omniture

Straive Memperkenalkan Platform Data Straive (SDP): Sebuah Platform Pengurusan Data Hujung ke Hujung yang Memberi Tumpuan kepada Penyelesaian Data Tidak Berstruktur

Straive
2021-07-21 19:20 41

SINGAPURA, 21 Julai 2021 /PRNewswire/-- Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global), peneraju pasaran dalam penyelesaian data dan kandungan yang dipacu teknologi, hari ini mengumumkan pelancaran Platform Data Straive (SDP). SDP ialah sebuah platform pengurusan data hujung ke hujung yang memberi tumpuan kepada penyelesaian data tidak berstruktur. Dengan seni bina berasaskan perkhidmatan mikro dan natif awan, SDP mengekstrak dan memperkaya data daripada mana-mana sumber tidak berstruktur dan membolehkan perusahaan memanfaatkan kuasa keseluruhan data. SDP memberi manfaat kepada syarikat dengan masa yang lebih singkat ke pasaran, liputan data yang lebih baik dan menyediakan kualiti yang konsisten dengan penyelesaian yang boleh diskala serta keupayaan yang tersendiri untuk mengendalikan data tidak berstruktur.

Straive Data Platform (SDP): An End-to-End Data Management Platform Focused on Unstructured Data Solutions
Straive Data Platform (SDP): An End-to-End Data Management Platform Focused on Unstructured Data Solutions

Straive, dengan kepakarannya selama bertahun-tahun dalam menangani kandungan dan data (terutamanya data tidak berstruktur), telah membangunkan SDP untuk menawarkan penyelesaian komprehensif kepada perniagaan bagi memperoleh pemahaman yang boleh digunakan daripada set data tidak berstruktur. SDP menyediakan penghubung prabina dan pelbagai laluan pengingesan untuk menangkap data daripada pelbagai sumber dan format (berstruktur dan tidak berstruktur) untuk disatukan dan digunakan pada pelbagai titik sentuh sambil menyediakan persekitaran pemprosesan data yang selamat dan mantap. SDP menggunakan keupayaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk membawa masuk tahap ketepatan data, kualiti dan automasi yang berbeza.

SDP telah direka untuk memberikan perkhidmatan kepada kes penggunaan Straive yang merangkumi kecerdasan teks, kecerdasan data awam dan kecerdasan visi di seluruh industri seperti kandungan saintifik, perkhidmatan kewangan, risiko dan pematuhan serta undang-undang dan hartanah melalui:

  • Aliran kerja yang boleh disesuaikan dengan mudah
  • Koleksi, pengekstrakan dan penyediaan data automatik
  • Penskalaan automatik
  • Integrasi yang lancar dengan peralatan dan produk pihak ketiga
  • SLA gred perusahaan

Daripada mengekstrak titik data orang ramai dan data berkaitan syarikat dari lebih 14 juta laman web dalam masa 3-4 bulan hingga kepada mengesan sekitar 9 juta titik data unik merentasi 11 ribu syarikat yang disumberkan daripada Laporan Tahunan, Laporan CSR dan pelbagai pemfailan kawal selia, SDP merupakan salah satu penyelesaian yang paling boleh diskala untuk data tidak berstruktur.

Murugesh Mayandi, Ketua Pegawai Penyelesaian Data Straive berkata, "Platform Data Straive merangkumi pengalaman kami selama beberapa dekad dan keupayaan serba lengkap kami dalam skop penyelesaian data. Kami telah melabur secara konsisten dalam kakitangan dan platform untuk meningkatkan tahap automasi dan penggunaan pendekatan berasaskan platform ke arah masalah data tidak berstruktur yang semakin meningkat bagi kes penggunaan perniagaan utama. Melalui SDP, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan pelbagai industri dengan teknologi proprietari kami dan pasukan pakar subjek yang mantap untuk menggunakan dan mencipta penyelesaian industri tersuai."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Platform Data Straive, sila klik di sini.

Tentang Straive  (dahulunya dikenali sebagai SPi Global)

Straive ialah sebuah syarikat teknologi kandungan terkemuka di pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, kepakaran subjek khusus (subject matter expertise, SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-Pembelajaran/Teknologi Pendidikan dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, sumber pelbagai lokasi geografi Straive terletak di lapan buah negara: Filipina, India, AS, China, Nicaragua, Vietnam, United Kingdom dan ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Singapura. Pada bulan Ogos 2017, Partners Group iaitu pengurus pelaburan pasaran swasta global, telah melabur dalam SPi Global bagi pihak pelanggannya. 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Kshitiz Ahuja
Ketua-Perhubungan Awam dan Jenama
kshitiz.ahuja@straive.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1576533/infographics_sdp.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1486326/Straive_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Straive
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Data Analytics