omniture

Majukan Alat Digital, Nu Skin Perkasa Usahawan untuk Dekati Pelanggan Baharu

Nu Skin Southeast Asia
2021-08-06 21:41 541

SINGAPURA, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan semakin ramai orang berhubung dan berkongsi secara dalam talian, eDagang sosial dengan pantas menjadi cara yang popular untuk pelanggan mencadangkan dan membeli belah produk kegemaran mereka. Dalam dunia yang semakin berciri digital, Nu Skin, peneraju global bagi produk kecantikan dan kesejahteraan yang inovatif dikuasakan oleh platform peluang gabungannya yang dinamik, memperkasa usahawan di seluruh dunia untuk menjual produk dan perkhidmatan menggunakan peranti mudah alih mereka dan mendekati pelanggan baharu dengan alat digital yang inovatif.

Nu Skin telah membantu usahawan mengejar impian mereka sejak tahun 1984 — satu pencapaian yang melayakkan syarikat dengan pelantikan dalam Dewan Kemasyhuran Anugerah Perusahaan Asia-Pasifik dalam kategori Jenama Inspirasi. Sebagai sebuah syarikat jualan langsung, Nu Skin pada awalnya bermula dengan Pemimpin Jualan berkongsi dan mengesyorkan produk kecantikan dan kesejahteraan generasi seterusnya oleh syarikat secara bersemuka dengan pelanggan. Hari ini, dengan banyaknya platform media sosial yang tersedia, Nu Skin membantu Pemimpin Jualan menjadi usahawan moden dengan membolehkan mereka berhubung dengan pelanggan menggunakan platform digital terkininya, VERA dan alat-alat lain seperti My Site (Laman Saya) dan Product Offer (Tawaran Produk).

Nu Skin Memperkasa Usahawan dengan Alatan Digital
Nu Skin Memperkasa Usahawan dengan Alatan Digital

"Tatkala kami membangunkan produk kecantikan dan kesejahteraan kami yang bertaraf dunia yang disampaikan melalui platform peluang gabungan kami, kami komited untuk menyediakan sokongan dan alat yang diperlukan kepada rakan gabungan kami untuk memaksimumkan penglibatan pelanggan dan meningkatkan pengalaman produk. Alat digital seperti VERA dan My Site akan menjadikannya lebih mudah untuk rakan gabungan memanfaatkan kehebatan jenama dan hubungan peribadi mereka bagi memberi cadangan produk yang tulen dan penglibatan pelanggan yang diperibadikan melalui media sosial," kata Ryan Napierski, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif yang telah dipilih.

Perundingan termaju di hujung jari anda

Alat perundingan kulit yang pertama seumpamanya, VERA membantu Pemimpin Jualan Nu Skin mengesyorkan rejimen penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan mereka. Menggunakan pemahaman berpandukan data mengenai gaya hidup seseorang individu, ia menangkap gambar mereka menggunakan AI untuk menganalisis masalah kulit. Satu algoritma pintar kemudiannya menggunakan maklumat tersebut untuk membantu pelanggan memahami keperluan kulit mereka dengan lebih baik bagi mengenal pasti produk yang sesuai untuk mereka. Klik di sini untuk meneroka lebih lanjut mengenai VERA.

Memajukan Alatan Digital, Nu Skin Memperkasa Usahawan untuk Capai Pelanggan Baharu
Memajukan Alatan Digital, Nu Skin Memperkasa Usahawan untuk Capai Pelanggan Baharu

Nu Skin turut memanfaatkan ciri-ciri digital seperti My Site dan Product Offer untuk membantu Pemimpin Jualan berhubung dengan pelanggan dan mempengaruhi orang ramai dengan kepakaran mereka. Dengan halaman berjenama Nu Skin yang disesuaikan, Pemimpin Jualan dapat menggunakan My Site untuk mempromosikan cadangan produk kegemaran mereka dan dalam masa yang sama membina jenama peribadi mereka. Tambahan pula, ciri Product Offer membantu Pemimpin Jualan mempromosikan produk kepada khalayak di media sosial, kemudian menghantar pautan melalui Mesej Terus (DM) untuk barangan tersebut demi pengalaman membeli belah ekspres yang lancar.

"Kami sentiasa membayangkan penyelesaian baharu untuk membantu Pemimpin Jualan mentransformasikan lebih banyak kehidupan melalui produk Nu Skin dan mendorong inovasi dalam industri kecantikan dan kesejahteraan. Nu Skin akan terus membangunkan platform digital dan inovasi maya bagi membantu usahawan mendekati pelanggan baharu sekali gus mengukuhkan kelestarian jenama kami," kata Dr Vicky Pakapun Leevutinun, Presiden Asia Tenggara & Pasifik.

Alami dunia Nu Skin maya dengan SEA L!VE Digital

Cara yang hebat untuk merasai dunia Nu Skin maya adalah dengan menyertai acara SEA L!VE Digital yang akan datang. Acara dua bahagian ini menampilkan Ekspo Maya dari 5-8 Ogos yang mana usahawan yang bercita-cita tinggi dapat menerokai alat digital Nu Skin, mempelajari mengenai produk dan syarikat serta memenangi hadiah. Nu Skin akan turut menganjurkan sesi perniagaan utamanya dan acara pengiktirafan dari 6-7 Ogos yang membolehkan peserta mendengar mengenai rancangan Nu Skin yang akan datang untuk mendigitalkan dan mentransformasikan perniagaannya terus daripada pasukan pengurusan, mendengar daripada Pengasas, menerokai produk terkini daripada para saintis Nu Skin dan mengetahui bagaimana Pemimpin Jualan terunggul membina perniagaan Nu Skin mereka dengan mewujudkan kehadiran sosial yang mantap.

Untuk mengambil bahagian, sila kunjungi laman sesawang SEA L!VE Digital rasmi dan catatkan acara ini dalam kalendar anda.

Latar Belakang Nu Skin

Ditubuhkan lebih daripada 35 tahun yang lalu, Nu Skin membangunkan dan mengedarkan produk pengguna yang inovatif, menawarkan barisan penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan berkualiti premium yang komprehensif. Syarikat ini membina kepakaran saintifiknya dalam penjagaan kulit mahupun pemakanan untuk terus membangunkan jenama produk yang inovatif termasuk jenama penjagaan peribadi Nu Skin®, jenama pemakanan Pharmanex® dan paling terkini, jenama anti-penuaan ageLOC®. Nu Skin menjual produknya melalui jaringan pemimpin jualan global di Asia, Amerika, Eropah, Afrika dan Pasifik. Sebagai anggota persatuan jualan langsung yang lama di peringkat global, Nu Skin komited terhadap garis panduan pengguna industri ini yang melindungi dan menyokong mereka yang menjual dan membeli produknya melalui saluran jualan langsung. Nu Skin International ialah subsidiari milik penuh NSE yang didagangkan di New York Stock Exchange di bawah simbol (NYSE: NUS). Maklumat lanjut boleh didapati di nuskin.com.

Source: Nu Skin Southeast Asia
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Future Events