omniture

China dan Jepun Melaksanakan Perbincangan Ekonomi Digital Tulen: Bagaimana untuk Bersama-sama Merangsang Kerjasama Serantau

Science and Technology Daily | IUSTC
2020-12-08 14:04 233

BEIJING, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Sciene and Technology Daily | IUSTC:

Pada tahun 2020, COVID-19 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada dunia, dan ekonomi digital telah mengetengahkan potensi besarnya dalam kerjasama global dalam menghadapi pandemik ini.

Menurut anggaran daripada sebuah laporan yang diterbitkan oleh Oxford Economics, saham bagi ekonomi digital dalam KDNK dunia akan meningkat dari 15% kepada kira-kira 25% pada tahun 2025. Pada masa ini, merujuk kepada saiz ekonomi digital, Amerika Syarikat berada pada kedudukan pertama, China kedua, dan dikuti oleh Jerman, Jepun dan United Kingdom pada kedudukan ketiga hingga kelima.

Trend pembangunan ini telah membawa "ekonomi digital" sebagai tumpuan utama di peringkat antarabangsa, dan topik yang berkaitan dengan ekonomi digital telah menjadi topik penting yang ditekankan dalam rangka kerja bilateral dan multilateral.

"Digital Economy Sub-forum" pada "Beijing-Tokyo Forum" kali ke- 16 telah diadakan pada 1 Disember . Dua belas pakar dan ilmuan dari China dan Jepun telah berbincang mengenai kemungkinan kerjasama antara kedua-dua negara, dan mereka juga telah mencapai persefahaman terhadap isu-isu yang relevan semasa sesi ini.

Satu Topik Baharu: Bagaimana ekonomi digital terlibat dalam tadbir urus sosial?

Apakah jenis masyarakat digital yang ingin kina bina? Zhao Jiannan, Naib Presiden Komersial dan Wakil Ketua Asia Timur Laut Tencent Cloud menekankan pentingnya ekonomi digital: "Teknologi digital adalah seperti 'ligamen' operasi ekonomi dan sosial, melegakan 'kesan besar' melalui 'ketahanan tinggi' dan mengumpul kekuatan untuk 'pemulihan ekonomi berbentuk V' bagi industri dalam proses pantas melalui keadaan ekonomi yang getir yang disebabkan oleh pandemik."  

Apakah peranan teknologi digital yang boleh dimainkan untuk menyokong ekonomi digital dan tadbir urus sosial?

Liu Song, Timbalan Presiden Alibaba, menyatakan bahawa tadbir urus digital akan menjadi pentadbiran yang penting untuk meningkatan kapasiti tadbir urus global dari perspektif saintifik dan pertarungan teknologi China terhadap pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi. Tadbir urus bersama secara pluralistik berdasarkan teknologi digital, akan menjadi suatu bentuk inovasi bagi tadbir urus sosial dan bandar. Pakar-pakar yang hadir di dalam perhimpunan tersebut sangat bersetuju dengan idea ini, dan mereka percaya Asia akan menjadi rantau penting untuk menjalankan percubaan ke atas pendigitalan global.

Menjawab bagaimana untuk menguruskan data, terutamanya bagi pengesahan data merentasi sempadan, percukaian dan masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan negara, Liu menerangkan dengan berkongsi tentang kebijaksanaan mengawal air di China pada zaman kuno. Beliau berkata: "Unsur data hari ini adalah hampir sama dengan unsur air. Menguruskan data adalah sama seperti mengawal air, di mana ia tidak perlu disekat atau disebarkan. Disebabkan oleh kepelbagaian dan kebolehubahan elemen data, peraturan sukar yang mudah tidak boleh digunakan untuk mengawal kecairan data."

Tetamu yang hadir dari kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa era ekonomi digital sudahpun bermula, pengetahuan dan maklumat digital telah menjadi faktor utama bagi pengeluaran dan menjadi pendorong baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.

Berkenaan dengan ekonomi digital yang mungkin membawa satu pusingan revolusi teknologi, bagaimana kita dapat menonjolkan semangat berinovasi dan terus mara dengan teratur dengan mengikut peraturan pada masa yang sama?

Fang Hanting, tuan rumah bagi forum dari pihak China dan naib Presiden Science and Technology Daily, menggambarkan bahawa inovasi dan peraturan adalah bercanggah antara satu sama lain. Tanpa proses inovasi tertentu, adalah mustahil untuk menentukan sasaran mana yang harus dikawal dan mana yang harus dilonggarkan. Sebaliknya, jika pelbagai risiko yang dibawa oleh perubahan baharu tidak diambil kira ketika aktiviti inovasi memasuki fasa baharu, ia akan membawa banyak masalah yang tidak dapat dijangka. Jika dilihat dari perspektif lain, inovasi adalah satu bentuk kejayaan sedangkan peraturan pula melindungi inovasi. Kedua-dua elemen saling menahan dan menguatkan pada masa yang sama.

