omniture

iWedia lantik Xavier Marlé sebagai Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan di APAC

iWedia
2021-02-09 09:00 51

LAUSANNE, Switzerland, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- iWedia, penyedia penyelesaian perisian terkemuka untuk peranti TV, berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Xavier Marlé sebagai Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan di Asia Pasifik.

Xavier Marlé joins iWedia
Xavier Marlé joins iWedia

Xavier yang berpangkalan di Singapura, mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam industri TV Berbayar dan memegang beberapa jawatan fokus pelanggan di APAC. Sebelum menyertai iWedia, beliau berjaya membantu pengembangan serantau bagi Verimatrix, Brightcove, SeaChange dan lebih terkini iFeelSmart, di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan, Akaun dan Pembangunan Perniagaan.

Pemindahan tahun ini menggabungkan pasukan iWedia di APAC dan mengikuti misi syarikat untuk menyediakan sokongan berterusan lebih pafu kepada pelanggan dan rakan niaganya.

Hans-Jürgen Désor, Ketua Pegawai Eksekutif iWedia, menyatakan, "Kami mengalu-alukan penyertaan Xavier ke dalam syarikat. Kecekapan beliau diiktiraf di seluruh industri TV digital di mana beliau telah menubuhkan sebuah rangkaian profesional yang kukuh." "Pelbagai teknologi yang diusahakan oleh beliau, berserta pemikiran eksekutif beliau akan menjadi sangat berharga buat semua Telco dan pengendali TV Berbayar di rantau tersebut dan juga buat iWedia," tambah Hans.

Xavier menegaskan, "Saya amat gembira menyertai iWedia dan menyumbang kepada pengendalian perisian kelas dunia kepada pengendali tingkat tertinggi di APAC. Saya yakin bahawa dengan kepakaran iWedia melaksanakan projek TV kompleks di seluruh dunia dan khususnya di pasaran APAC, digabungkan dengan pelbagai jenis penyelesaian, perkhidmatan nilai tambah dan keupayaan integrasi sistem, kami akan berjaya membangunkan perkhidmatan generasi akan datang untuk pengendali APAC."

Mengenai iWedia

iWedia S.A. menyediakan penyelesaian perisian kelas dunia untuk peranti TV bersambung. Kami adalah perintis dalam AndroidTV dan menyokong pelanggan kami dengan seni bina perisian dan kepakaran reka bentuk, produk terbukti di lapangan dan perkhidmatan kejuruteraan yang kos efektif. Kami berbangga mengendalikan pengendali Telekom utama, pengendali PayTV dan OEM automatif tingkat 1 dengan penyelesaian media kami.

iWedia menyampaikan perkhidmatan integrasi perisian yang cekap dan berskala yang dilaksanakan oleh pasukan berpengalaman bagi membolehkan penyebaran pantas peranti elektronik pengguna dalam jumlah yang tinggi. iWedia beribu pejabat di Switzerland dengan makmal-makmal pembangunan di Belgrade dan Novi Sad, Serbia, serta pejabat jualan dan sokongan di Brazil, Perancis, Jerman, India, Singapura dan Korea Selatan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.iwedia.com dan hubungi:

David C. Paul,
Pengurus Pemasaran, iWedia
david.paul@iwedia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1432428/iwedia_xavier_marle.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1429562/iWedia_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: iWedia
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Television Personnel announcements