omniture

Hilton Honors Memperkenalkan Tawaran Eksklusif untuk Menjamu Selera 'Like a Member' di Asia Pasifik

Hilton Honors
2021-07-07 15:35 189

SINGAPURA, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Hilton Honors, pemenang anugerah program kesetiaan tetamu untuk 18 jenama Hilton bertaraf dunia, hari ini mengumumkan tawaran jamuan selera Asia Pasifik baharunya, 'Like a Member', yang memberi peluang kepada tetamu untuk menyertai Hilton Honors untuk menikmati keistimewaannya tanpa perlu menginap di hotel. Menjemput tetamu untuk menjamu selera seperti ahlinya, tawaran ini termasuk diskaun sehingga 25% serta peluang untuk memperoleh Mata Bonus daripada rangkaian luas restoran dan bar yang diurus oleh Hilton di rantau ini.

Ahli-ahli bakal mendapat akses eksklusif kepada faedah dan keistimewaan menarik di tempat menjamu selera Hilton
Ahli-ahli bakal mendapat akses eksklusif kepada faedah dan keistimewaan menarik di tempat menjamu selera Hilton

Dengan lebih daripada 900 restoran dan bar di seluruh Asia Pasifik, yang kesemuanya mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi, Hilton Honors bermatlamat untuk memberi akses kepada ahli supaya dapat menikmati nilai terunggul semasa mereka menjamu selera, minum ucap selamat dan meraikan perayaan di bandar asal mereka atau di dalam rantau ini apabila keadaan selamat untuk mengembara semula.

Ahli-ahli Hilton Honors boleh menikmati faedah-faedah* berikut apabila mereka menjamu selera di restoran dan bar yang layak, yang diurus oleh Hilton di Asia Pasifik termasuk hidangan bawa pulang, penghantaran dan minuman beralkohol, sekiranya dibenarkan di sisi undang-undang:

  • Diskaun 25% daripada harga bersih untuk semua ahli Emas dan Berlian Hilton Honors
  • Diskaun 10% daripada harga bersih untuk semua ahli Hilton Honors
  • 500 Mata Bonus diberikan untuk sebarang transaksi yang bernilai lebih daripada USD25 (atau bersamaan dengan mata wang tempatan) untuk semua ahli Hilton Honors yang datang tanpa tempahan awal.

Tawaran 'Like a Member' kini disediakan di seluruh Asia Tenggara dan sah sehingga 31 Disember 2021.

"Ahli-ahli Hilton Honors kami merupakan tumpuan dalam segala yang kami lakukan, maka kami sentiasa berusaha mencari cara untuk memberi pengalaman yang mereka idamkan dan pengiktirafan yang seharusnya diterima oleh mereka – satu hubungan erat yang meningkatkan keseronokan hari biasa mereka," kata Ben George, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Komersial, Asia Pasifik, Hilton. "Dengan mengaitkan semangat dan minat terhadap kulinari yang dikongsi di seluruh rantau, tawaran menjamu selera ini memberi pilihan dan nilai yang hebat melalui faedah-faedah untuk ahli sahaja di seluruh Asia Pasifik. Tatkala kami terus membawa keceriaan dan kemesraan hospitaliti kepada ahli-ahli di mana jua mereka berada, kami juga tidak sabar untuk menyambut mereka kembali ke hotel-hotel kami apabila mereka bersedia."

Bermula dengan menjamu selera hidangan masakan terbaik, dan mencicipi rasa koktel baharu yang mengagumkan, hinggalah menghayati pengalaman menjamu selera bertema, ahli-ahli boleh merealisasikan setiap keinginan melalui pelbagai jenis hidangan. Beberapa restoran dan bar di Asia Tenggara ini termasuk:

Indonesia

The Shore Restaurant & Bar, Hilton Bali Resort, Indonesia

Terletak di pantai pusat peranginan dan tepi kolam renang, The Shore membawakan destinasi menjamu selera dan gaya hidup di tepi pantai yang kasual untuk tetamu mencicipi, bermain dan merasai. Diterajui oleh Cef Eksekutif Clinton Webber, The Shore menampilkan hidangan makanan inovatif dan kreatif yang bersumber secara setempat dan beretika, serta pelbagai koktel ala musim panas, 'mocktail' dan minuman gelas tinggi istimewa The Shore. Restoran berbilang tingkat ini juga mempunyai persekitaran kawasan terbuka di tingkat pertama, ruang istirehat separa terbuka di Mezzanine dan atas bumbung ruang terbuka di tingkat ketiga, lengkap dengan konsep menjamu selera tersendiri yang berubah-ubah sepanjang hari.

