PLEASANTON, Calif., 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Adapdix Corporation, peneraju transformasi digital dalam perisian automasi dan kawalan Edge AI, hari ini mengumumkan lengkapnya pembiayaan pusingan Siri A bernilai $8 juta, yang diketuai oleh WRVI Capital dengan penyertaan daripada Micron Ventures serta pelabur sedia ada iaitu X2 Equity.
Sebagai penyelesaian analitik ramalan yang pertama berdasarkan teknologi jaringan data bergred industri, Adapdix membolehkan penyelenggaraan dan kawalan ramalan dengan kependaman ultra rendah. Ini menandakan bahawa syarikat-syarikat kini boleh melangkah lebih maju dalam perjalanan prestasi Edge AI, daripada sekadar mengesan dan mencegah kesilapan kepada kebolehan mengawal dan mengautomasi tindakan pembetulan kendiri.
Anthony Hill, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Adapdix, berkata, "Syarikat perusahaan semakin menggerakkan kuasa pemprosesan lebih dekat dengan sumber data untuk meningkatkan ketepatan model, mengurangkan kos dan kesesakan rangkaian serta kependaman. Penyelesaian Adapdix EdgeOps™ menangani keperluan pasaran yang penting dan semakin meningkat untuk mengekstrak nilai dan mengawal sistem yang berada di pinggir. Pusingan pelaburan kali ini akan mengukuhkan kedudukan kepemimpinan Adapdix di pasaran dan membolehkan lebih banyak syarikat perusahaan mengawal keseluruhan operasi mereka daripada awal hingga akhir - dan memastikan masa hidup - menggunakan analitik ramalan masa nyata."
Adapdix's EdgeOps™ ialah penyelesaian perisian khusus yang menggabungkan analitik kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin (AI/ML) canggih dengan platform kawalan berasas teragih dan pinggir. Dengan membenarkan kawalan pada kedudukan data AI yang berada di pinggir, Adapdix membolehkan ekosistem jaringan data teragih sebagai asas baharu untuk penggunaan Edge AI yang berpusatkan pelanggan.
Nicholas Brathwaite, Pengasas Pengurusan Rakan Kongsi di WRVI Capital, berkata, "Teknologi inovatif Adapdix EdgeOps™ menyediakan platform berbilang pemboleh ubah boleh skala yang membolehkan perusahaan mengoperasikan AI/ML di seluruh infrastruktur kritikal, meningkatkan masa hidup dan keberuntungan perniagaan yang signifikan buat julung kali."
"Kecerdasan buatan akan mengubah cara perusahaan mengautomasi dan mengoptimumkan proses di tempat kerja," kata Andrew Byrnes, pengarah modal usaha rentan di Micron Ventures. "Adapdix mempunyai platform inovatif dengan kemampuan yang berkuasa tinggi untuk menghasilkan pemahaman data yang meningkatkan produktiviti ke tahap baharu dan proses yang diperkemas secara cepat dan berkesan."
Pada peringkat permulaan, Adapdix's EdgeOps™ akan memberi tumpuan kepada pelanggan pembuatan dalam industri semikonduktor, elektronik dan automotif dan diikuti dengan sektor-sektor lain.
Tentang Adapdix
Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) yang berada di pinggir. Platform Adapdix EdgeOps™ yang berpusatkan pelanggan ini memberikan peningkatan prestasi yang tiada tandingan kepada masa hidup peralatan, pengurangan rantaian bekalan dan kos logistik serta peningkatan kawalan dan produkiviti untuk pekerja jarak jauh. Ditubuhkan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1359460/adapdix.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1359461/ADAPDIX__Logo.jpg?p=medium600