omniture

iHerb Mengumumkan Penyerahan Draf Penyata Pendaftaran Sulit untuk Cadangan Tawaran Awam Awal

iHerb
2021-07-23 15:50 30

PASADENA, California, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- iHerb Holdings, Inc. hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengemukakan draf penyata pendaftaran pada Borang S-1 kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") secara sulit berkaitan cadangan tawaran awam awal bagi saham biasa miliknya. Bilangan saham yang akan ditawarkan dan julat harga tawaran yang dicadangkan masih belum ditetapkan. Tawaran awam awal ini dijangka akan bermula selepas SEC melengkapkan proses semakan yang tertakluk kepada pasaran dan keadaan lain.

Siaran akhbar ini bukan merupakan tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti. Apa-apa tawaran, pengumpanan atau tawaran untuk membeli atau apa-apa jualan sekuriti akan dibuat mengikut syarat-syarat pendaftaran Akta Sekuriti 1933 ("Akta Sekuriti") seperti yang dipinda. Pengumuman ini dikeluarkan menurut Peraturan 135 di bawah Akta Sekuriti.

Tentang iHerb 

Kami merupakan platform e-Dagang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk kategori Vitamin, Mineral, Pemakanan Tambahan atau VMS dengan kewujudan yang semakin meningkat dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan pengguna yang lain. Kami dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di lebih 185 buah negara dan menawarkan portfolio produk pihak ketiga dan proprietari yang berjenama lagi inovatif dengan nilai terbaik yang dihantar dengan mudah terus kepada pelanggan kami.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: iHerb
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Offerings