omniture

Coway Tubuhkan Jawatankuasa Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus

Coway Co., Ltd.
2021-08-12 13:33 156
  • Jawatankuasa ESG baru ditubuhkan bagi meningkatkan nilai korporat jangka panjang dan memudahkan pertumbuhan mampan
  • Respons terhadap perubahan iklim dan pengurusan hak asasi manusia merupakan antara tugas penting
  • Baru-baru ini, laporan kelestarian tahunan diterbitkan untuk memperlihatkan komitmen ESG syarikat.

SEOUL, Korea Selatan, 12 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company", mengumumkan penubuhan jawatankuasa Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus ("ESG") di bawah Lembaga Pengarah.

Coway Issues Its Annual Sustainability Report
Coway Issues Its Annual Sustainability Report

Jawatankuasa baharu ini akan dikhususkan semata-mata untuk memastikan amalan syarikat sejajar dengan visi kemampanannya untuk meningkatkan nilai korporat jangka panjang dan menggalakkan pengurusan ESG yang strategik.

Antara tanggungjawab Jawatankuasa ESG adalah untuk menyelia dasar alam sekitar, sosial dan dasar berkaitan tadbir urus korporat. Jawatankuasa ini akan turut memberi akauntabiliti kepada ahli-ahli lembaga bagi melaksanakan inisiatif ESG kami yang strategik. Dalam pada itu, jawatankuasa ESG akan menjadi ketua panel membuat keputusan berdasarkan dasar pengurusan ESG, matlamat kemampanan jangka panjang dan bertindak balas terhadap risiko dan peluang yang besar.

Jawatankuasa ini terdiri daripada Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Coway dan dua pengarah bebas, Jin-Bae Kim dan Da-Woo Lee. Jin-Bae Kim akan turut mempengerusikan jawatankuasa bagi memastikan kesaksamaan.

Bagi menyokong jawatankuasa ESG, Coway turut membentuk sebuah Majlis ESG yang merangkumi jabatan alam sekitar, sumber manusia, etika, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta hal ehwal undang-undang.

Inisiatif ESG Berterusan Coway dan Penerbitan Laporan Kemampanan Tahunan

Bahkan sebelum menubuhkan Jawatankuasa ESG, Coway berusaha bersungguh-sungguh agar menjadi mampan. Pada tahun 2006, syarikat ini telah mengisytiharkan matlamat untuk beroperasi menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui dan menjadi neutral-karbon sepenuhnya menjelang tahun 2050, serta mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 50% menjelang tahun 2030.

Syarikat ini juga telah menjalankan pelbagai projek yang komited terhadap tanggungjawab sosial korporat. Sejak tahun 2015, melalui 'Projek Penulen Air yang Baik' dan 'Projek Kebajikan Air Bawah Tanah yang Selamat', Coway telah menderma penulen air bagi tujuan memberi lebih ramai orang dengan akses selamat kepada air.

Baru-baru ini, syarikat ini telah menerbitkan Laporan Kemampanan 2020 untuk menyampaikan prestasi ESG bersama semua pemegang kepentingan. Laporan ini dikeluarkan setiap tahun sejak tahun 2006 bagi memberi ketelusan mengenai kemajuan ESG.

Kesetiaan yang kuat terhadap ESG ini diiktiraf oleh nama-nama industri yang berprestij, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Pada tahun 2020, Coway dinamakan di Indeks Dunia DJSI 2020 (Indeks Dunia Kemampanan Dow Jones) untuk tahun kelima berturut-turut. Korea Corporate Governance Service (KCGS) memberi Penarafan ESG "A" kepada syarikat selama dua tahun berturut-turut sementara penilaian MSCI ESG memberi skor "AA". Selain daripada kesemua merit ini, Coway juga dinamakan dalam FTSE4Good Index Series.

Seorang pegawai syarikat berkata: "Kami merancang untuk mengintegrasikan inisiatif ESG ke dalam seluruh operasi korporat dan jawatankuasa ESG akan memudahkan usaha ini pada setiap peringkat. Sebagai Syarikat Penyelesaian Kehidupan Terbaik, Coway akan terus melaksanakan inisiatif ESG mereka bagi memenuhi harapan pemegang dan mencapai piawaian kelestarian global."

Untuk butiran lanjut, sila hubungi http://sustainability.coway.co.kr/

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia dan Vietnam berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/  

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services