omniture

Penajaan EURO 2020 ialah Pilihan Yang Pasti dalam Strategi Globalisasi Hisense

Hisense
2021-07-12 22:42 257

QINGDAO, China, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai perlawanan utama yang pertama selepas pandemik, EURO 2020 telah menggamit keterujaan yang luar biasa. Sebagai Penaja Rasmi, Hisense muncul bersama-sama jenama-jenama subsidiari. "Sekiranya penajaan EURO 2016 merupakan kehadiran global awal, EURO 2020 mesti menjadi permulaan globalisasi pelbagai jenama dan produk Hisense," kata Jia Shaoqian, Presiden Hisense Group Holdings Co., Ltd. 
Pemasaran sukan telah menjadi pilihan strategik Hisense dan kunci untuk meningkatkan pengiktirafan seluruh dunia, meningkatkan pengiktirafan produk yang unggul dan mendorong jualan. Ini akhirnya memenuhi matlamat strategiknya iaitu "pasaran luar negara menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan Hisense". Melalui pemasaran sukan dan pengukuhan keupayaan pemasaran bersepadu secara global yang berterusan, Hisense mengukuhkan kehadiran dan pengiktirafan global.

Strategi globalisasi merupakan pilihan wajib
Mempunyai kecekapan pasaran bersepadu yang hebat dan reputasi pasaran yang amat diiktiraf merupakan keperluan yang sangat penting untuk menjadi penaja utama. Penajaan Hisense mendedahkan kapasiti jenama dan reputasi cemerlang yang diperoleh daripada pemasaran sukan. Hisense telah membina 16 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan 17 tapak pengeluaran, menubuhkan 54 syarikat dan pejabat di seluruh dunia, terus memperluas jualan global dan susun atur industri sejak fasa awal strategi globalisasi. Di samping itu, melalui kebajikan dan pemasaran sukan, ia mendorong keterlihatan untuk Hisense dan mencapai kepercayaan dan penghargaan sejagat di seluruh dunia.
Menjelang tahun 2020, pendapatan jenama milik Hisense menyumbang sebanyak 78% daripada pendapatan pemasaran antarabangsa. "Selepas 30 tahun, Hisense merupakan sebuah perusahaan multinasional yang berjaya dan jenama antarabangsa yang disegani," kata Jia Shaoqian. "Untuk menjadi sebuah perusahaan globalisasi, pengantarabangsaan pembangunan, pembuatan, penjenamaan dan pemasaran produk yang komprehensif merupakan taktik-taktik penting." Seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi Hisense Zhou Houjian, pengukuhan sistem pemasaran antarabangsa, pewujudan jenama milik sendiri merupakan laluan pembangunan Hisense yang teguh.

Keupayaan pemasaran bersepadu seluruh dunia untuk mempercepatkan globalisasi
"Mempunyai sistem pemasaran global yang komprehensif dan rancangan operasi yang teliti merupakan laluan untuk mendorong globalisasi perusahaan dengan jayanya. Globalisasi Hisense telah dipercepatkan melalui pengumpulan pengalaman dan usaha dalam lima aspek," kata Zhu Dan, Presiden Hisense International Co., Ltd.

  • Hisense melancarkan pelbagai kempen pemasaran di Eropah untuk memaksimumkan faedah penajaan: mempamerkan pendedahan jenama Hisense yang eksklusif di Festival Menara-menara di Eropah; melancarkan "Jelajah Trofi"; mendorong trafik melalui kempen hadiah percuma Twitter dan peningkatan jualan e-dagang. Melalui pelbagai kempen, pengaruh jenama berjaya ditingkatkan.
  • Kawalan kualiti: Dengan membina tapak R&D di seluruh dunia, ia membolehkan pengeluaran setempat bagi menjamin kualiti produk.
  • Kecekapan rantaian bekalan: Dengan menubuhkan pusat pengurusan rantaian bekalan global, tapak luar pesisir dan bekerjasama dengan platform pembarangan tempatan, Hisense meningkatkan jaminan pesanan pengangkutan rentas sempadan dan kadar pengedaran e-pesanan yang tepat pada masanya bagi menjamin pengalaman pengguna yang mencukupi.
  • Sistem bersepadu: Hisense menggunakan sumber global dalam R&D, pembuatan dan penjualan bagi menjamin kelayakan produk dan memenuhi keperluan pengguna.
  • Penggunaan bakat: Hisense percaya bahawa asas inovasi teknologi ialah penumpuan dan pembangunan bakat. Hisense telah menggaji ramai bakat global termaju dalam reka bentuk cip, A.I dan bidang-bidang lain bagi meningkatkan teknologi dan kualiti.

Penampilan Hisense di EURO 2020
Penampilan Hisense di EURO 2020

Pemasaran sukan membantu jualan produk
Dedikasi yang berterusan terhadap pemasaran sukan berjaya mengukuhkan kehadiran perusahaan, di samping turut menjurus kepada jualan yang lebih baik.
Berbanding dengan EURO 2016, Hisense lebih memfokuskan penjualan dan pemasaran produk di EURO 2020. Mendapat manfaat daripada penajaan, mulai Januari hingga Jun 2021, jualan luar negara TV laser Hisense meningkat lebih daripada 10 kali ganda berbanding tahun sebelumnya (YOY). "Skrin besar, Ultra-HD, Kualiti sempurna dan Bunyi bertaraf dunia" merupakan ciri-ciri luar biasa dan faktor-faktor pemilihan TV Laser.
Pang Jing, pengurus besar jabatan pemasaran antarabangsa Hisense berkata, "Mengambil manfaat daripada pengalaman penajaan di EURO 2016 dan Piala Dunia FIFA 2018, Hisense lebih mahir dan cekap dalam EURO 2020. Dengan menubuhkan lebih banyak syarikat korporat luar negara dan sistem rantaian bekalan yang komprehensif, keupayaan untuk mengumpul sumber global membolehkan Hisense untuk mencapai kejayaan dalam kempen pemasaran EURO 2020. Tumpuan untuk meningkatkan penjualan produk dan reputasi jenama telah menjadi matlamat pemasaran Hisense di EURO 2020. Melangkah ke hadapan, Hisense akan meneruskan usahanya dalam pemasaran sukan."

Hisense komited terhadap pemasaran sukan, yang menekankan strategi pelaburan dan globalisasi jangka panjang. Bermula dengan menaja EURO 2020, Piala Dunia FIFA hinggalah acara-acara sukan yang lain, melalui keupayaan komprehensif dan produk inovatif, ia membolehkan Hisense untuk mengekalkan kelebihan berdaya saing dalam pasaran global.

Source: Hisense
Keywords: Advertising Chemical Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports