omniture

Pasaran teknologi sumber manusia sedang meningkat - Darwinbox melantik mantan eksekutif Salesforce dan Oracle untuk memenuhi permintaan di Asia Tenggara

Darwinbox
2021-07-23 13:18 39

SINGAPURA, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Sepanjang 18 bulan yang lalu, perubahan digital telah berlaku secara besar-besaran. Organisasi telah mengutamakan orang ramai, proses dan teknologi apabila pandemik ini mengubah dunia pekerjaan. Pasaran teknologi sumber manusia (HR) global yang mencapai nilai sebanyak USD25.76 Bilion pada tahun 2020 dijangka akan meningkat pada kadar CAGR sebanyak 9.2% dalam tahun 2021-2026. 

Juancho Jerusalem, VP and Head of APJ Expansion, Darwinbox
Juancho Jerusalem, VP and Head of APJ Expansion, Darwinbox

Ketika permintaan terhadap penyelesaian berteknologi HR semakin meningkat, platform teknologi HR yang paling pesat berkembang di Asia iaitu Darwinbox mengumumkan pelantikan Juancho Jerusalem ke dalam pasukan Kepemimpinan Eksekutif syarikatnya. Beliau menyertai syarikat tersebut sebagai Naib Presiden dan Ketua Pengembangan APJ yang mengetuai syarikat untuk menembusi pasaran ASEAN, AN/Z dan Jepun. Dengan tanggungjawab utama yang merangkumi kejayaan pelanggan di seluruh pangkalan pengguna HRMS, pertumbuhan dan pengembangan syarikat merentasi APJ dan penciptaan budaya untuk menarik bakat dan rakan kongsi terbaik, penyertaan Juancho ke dalam pasukan Darwinbox adalah penting kepada visi pertumbuhan syarikat untuk tahun ini. 

Juancho menyertai Darwinbox dengan membawa pengalaman kerjaya yang cemerlang di Salesforce sebagai Naib Presiden Serantau yang menguruskan perniagaan Awan Pemasaran di seluruh ASEAN dan Wilayah Besar China selama hampir 5 tahun. Terbaru, beliau telah mengetuai perniagaan Digital 360 Salesforce di Thailand dan Filipina yang menyaksikan kedua-dua buah negara tersebut mencapai pertumbuhan pendapatan yang amat besar. Sebelum itu, beliau memegang jawatan dengan pelbagai kerumitan dan kesukaran di MNC seperti Oracle dan Citrix di seluruh APAC selama lebih 17 tahun. 

Mengulas tentang pasaran Teknologi HR dan perpindahan beliau ke Darwinbox, Juancho berkata, "Asia adalah unik dengan penerimagunaan internet dan mudah alih yang dua kali lebih pantas berbanding negara-negara lain di seluruh dunia. Apabila berlakunya pandemik ini, ia telah mendorong tenaga kerja untuk memikirkan semula tentang cara penglibatan mereka dan memaksa mereka untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya tahan. Namun, penyedia Teknologi HR semasa telah menjadi tidak cekap, ketinggalan zaman dan mahal untuk dikekalkan. Teknologi HR sepatutnya tidak sukar untuk digunakan terutamanya dalam dunia pekerjaan dari mana-mana sahaja. Ia sepatutnya tidak berbeza daripada aplikasi mudah alih harian yang kita gunakan seperti Instagram, Spotify dan Facebook. Inilah yang disediakan oleh  Darwinbox . Ia mudah, berkesan dan untuk setiap pekerja yang mempunyai peranti pegang." 

Juancho dilahirkan dan dibesarkan di Manila sebelum berpindah ke Sydney selama 11 tahun dan kini menetap di Singapura. 

"Kami teruja kerana dapat bekerja dengan Juancho dan belajar daripada kepakaran beliau dalam menerajui penggunaan SaaS di Oracle and Salesforce sambil mengembangkan perniagaan pengalaman pelanggan mereka. Ketika kami bersiap sedia untuk melakukan peningkatan sebanyak 3 kali ganda pada tahun ini, beliau akan memimpin pengembangan pasukan dan pangkalan pelanggan kami di negara ini," kata Jayant Paleti, Pengasas Bersama Darwinbox. 

Darwinbox ialah penyedia terkemuka bagi Perisian Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) berasaskan awan, 'Dari Asia untuk dunia'. Beberapa syarikat terkemuka seperti JG Summit Group, Zalora, Zilingo, EM services, Tokopedia, SBS Transit, SPI Global, Indorama, Kopi Kenangan, Alodokter, Funding Societies dan jenama global seperti Nivea, Tokio, Puma, Axa, WeWork di rantau ini telah mendigitkan HR mereka dengan Darwinbox. 

Hubungan media: 

Pranjalee Lahri
pranjalee.l@darwinbox.io

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1579292/juancho_jerusalem_darwinbox.jpg?p=medium600

Source: Darwinbox
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Personnel announcements