omniture

ValueLabs Umum Opsyen Berkaitan Bitcoin Untuk Para Pekerja Di Seluruh Dunia

ValueLabs LLP
2021-02-09 16:32 34

HYDERABAD, India, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari yang penuh keterujaan berkaitan dengan tenaga kewangan digital dalam rangkaian Bitcoin, ValueLabs, penyedia perkhidmatan teknologi global, berasa gembira mengumumkan pelancaran produk yang mereka percaya akan memberi nilai besar kepada para pekerja organisasi di seluruh dunia: Opsyen Berkaitan Bitcoin (Bitcoin Linked Options).

 

 

Bitcoin telah berkembang pada kadar eksponen selama hampir satu dekad dan boleh dianggap sebagai saham yang paling pesat berkembang di dunia. Opsyen Berkaitan Bitcoin juga unik kerana ia boleh dipindah milik tanpa mengira lokasi anda bekerja dan tidak semestinya terikat pada syarikat tempat anda berkhidmat.

ValueLabs berhasrat untuk menjadikan tawaran ini tersedia sebagai sebuah platform berasaskan awan dan layan diri yang dikuasakan oleh kontrak pintar, memanfaatkan kepercayaan yang terdapat dalam teknologi rantaian blok. Di negara-negara yang mempunyai isu kawal selia, ValueLabs akan mencari pilihan mata wang tempatan yang dikaitkan dengan harga Bitcoin.

Arjun Rao, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs berkata, "Kita kini telah memasuki suatu dunia dengan kelajuan masa yang telah berubah – jumlah nilai yang sama yang boleh dihasilkan dalam masa setahun dahulu, kini boleh dihasilkan dalam beberapa minit selagi kita terikat dengan tenaga dan rangkaian kewangan Bitcoin. Dalam masa kira-kira 5 hingga 10 tahun, 1 Bitcoin berpotensi untuk meningkat dengan nilai satu juta. Matlamatnya adalah untuk menjadikan pekerja kami sebagai jutawan."

Sebagai sebuah syarikat global dengan 31 buah lokasi di seluruh dunia, ValueLabs akan menjadikan Opsyen Berkaitan Bitcoin tersedia kepada pangkalan pekerja global mereka dengan lebih 5,500 rakan sekutu untuk membantu mewujudkan kekayaan lestari kepada pekerja mereka.

Tentang ValueLabs: 

ValueLabs ialah syarikat teknologi global yang fokus kepada perkhidmatan Pembangunan Produk, Teknologi Data dan Digital. Dikuasakan oleh The Digital Flywheel®, ValueLabs menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam bidang Pengalaman Pelanggan, Data & Analitik, Pembangunan Produk dan Automasi. Sejak 23 tahun yang lalu, syarikat ini telah berkembang ke 31 buah lokasi, mempunyai 5,500 buah syarikat bersekutu dan 150 pelanggan di seluruh dunia. Fokus mereka kepada pekerja dan pelanggan telah menghasilkan perolehan Skor Penggalak Bersih (Net Promoter Scores, NPS) pelanggan terkemuka dalam industri, masing-masing melebihi 60 dan 80.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Vivek Raju
vivek.raju@valuelabs.com
www.valuelabs.com/business-form/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1022046/ValueLabs_LLP_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: ValueLabs LLP
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services