Malaysia

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton hotels, Malaysia

Mencakupi kesemua budaya Malaysia yang berbilang-kaum, Makan Kitchen memperkenalkan pengaruh tempatan daripada masakan Melayu, Cina dan India di suasana restoran santai yang dapat memenuhi keperluan keluarga, rakan-rakan mahupun golongan profesional. Makan Kitchen mempersembahkan makanan jalanan asli yang ditingkatkan, disajikan dengan bahan-bahan premium dan kaedah-kaedah memasak tradisional, diiringi dengan pemandangan bandar, kolam renang ataupun tasik yang indah, serta ruang menjamu selera terbuka di hotel-hotel terpilih. Suasana menjamu selera kontemporari dibahagikan kepada tiga kawasan tersendiri dan menampilkan dapur interaktif langsung untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Restoran Makan Kitchen boleh ditemui di DoubleTree by Hilton Johor BahruDoubleTree by Hilton Kuala LumpurDoubleTree by Hilton MelakaDoubleTree by Hilton Penang dan DoubleTree by Putrajaya Lakeside.

Filipina

Kusina Sea Kitchens, Hilton Manila, Filipina

Mempersembahkan kehangatan dapur Filipina yang klasik, Kusina Sea Kitchens menggabungkan suasana desa namun bergaya dengan kesibukan dapur terbuka serta menampilkan pelbagai jenis hidangan masakan Filipina dan antarabangsa asli. Pengalaman istimewa termasuk stesen Dampa di mana makanan laut dan daging dipanggang di atas batu lava dan stesen Samalamig yang menawarkan makanan dan minuman ringan Filipina buatan sendiri. Ensembel kulinari beraneka ini dilengkapi dengan ruang dalaman yang luas dan berunsur kekeluargaan, berkaitan alam semula jadi, bagi mewujudkan suasana diala rumah dan santai untuk penjamu selera.

Thailand

Front Room, Waldorf Astoria Bangkok, Thailand

Mempersembahkan konsep menjamu selera segar yang meraikan makanan Thai asli yang dimasak sendiri, Front Room meraikan lapan rasa masakan Thai yang tersendiri. Menunya menonjolkan kolaborasi kulinari dengan profesor kulinari Dr. Niphatchanok Najpinij dan dipengaruhi oleh warisan kulinari ibu beliau. Pengalaman gastronomi, diinspirasikan oleh ros mue Mae (atau "dimasak oleh Ibu"), menyajikan hidangan masakan seperti Kaldu Kelapa dengan Daging Pipi Lembu Masin, Bawang Merah dan Cili serta hidangan masakan berasaskan rempah-ratus dan sayuran yang padat dengan rasa Thai seperti Batang Teratai, Limau Bali dan Pes Cili Buatan Sendiri.

Singapura

Golden Peony, Conrad Centennial Singapore, Singapura

Diterajui oleh Cef Eksekutif selebriti Ku Keong, Golden Peony yang disambut hangat ini mengundang penjamu selera untuk menikmati hidangan masakan Kantonis klasik daripada hidangan yang disempurnakan dan dim sum istimewa dengan pelbagai rasa eksotik. Penjamu selera juga berpeluang untuk mencipta menu citarasa mereka sendiri dengan hidangan masakan istimewa yang boleh ditukar ganti melalui Discovery Menu – sorotan utama kulinari termasuk Sup Makanan Laut Lapan Khazanah, dan Ketam Kulit Lembut Rangup dengan Telur Masin. Bagi pengalaman menjamu selera yang unik dengan kecanggihan yang tenang, Golden Peony turut menyediakan bilik menjamu selera peribadi untuk seramai lapan orang tetamu.

Sri Lanka

Hornbill, DoubleTree by Hilton Weerawila Rajawarna Resort, Sri Lanka

Hornbill mempersembahkan bar renang naik dan ruang istirehat santai mewah, bagi menggalakkan penjamu selera mahupun tetamu hotel untuk berehat sambil menikmati pemandangan tasik sekitarnya yang menakjubkan. Restoran tersebut menawarkan pelbagai hidangan masakan Sri Lanka, Asia atau Barat yang menarik serta pilihan hidangan campuran tropika untuk dinikmati oleh tetamu.

