omniture

Wilson Melancarkan Bola Perlawanan Rasmi Kejohanan NBA Menjelang Musim NBA 2021-22

Wilson Sporting Goods Co.
2021-06-18 23:01

Trae Young dan Jamal Murray dari NBA menyertai Kakitangan Penasihat Wilson; Bola rasmi Kejohanan NBA oleh Wilson akan diperkenalkan di gelanggang pada Microsoft Surface NBA Draft Combine 2021

CHICAGO, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Wilson Sporting Goods Co., dalam kerjasama dengan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), hari ini melancarkan bola perlawanan rasmi baharu liga tersebut menjelang musim ulang tahun ke-75NBA.  Pelancaran ini menunjukkan kerjasama berbilang tahun yang mengalu-alukan pengeluar bola keranjang rasmi NBA yang pertama – Wilson – kembali ke dalam permainan.

Wilson’s new official game ball of the NBA
NBA_WILSON_OFFICIAL_GAME_BALL

Bola perlawanan rasmi kejohanan NBA Wilson ini diperbuat daripada bahan, konfigurasi lapan panel dan spesifikasi prestasi yang sama seperti bola perlawanan liga sekarang serta sumber kulit yang sama yang kini digunakan dalam kejohanan NBA.  Sepanjang tahun lalu, NBA dan Persatuan Pemain Bola Keranjang Kebangsaan (NBPA) telah bekerjasama dengan Wilson untuk membangun dan meluluskan bola perlawanan baharu melalui sesi penilaian pasukan.  Bola perlawanan ini menampilkan logo NBA dan Wilson yang ikonik dengan kerakal berbutir penuh bersama logo Wilson yang turut mengandungi sebaris antrasit.

"Wilson teruja untuk mengungkap sejarah dan warisan kami dengan NBA dalam mengembangkan permainan bola keranjang di pentas global," kata Kevin Murphy, Pengurus Besar Pasukan Sukan Wilson.  "Susulan pelancaran kerjasama WNBA dan BAL kami, kami akan terus membina masa depan sukan ini.  Pertamanya, Wilson akan memberi tumpuan dalam menyokong liga ini dan pemainnya dengan bola perlawanan berprestasi tinggi dan seterusnya membolehkan rangkaian bola keranjang kami untuk menjangkau para peminat, jurulatih dan pemain di semua peringkat di seluruh dunia."

"Kerjasama kami dengan Wilson direalisasikan pada masa yang tepat menjelang musim ulang tahun kami yang ke-75," kata Salvatore LaRocca, Presiden Perkongsian Global NBA.  "Sebagai bola perlawanan rasmi kejohanan NBA untuk 37 musim pertama liga ini, Wilson kembali ke gelanggang dengan membina sejarah bersama kami dan mengharapkan perkembangan liga yang berterusan."

Bola perlawanan rasmi NBA Wilson akan membuat debut di gelanggang pada Microsoft Surface NBA Draft Combine 2021 yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Isnin, 21 Jun hingga Ahad, 27 Jun.  Bola perlawanan ini akan tersedia untuk pembelian secara eksklusif di wilson.com  di A.S. bermula pada 29 Julai serentak dengan NBA Draft 2021 anjuran State Farm.  Produk tambahan berlesen NBA Wilson akan tersedia melalui rakan peruncitan utama di seluruh dunia termasuk NBAStore.com , Amazon dan lain-lain sepanjang musim panas ini.

Bersempena dengan pelancaran bola perlawanan ini, Wilson turut memperkenalkan ahli Kakitangan Penasihat NBAnya yang pertama – NBA All-Star 2020, Trae Young dan pilihan NBA Draft 2016 pusingan pertama, Jamal Murray.  Sebagai ahli Kakitangan Penasihat Wilson yang rasmi, Young dan Murray akan menguji main, memberi maklum balas dan bekerjasama dalam produk bola keranjang Wilson.

"Menyertai Kakitangan Penasihat Wilson adalah amat sesuai dengan saya," kata Young. "Saya telah menggunakan bola keranjang mereka sejak saya masih kanak-kanak – sejak bermain bola keranjang di jalan masuk rumah saya hinggalah bermain sepanjang pengajian di kolej. Ia adalah menarik untuk menyaksikan Wilson kembali ke NBA dan saya berpeluang memberikan pendapat tentang prestasinya di dalam dan di luar gelanggang."

