omniture

Rapyd akan mendayakan pembayaran PromptPay untuk para pengguna Google Play di Thailand

Rapyd
2021-08-10 14:39 15

- PromptPay, perkhidmatan pembayaran masa nyata kebangsaan Thailand yang mempunyai 55.1 juta pengguna berdaftar, kini tersedia untuk pembayaran di platform Google Play melalui Rangkaian Pembayaran Global Rapyd

- Rapyd, sebuah platform Teknologi Kewangan sebagai Perkhidmatan global, menyokong pengalaman ini melalui kerjasama dengan GB Prime Pay

SINGAPURA, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Rapyd melancarkan PromptPay pada Google Play Store yang membolehkan kaedah pembayaran nasional Thailand menyokong muat turun aplikasi serta pembelian dalam aplikasi untuk permainan, muzik, filem, penstriman video, buku, majalah dan pembelian kandungan lain daripada Google Play Store. Rapyd ialah sebuah platform Teknologi Kewangan sebagai Perkhidmatan global yang menyokong pembayaran tempatan Google di Thailand melalui kerjasamanya dengan GB Prime Pay, penyedia penyelesaian pembayaran Thailand yang terkemuka.

Dilancarkan pada tahun 2017, PromptPay merupakan salah satu kaedah pembayaran yang paling biasa digunakan di Thailand. Ia membolehkan penggunanya membuat pembayaran mudah alih antara bank dalam masa nyata atau memindahkan dana dengan menghubungkan akaun bank pengguna kepada nombor mudah alih atau Pengenalan (ID) kebangsaan. Setakat September 2020, PromptPay telah melaporkan pendaftar seramai 55.1 juta orang (daripada jumlah penduduk seramai 69 juta orang) dengan 20 juta transaksi sehari. Menurut Laporan Pembayaran dan e-Dagang 2020 Asia Pasifik Rapyd, ia telah digunakan oleh 37% daripada responden sekurang-kurangnya sekali pada bulan lalu.

Google Play menawarkan sebuah kedai premium yang mempunyai kandungan menarik kepada pengguna Android dan pencipta kandungan. Di dalam stor Google Play, pengguna boleh mencari, menikmati dan berkongsi kandungan digital kegemaran mereka yang diuruskan pada awan dan tersedia pada mana-mana peranti. Semakin Play terus berkembang, semakin ramai pembangun yang membina perniagaan dengan jayanya pada Google yang menjangkau khalayak baharu dan meningkatkan pendapatan mereka. Pelbagai kandungan premium lengkap yang tersedia di Google Play Thailand ini akan menyokong pembayaran PromptPay bermula dari bulan Ogos 2021.

"Dengan pertumbuhan berterusan dalam pembayaran telefon pintar mudah alih di Thailand, kami berasa sukacita untuk menyokong Google melancarkan penerimaan PromptPay pada Google Play Thailand. Google terkenal dengan cirinya yang sentiasa mengutamakan dan melayani pengguna serta mendorong inovasi melalui teknologi yang mudah dan unggul. Kami percaya bahawa para pengguna Thailand akan menghargai betapa mudahnya membeli produk digital kegemaran mereka di Google Play dengan PromptPay," kata Joel Yarbrough, Naib Presiden Asia Pasifik, Rapyd.

Thailand merupakan salah satu daripada pasaran yang menjadi fokus Rapyd di Asia. Syarikat tersebut baru-baru ini melancarkan kemampuan pembayaran 'semua dalam satu' mereka di pasaran ini. Melalui kerjasama dengan penyedia penyelesaian pembayaran Thai yang terkemuka termasuk GB Prime Pay, Rapyd kini menyediakan beberapa pilihan pembayaran tempatan seperti kad antarabangsa dan tempatan, pindahan bank, e-Dompet dan juga tunai di kaunter.

Tentang Rapyd 

Rapyd merupakan cara terpantas untuk mendayakan pembayaran tempatan di mana-mana sahaja di dunia dan membolehkan syarikat-syarikat di seluruh dunia mengakses pasaran dengan lebih cepat daripada sebelumnya. Melalui penggunaan rangkaian pembayaran dan platform teknologi kewangan sebagai perkhidmatan Rapyd yang tiada tandingan, syarikat perniagaan dan para pengguna boleh melaksanakan transaksi tempatan dan rentas sempadan dalam mana-mana pasaran. Platform Rapyd menyatukan pelbagai sistem pembayaran di seluruh dunia dengan menggabungkan lebih 900 kaedah pembayaran di lebih 100 buah negara. Para pelabur Rapyd terdiri daripada Stripe, General Catalyst, Oak HC/FT, Coatue, Tiger Global, Durable Capital, Latitude, Target Global, Fidelity Management and Research Company, Altimeter Capital, BlackRock Funds dan Tal Capital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat yang mempercepat revolusi teknologi kewangan sebagai perkhidmatan ini, sila layari www.rapyd.net, baca blog kami, atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Hubungan Media:

Tajuk Utama Media
Raanan Loew
raanan@headline.media 
1-347-897-9276

Source: Rapyd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Corporate Expansion Economic news, trends, analysis Licensing/marketing agreements New products/services Survey, Polls & Research Financial Technology