Dengan mengambil contoh teknologi kecerdasan buatan, Toshio Iwamoto, Ketua Penasihat Korporat NTT DATA Corporation, mengusulkan agar pemaju teknologi AI menetapkan peraturan untuk penggunaan data, dan peraturan yang relevan harus ditetapkan untuk menentukan batasan terhadap pengguna data. Norihiro Suzuki, pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi Hitachi, menyatakan bahawa penggunaan data memerlukan kebijaksanaan untuk menyeimbangkan kepentingan peribadi dan masyarakat secara menyeluruh.

Titik Permulaan Baharu: Meningkatkan kepercayaan bersama terhadap Kerjasama Ekonomi Komprehensif Wilayah  RCEP)

Keselamatan digital adalah topik utama perbincangan di forum tersebut.

Tatsuya Ito, Anggota Dewan Perwakilan Jepun menyatakan bahawa China telah menggunakan sepenuhnya teknologi digital semasa COVID-19.

Norihiro Suzuk menyatakan bahawa negara yang berbeza mempunyai situasi yang berbeza dan kita perlu mempertimbangkan secara komprehensif faktor seperti institusi dan sistem untuk membincangkan masalah yang berkaitan. Dia menyatakan harapannya agar Jepun dan China dapat mengeksplorasi kerjasama yang lebih mendalam dalam perkara ini.

Fang Hanting menekankan bahawa China dan Jepun, terutamanya sektor perindustrian kedua-dua negara, harus mempertimbangkan dengan serius bagaimana untuk mempererat kerjasama dalam rantaian industri digital dan memastikan bekalan bagi rantaian industri tidak diganggu apabila menggunakan dan mengekalkannya bersama sebagai produk awam.

Xu Zhiyu, Presiden Urusan Pemerintah Global Huawei Technologies Co., Ltd., menekankan bahawa Huawei selalu menjadikan keselamatan rangkaian dan perlindungan privasi pengguna sebagai garis panduan dan asas tertinggi perniagaannya. Selama lebih daripada 30 tahun, Huawei telah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan lebih dari 170 negara dan rantau, dan tidak pernah menerima permintaan daripada kerajaan untuk memberikan maklumat pengguna. Huawei tidak akan mempertaruhkan hak pelanggan atau kelangsungan syarikatnya sendiri.

Tetamu daripada kedua-dua belah pihak telah menyebut tentang  "Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Wilayah (RCEP)" yang baru saja ditandatangani. Mereka bersetuju bahawa di tengah-tengah ketidakpastian proses pendigitan, penandatanganan perjanjian ini memberikan peluang sejarah yang jarang berlaku untuk kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi digital dan industri digital. Prospek kerjasama China-Jepun di bawah kerangka bilateral dan multilateral adalah amat menggalakkan.

Pada 8 September 2020, China mengemukakan Inisiatif Keselamatan Data Global di sebuah seminar antarabangsa mengenai "Seizing digital opportunities for cooperation and development". Merujuk kepada asimetri maklumat yang wujud antara China dan Jepun hingga ke suatu tahap, Fang menekankan bahawa media kedua-dua pihak harus memberikan liputan yang seimbang untuk warganegara mereka supaya dapat membina kepercayaan bersama secepat mungkin. "Kami percaya bahawa kami harus saling menghormati kedaulatan digital, membina kepercayaan bersama digital di bawah kerangka PBB, dan melaksanakan integrasi ekonomi digital serantau di bawah kerangka multilateral seperti RCEP."

Satu Arah Baharu: Kerjasama terbuka untuk mencipta bersama masa depan digital di rantau ini

Sama seperti pertandingan sukan yang dipindahkan ke arena baharu, revolusi teknologi baharu dan transformasi industri akan membentuk semula struktur ekonomi global. Di forum tersebut, para peserta mencapai persetujuan bahawa sektor industri kedua-dua negara China dan Jepun harus segera memahami trend tersebut dan merebut peluang yang ada. Semua pemain industri dari kedua-dua pihak tidak boleh menghabiskan terlalu banyak masa untuk tunggu dan lihat. Panggilan era teknologi baharu memerlukan penyertaan dan kerjasama aktif.

Taro Shimada, Pegawai Eksekutif dan Naib Presiden Kanan Korporat Toshiba Co., Ltd., Jepun dan ketua perniagaan digitalnya, menunjukkan bahawa menjaga keamanan dunia memerlukan keterbukaan dan pertukaran. Perkara yang paling penting ialah pertukaran maklumat/informasi teknologi dan saintifik. Beliau mencadangkan supaya China dan Jepun boleh lebih bersifat saling terbuka dan dapat mencapai persefahaman melalui pertukaran yang terbuka dan jujur pada masa yang sama.

Mengenai pertukaran maklumat silang bahasa dan budaya, Jiang Tao, naib presiden kanan iFlytek Co., Ltd., memaklumkan bahawa skop kerjasama antara China dan Jepun akan menjadi lebih luas di dalam bidang kecerdasan buatan. Dia telah memberi satu contoh. Pada Oktober 2018, Eiken Foundation of Japan telah mengumumkan buat pertama kalinya bahawa ia akan memperkenalkan teknologi mesin penilaian untuk ujian bahasa lisan dan iFlyek merupakan satu-satunya rakan kongsi. Bermula tahun 2019, sistem pemarkahan automatik AI dari iFlytek membantu untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan pemarkahan dalam ujian kemahiran praktikal CBT Bahasa Inggeris. "Kini, penterjemah iFlyek telah dijual kepada lebih daripada 130 buah negara dan wilayah, dan mempunyai pencapaian komunikasi tanpa sempadan antara lebih daripada 60 bahasa. iFlyek telah menjadi pengedar eksklusif rasmi bagi penukaran suara automatik dan penterjemahan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Kami berharap teknologi kecerdasan buatan kami juga boleh menawarkan bantuan kepada Olimpik Tokyo pada tahun depan,."

Jia Jingdun, pengarah Pusat Pembangunan Industri Teknologi Torch High untuk Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China, menyatakan bahwa zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi China menyediakan persekitaran yang baik untuk inovasi teknologi digital dan pembangunan perindustrian. 169 zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi negara adalah sangat penting kepada pembangunan ekonomi digital. Beberapa tahun kebelakangan ini, berpuluh-puluh zon berteknologi tinggi negara seperti Xi'an, Hefei, Hangzhou dan Shenyang telah menyediakan perancangan yang sepadan untuk ekonomi digital atau pembangunan industri digital.

Jia telah mengemukakan beberapa cadangan untuk kerjasama antara China dan Jepun. Pertama, perbezaan sepatutnya tidak menghalang kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Memandangkan kerjasama Sino-Jepun tidak melanggar undang-undang semasa, perhatian yang dipertingkatkan boleh menjadi titik permulaan bagi kerjasama yang lebih mendalam; Kedua, China dan Jepun boleh melaksanakan kerjasama yang pragmatik dalam pembangunan ekonomi digital dan industri, dan terus mengemukakan penyelesaian spesifik kepada kedua-dua pihak; Ketiga, kerjasama dan pertukaran di pelbagai lapisan antara kerajaan, universiti, pusat penyelidikan dan perusahaan harus dijalankan.

Liu Song juga memberi maklum balas kepada cadangan ini. Beliau menyatakan, "Kami mungkin akan mengadaptasi model 'zon istimewa' dalam pembangunan zon perindustrian berteknologi tinggi dan zon dagangan bebas untuk terus berbincang dan akhirnya menggubal peraturan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak."

Norihiro Suzuki menyatakan bahawa dalam kerjasama pembangunan digital, berkongsi konsep sosial masing-masing dan nilai adalah sangat penting. Kedua-dua pihak perlu membina peraturan untuk aliran data atas dasar nilai bersama dan menerapkannya dengan lebih baik untuk membangunkan semula perusahaan persendirian, dengan itu dapat mempromosi pembangunan masyarakat digital pada masa hadapan.

Tetamu daripada kedua-dua pihak juga membincangkan logik yang penting dalam mata wang digital dan integrasi ekonomi serantau pada masa hadapan.  Hiromi Yamaoka, pengarah Future Co., Ltd., Jepun, menyatakan bahawa Jepun bersedia untuk bekerjasama dengan China dan terus mempromosi pembangunan ekonomi serantau yang diselaraskan.

"Selain menghormati nilai pelanggan, Huawei menjangkakan untuk terus mencipta nilai tempatan di seluruh dunia, termasuk Jepun. Kedua-dua China dan Jepun mempunyai kelebihan perindustrian dan semangat inovasi. Syarikat Jepun dan Huawei mempunyai kelebihan semulajadi yang saling melengkapi berkaitan dengan bekalan rangkaian dan teknologi. Kerjasama terbuka antara syarikat China dan Jepun boleh mencipta masa depan digital bersama. Sebagai tambahan, pembangunan ekonomi digital di China dan Jepun tidak dapat dipisahkan daripada persekitaran yang baik dan kemampuan inovasi. China dan Jepun diharapkan boleh mencipta lebih banyak persekitaran polisi yang terbuka, mendorong inovasi, dan membantu perusahaan kecil dan sederhana di kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama yang lebih banyak dan mendalam, dengan itu dapat menyediakan produk dan penyelesaian yang paling kompetitif kepada pasaran dunia," seperti yang ditekankan Xu Zhiyu.

Source: Science and Technology Daily | IUSTC
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Publishing/Information Service