Young dan Murray menyertai daftar ahli Kakitangan Penasihat Bola Keranjang Wilson yang semakin berkembang, termasuk pemenang WNBA All-Star sebanyak tiga kali, Liz Cambage, bintang FIBA 3x3, Dušan Bulut dan Migna Touré, jurulatih mahir terkenal, Chris Brickley dan pempengaruh fesyen, Beija Velez serta lebih ramai pemain yang dijangka akan diumumkan menjelang musim liga ini.

Pencapaian kerjasama Wilson dengan NBA akan terus dilancarkan sepanjang tahun 2021 dengan pengumuman dan pengaktifan di seluruh Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA) , Liga NBA G, Liga NBA 2K dan Basketball Africa League  (BAL) serta musim ulang tahun ke-75 NBA.

Tentang Wilson:
Wilson Sporting Goods Co. yang berpangkalan di Chicago, AS ialah anak syarikat Amer Sports Corporation yang merupakan pengeluar terkemuka di dunia bagi peralatan, pakaian dan aksesori sukan berprestasi tinggi. Syarikat ini membawa inovasi lebih satu abad kepada bidang sukan di setiap peringkat permainan. Ia menggunakan wawasan pemain untuk membangunkan produk yang mendorong inovasi peralatan ke wilayah baharu dan memperkasakan atlet pada setiap peringkat untuk memberikan prestasi terbaik. Sila layari www.wilson.com untuk maklumat lanjut.

Dalam Sukan Bola Keranjang , Wilson ialah pembekal Bola Keranjang Rasmi untuk National Basketball Association® (NBA), Women's National Basketball Association® (WNBA), National Collegiate Athletic Association® (NCAA) untuk March Madness dan Final Four, Basketball Champions League (BCL), Basketball Africa League (BAL) serta FIBA 3x3. Dalam Sukan Bola Sepak Amerika, Wilson ialah Pembekal Bola Sepak Perlawanan Rasmi yang pertama dan satu-satunya untuk National Football League® (NFL), pembekal Bola Sepak Perlawanan Rasmi untuk Canadian Football League (CFL), NCAA Football, Pop Warner, American Youth Football dan USA Football. Dalam Sukan Tenis, Wilson ialah Bola Rasmi dan Rakan 'Stringing' Rasmi bagi US Open dan Roland Garros. Dalam Sukan Bola Tampar, Wilson ialah Pembekal Bola Tampar Perlawanan Rasmi untuk Persatuan Profesional Bola Tampar (AVP) dan Bola Tampar Pantai NCAA. Dalam Sukan Bola Sepak, Wilson ialah pembekal bola perlawanan untuk NCAA Soccer.

Tentang NBA:
NBA ialah sebuah perniagaan sukan dan media global yang dibina berdasarkan empat liga sukan profesional: Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita, Liga NBA G dan Liga NBA 2K.  NBA dan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) juga bersama-sama mengendalikan Basketball Africa League (BAL).  NBA telah memantapkan kehadiran antarabangsa utama melalui permainan dan program yang tersedia di 215 buah negara dan wilayah dalam lebih 50 bahasa serta barangan dagangan untuk dijual di lebih 100,000 buah kedai di 100 buah negara di enam benua.  Jadual Kejohanan NBA pada permulaan musim 2020-21 ini menampilkan 107 pemain antarabangsa dari 41 buah negara.  Aset NBA Digital merangkumi NBA TV, NBA.com, Aplikasi NBA dan Pas Liga NBA.  NBA telah mencipta salah satu komuniti media sosial terbesar di dunia dengan 1.9 bilion orang pengikut dan suka di seluruh dunia pada semua platform liga, pasukan dan pemain.  Melalui NBA Care, liga ini menangani isu-isu sosial yang penting melalui kerjasama dengan organisasi belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menyokong pendidikan, pembangunan belia dan keluarga serta tujuan yang berkaitan kesihatan.

Wilson Advisory Staff member and Atlanta Hawks point guard, Trae Young, holds the new official game ball of the NBA.
Trae_Young

 

Wilson Advisory Staff member and Denver Nuggets point guard, Jamal Murray, holds the new official game ball of the NBA.
Jamal_Murray

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1535399/nba_wilson_official_game_ball.jpg?p=medium600
Foto -
https://mma.prnasia.com/media2/1535397/trae_young.jpg?p=medium600
Foto -
https://mma.prnasia.com/media2/1535400/jamal_murray.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/1535398/NBA_and_Wilson_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Wilson Sporting Goods Co.
Keywords: Retail Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements New products/services