Hilton Honors menawarkan pelbagai jenis manfaat dan faedah kepada ahli-ahli, daripada portfolio 18 jenama Hilton yang bertaraf dunia, termasuk diskaun eksklusif, ganjaran dan beratus-ratus cara untuk memperoleh dan menebus Mata bagi penginapan bermalam percuma, barangan premium dan sumbangan amal serta pengalaman unik. Aplikasi mudah alih Hilton Honors yang utama dalam industri ini menyediakan pengalaman tanpa sentuh yang lancar kepada tetamu walaupun sebelum melangkah ke hotel. Menggunakan telefon pintar, tetamu boleh memintas kaunter depan dan mendaftar masuk, memilih dan mengakses bilik mereka dengan Kunci Digital di lebih 5,200 hartanah di seluruh dunia.

Semasa tempoh yang tidak menentu untuk pengembara ini, Hilton Honors kekal komited menyediakan kefleksibelan untuk menukar atau membatalkan tempahan sehingga 24 jam sebelum tiba, serta lanjutan status dan Mata. Bagi tetamu yang menempah – atau menempah semula – penginapan, ahli-ahli Hilton Honors diberi jaminan harga terendah di kesemua hotel Hilton apabila mereka menempah terus di Hilton.com atau aplikasi Hilton Honors serta mendapat akses kepada faedah-faedah serta merta, termasuk gelangsar bayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih hampir sebarang gabungan Mata dan wang untuk menempah penginapan.

Bagi memanfaatkan tawaran 'Like a Member' dan rangkaian luas faedah ahli, daftar secara percuma di HiltonHonors.com.

Imej resolusi tinggi boleh diakses di sini.

*Senarai penuh terma dan syarat untuk tawaran 'Like a Member' boleh diakses di sini.

Latar Belakang Hilton Honors

Hilton Honors ialah program pemegang anugerah kesetiaan tetamu untuk 18 jenama Hilton bertaraf dunia yang merangkumi lebih daripada 6,500 hartanah di 119 negara dan wilayah. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton akan mendapat akses kepada faedah-faedah serta merta, termasuk gelangsar bayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih hampir sebarang gabungan Mata dan wang untuk menempah penginapan, diskaun ahli yang eksklusif serta WiFi Standard percuma. Ahli-ahli juga mendapat akses kepada teknologi tanpa sentuh secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih Hilton Honors yang utama dalam industri, yang membolehkan ahli-ahli mendaftar masuk, memilih dan mengakses bilik mereka menggunakan Kunci Digital. Hilton Honors menawarkan beratus-ratus cara untuk memperoleh dan menebus Mata termasuk kad kredit jenama bersama terpilih kepada lebih daripada 115 juta ahlinya. Ahli-ahli boleh menebus Mata mereka untuk penginapan bermalam percuma, barangan premium dan item di Amazon serta membuat sumbangan amal. Program ini boleh disertai secara percuma dan pengembara boleh mendaftar secara dalam talian dengan mengunjungi hiltonhonors.com. Ketahui lebih lanjut mengenai Hilton Honors di newsroom.hilton.com/hiltonhonors, dan ikuti Hilton Honors di Facebook, Twitter dan Instagram.

Latar Belakang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang terkemuka, dengan portfolio 18 jenama bertaraf dunia yang merangkumi lebih daripada 6,500 hartanah serta lebih daripada sejuta buah bilik di 119 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk menunaikan visi penubuhannya untuk memenuhi dunia dengan keceriaan dan kemesraan hospitaliti, Hilton telah menerima lebih daripada 3 bilion tetamu sepanjang sejarahnya selama lebih daripada 100 tahun, meraih kedudukan tertinggi dalam senarai Tempat Kerja Terbaik Dunia 2020 dan dinamakan sebagai Peneraju Industri Global 2020 bagi Indeks Kelestarian Dow Jones. Pada tahun 2020, Hilton CleanStay diperkenalkan, untuk membawa piawai kebersihan dan pembasmian kuman penentu industri kepada hotel-hotel di seluruh dunia. Melalui program pemegang anugerah kesetiaan tetamu, Hilton Honors, seramai lebih daripada 115 juta ahlinya yang menempah terus dengan Hilton boleh menjana Mata untuk penginapan dan pengalaman hotel yang tidak boleh dibeli dengan wang. Dengan aplikasi mudah alih Hilton Honors percuma, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka pintu mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, kesemuanya daripada telefon pintar mereka. Kunjungi newsroom.hilton.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui FacebookTwitterLinkedInInstagram dan YouTube.

Source: Hilton Honors
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel New products/services