omniture

CIFF Guangzhou Umum Pemposisian Semula Serba Baharu

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2021-02-09 19:58 386

GUANGZHOU, China, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) ("CIFF Guangzhou") mengumumkan pemposisian semula yang berpaksikan "trend reka bentuk, perdagangan global, rantaian bekalan penuh", sebagai respons kepada perkembangan domestik dan antarabangsa serta keadaan industri semasa. Menerusi kedudukan baharu ini, CIFF Guangzhou akan terus mendorong inovasi reka bentuk, mengimbangi aktiviti-aktiviti eksportnya dengan memberi tumpuan baharu untuk meningkatkan jualan domestik.

Connecting more than 4300 quality brands with 300,000 professional visitors from across the industry, the 47th CIFF Guangzhou is scheduled to be held between March 18-21 and March 28-31, 2021 in Canton Fair Complex and PWTC Expo, Guangzhou.
Connecting more than 4300 quality brands with 300,000 professional visitors from across the industry, the 47th CIFF Guangzhou is scheduled to be held between March 18-21 and March 28-31, 2021 in Canton Fair Complex and PWTC Expo, Guangzhou.

CIFF Guangzhou komited untuk mendorong transformasi industri melalui reka bentuk asli. Pada Julai 2020, pada edisi ke-45, Pameran Reka Bentuk Perabot Cina Kontemporari "Design Spring" pertama telahpun diadakan, yang memberi tumpuan dari segi bagaimana untuk mengintegrasikan seni, reka bentuk dan kehidupan bagi menilai semula dan menemui nilai budaya, artistik, model dan jenama unik reka bentuk perabot Cina kontemporari. Acara ini, berserta aktiviti-aktiviti lain seperti Pejabat Masa Depan Antarabangsa 2030+ sulung yang memberi tumpuan terhadap produk bergaya dan penetap trend, memperlihatkan penerimaan dan pelaksanaan CIFF Guangzhou terhadap kedudukan baharunya.

Pada tahun 2021, CIFF Guangzhou akan turut memberi tumpuan untuk mewujudkan platform berfungsi penuh yang unik bagi meningkatkan jualan domestik serta eksport dengan kedua-dua aliran perniagaan saling melengkapi antara satu sama lain bagi memperkasa era aktiviti ekonomi baharu buat China. Di kawasan setempat, ia akan mengukuhkan fungsi perniagaannya, menghimpunkan jenama-jenama terkemuka, mengenal pasti trend industri yang baharu serta ciri-ciri pasaran, menghubungkan pameran dan kedai serta mengasah jangkauan pengguna melalui pemasaran jitu. Ia akan memberi tumpuan terhadap tiga rancangan utama untuk mempromosikan perdagangan global: e-dagang rentas sempadan, program Rakan Kongsi Global CIFF (CIFF Global Partners) serta platform pameran dalam talian.

Sebagai satu-satunya pameran perabot di dunia yang mencakupi seluruh rantaian industri, CIFF Guangzhou akan terus memanfaatkan kedudukan uniknya untuk mengintegrasikan huluan dan hiliran industri, dengan rancangan untuk mengaktifkan rangkaian bagi menghubungkan kedai, perniagaan, pengedar dan pempamer perabot di lebih banyak bandar, menggabungkan sumber khalayak dan saluran, meningkatkan kelayakan kreatifnya, mengadakan jerayawara serta acara untuk menghubungkan pereka dan institusi selain mengembangkan pendedahannya dalam industri hartanah.

Menghubungkan lebih daripada 4300 jenama berkualiti dengan 300,000 pengunjung profesional daripada seluruh industri, CIFF Guangzhou ke-47 dijadualkan untuk diadakan antara 18-21 Mac dan 28-31 Mac 2021 di Kompleks Pameran Canton dan Ekspo PWTC, Guangzhou. Bertujuan untuk mempromosikan nilai reka bentuk dan menghimpunkan seluruh rantaian bekalan, ia berusaha untuk meningkatkan keyakinan industri dan memperkasa pembangunan syarikat-syarikat domestik dalam era pascawabak.

Untuk mendaftar acara berkenaan, sila kunjungi: https://www.ciff-gz.com/en/visitors/pre-register 

The CIFF Guangzhou has announced a repositioning anchored in “design trend, global trade, full supply chain”, in response to domestic and international developments as well as the current state of the industry.
The CIFF Guangzhou has announced a repositioning anchored in “design trend, global trade, full supply chain”, in response to domestic and international developments as well as the current state of the industry.

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Art Entertainment Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Trade show news