omniture

Adapdix umum pembiayaan SoftBank untuk platform AI pinggir generasi akan datang

Adapdix Corporation
2021-02-09 18:00 44

PLEASANTON, Calif., 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Adapdix Corporation, peneraju transformasi digital dalam perisian kawalan automasi dan pintar AI Pinggir, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pembiayaan daripada Dana Peluang (Opportunity Fund) SoftBank yang meningkatkan jumlah pelaburan diperoleh Adapdix kepada $10 juta. Dana baharu ini akan digunakan untuk membangunkan platform Kecerdasan Buatan (AI) generasi akan datang bagi membolehkan analitik ramalan masa nyata dan penyelenggaraan yang canggih pada perusahaan.  

Adapdix edge-optimized AI-ML performance
Adapdix edge-optimized AI-ML performance

 

Chad Harris, seorang pelabur Dana Peluang SoftBank berkata, "Kami teruja untuk menyokong Adapdix dalam inovasi AI dan turut serta dalam pembangunan penyelesaian baharu teknologi pinggir tersebut – kami percaya hasilnya akan benar-benar membawa perubahan. Dana Peluang SB melabur pada peringkat awal ini kerana kami mengiktiraf kelainan teknologi Adapdix dan percaya ia berpotensi untuk menjadi peneraju dalam pasaran AI pinggir yang sedang berkembang pesat ini."

Anthony Hill, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix berkata, "Pelaburan ini mengesahkan visi kami terhadap platform AI generasi akan datang. Dengan penyertaan Dana Peluang SB ke dalam pasukan pelabur, kami kini berupaya memperluas perniagaan serta membangun ekosistem rakan kongsi dan pembekal yang diperlukan."

EdgeOps™ Adapdix ialah penyelesaian perisian khusus yang menggabungkan analitik kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin (AI/ML) canggih dengan seni bina berasas teragih dan pinggir. Dengan membolehkan kawalan data AI di pinggir, Adapdix membantu meningkatkan ketepatan model, mengurangkan kos dan kesesakan rangkaian serta mengurangkan kependaman.

Sebagai penyelesaian analitik ramalan yang pertama berdasarkan teknologi jaringan data bergred industri, Adapdix membolehkan penyelenggaraan dan kawalan ramalan dengan kependaman ultra rendah. Pada peringkat permulaan, EdgeOps™ Adapdix akan memberi tumpuan untuk memberi perkhidmatan kepada syarikat pembuatan dalam sektor semikonduktor, elektronik dan automotif dengan lebih banyak industri yang dirancang untuk masa hadapan.

Tentang Adapdix 

Adapdix menyediakan platform perisian yang inovatif untuk perusahaan yang mengoptimumkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) yang berada di pinggir. Platform EdgeOps™ Adapdix yang berpusatkan pelanggan ini memberi peningkatan prestasi yang tiada tandingan kepada masa hidup peralatan, pengurangan rantaian bekalan dan kos logistik serta peningkatan kawalan dan produkiviti untuk pekerja jarak jauh. Ditubuhkan pada tahun 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1434648/adapdix_corporation.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1359461/ADAPDIX__Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Adapdix Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues Venture Capital Data Analytics