dan di Shanghai pula salah satu kemudahan rawatan sisa berbahaya yang terbesar di Asia, serta kilang kitar semula plastik di Thailand. Ia juga merupakan peneraju dalam industri pengurusan sisa Hong Kong dan menyediakan perkhidmatan alam sekitar kepada 20 taman perindustrian.

Ketahui lebih lanjut mengenai SUEZ Asia di laman sesawang, Twitter, LinkedInYouTube & Instagram.

Hubungan Media:

SUEZ Asia
Ivy Wong
+852-3126-1930

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200825/2898558-1?lang=0

Source: SUEZ
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities