omniture

Xinhua Silk Road: Zhangjiagang China Timur terima pelaburan projek RMB 61.5 bilion di minggu ekonomi & perdagangan 2020

Xinhua Silk Road
2020-11-05 12:20 108

BEIJING, 5 November 2020 /PRNewswire/ -- Bandar pelabuhan yang terletak di China Timur, Zhangjiagang menerimapelaburan kontrak bernilai 61.5 bilion untuk 68 projek yang baru ditandatangani semasa minggu ekonomi dan perdagangan musim luruh keemasan tahun 2020 yang sedang berlangsung.

Persidangan kerjasama rantaian industri berlangsung di Zhangjiagang pada 31 Oktober semasa minggu musim luruh keemasan 2020.
Persidangan kerjasama rantaian industri berlangsung di Zhangjiagang pada 31 Oktober semasa minggu musim luruh keemasan 2020.

Semasa berlangsungnya acara ini, bandar tersebut memulakan sidang kemuncak kerjasama rantaian industri pada 31 Oktober dan mengumumkan untuk memanfaatkan empat rantaian industri yang menguntungkan melibatkan bahan pelogaman baharu, peralatan pintar, bahan kimia baharu dan tekstil berkualiti tinggi serta empat rantaian industri baru muncul yang melibatkan tenaga baharu, ekonomi digital, biofarmasi dan peralatan perubatan berkualiti tinggi selain semikonduktor canggih bagi meningkatkan saiz industri serta mempertingkatkan daya saing.

Bagi meningkatkan pembangunan rantaian industri yang berkualiti tinggi, Zhangjiagang memperkenalkan sistem utama rantaian industri bagi mengasah lagi perancangan industrinya, sokongan dasar utama, rangka tindakan projek dan tarikan pelaburan.

Pan Guoqiang, ketua jawatankuasa parti perbandaran Zhangjiagang berkata di sidang kemuncak tersebut bahawa bandar berkenaan akan memupuk penyepaduan inovasi serta rantaian industrinya dengan aktif dan mewujudkan industri-industri rantaian penuh bagi membentuk lima kelompok industri yang mana masing-masing mempunyai output 100 bilion yuan dan beberapa kelompok industri dengan setiap satunya mempunyai output 10 bilion yuan menjelang tahun 2025.

Disenaraikan antara bandar terbaik untuk perniagaan oleh Forbes China selama bertahun-tahun, Zhangjiagang mempunyai lebih 1,000 perusahaan  besar  dan hampir 600 perusahaan berteknologi tinggi dan menarik lebih daripada 1,300 perusahaan yang dibiayai dana asing untuk melabur dalam bandar berkenaan.

Bandar tersebut mempunyai seluas lebih 80 kilometer garis pantai sepanjang Sungai Yangtze dan 135 tambatan dok, dianggap sebagai pelabuhan terbesar untuk perdagangan antarabangsa sepanjang Sungai Yangtze. Pada masa kini, ia mengendalikan lebih 20 perniagaan perkapalan antarabangsa dan berdagang dengan lebih 300 pelabuhan dalam lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan daya pemprosesan tahunan mencecah 235 juta tan.

Sebagai sebuah bandar hab lalu lintas, Zhangjiagang semakin diintegrasikan dengan "Lingkaran ekonomi satu-jam Delta Sungai Yangtze", terutamanya apabila kereta api Shanghai-Suzhou-Nantong, landasan kereta api yang melintasi seluruh bandar berkenaan, mula beroperasi pada bulan Julai manakala dua kereta api berkelajuan tinggi (HSR), iaitu HSR selatan di sepanjang Sungai Yangtze dan HSR Nantong-Suzhou-Jiaxing-Ningbo juga sedang menjalani kerja-kerja pembinaan atau sedang dilaksanakan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/317286.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer/Electronics Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Maritime/Shipbuilding Medical Equipment Mining/Metals Publishing/Information Service Semiconductors Textiles Transportation Trade show news