omniture

HONOR Umum Pelancaran Global HONOR Magic3 Series, Produk Terunggul yang Ikonik Bawakan Pengalaman Pengguna yang Sangat Epik

HONOR
2021-08-13 16:02 333

Membawakan Platform Mudah Alih 5G Qualcomm Snapdragon 888 Plus, telefon pintar terkini dalam Magic Series memaparkan idea-idea yang paling inovatif daripada HONOR.

SHENZHEN, China, 13 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR, hari ini melancarkan HONOR Magic3 Series serba baharu, iaitu telefon pintar ikonik dan terunggul yang mempunyai teknologi premium dan reka bentuk canggih. Telefon pintar terunggul yang pertama ini dilancarkan oleh HONOR sejak ketakbersandarannya, HONOR Magic3 Series merangkumi HONOR Magic3, HONOR Magic3 Pro dan HONOR Magic3 Pro+, kesemuanya padat dengan ciri-ciri luar biasa dan fungsian bagi menyampaikan reka bentuk yang indah, pengalaman videografi sinematik dan fotografi yang belum pernah terjadi sebelum ini serta prestasi yang tiada tandingan.

HONOR Magic3 Series yang baru dilancarkan menampilkan inovasi yang terkini daripada HONOR.
HONOR Magic3 Series yang baru dilancarkan menampilkan inovasi yang terkini daripada HONOR.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, HONOR turut mengumumkan rancangannya terhadap pengembangan dan komitmen yang berterusan untuk menyediakan khidmat pelanggan yang luar biasa dan produk berkualiti tertinggi susulan ketakbersandarannya pada November tahun lalu. Tenaga kerja baharu HONOR termasuk hampir 10,000 pekerja yang akan meliputi seluruh spektrum operasi hujung-ke-hujung. HONOR telah melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dengan empat pusat R&D dan lebih 100 makmal di seluruh dunia, memfailkan lebih 5500 permohonan paten baharu setakat ini dan mengukuhkan semula kerjasama yang strategik dengan pantas bersama beberapa pembekal yang utama di dunia. Hanya dalam tempoh tiga bulan, bahagian pasaran HONOR meningkat 3% menjadi 14.6% dalam pasaran Cina, mendorong cita-cita jenama-jenama untuk mencapai kejayaan peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao bersama telefon pintar HONOR Magic3 Series terunggul.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao bersama telefon pintar HONOR Magic3 Series terunggul.

"HONOR sentiasa memaparkan idea-idea kami yang paling inovatif melalui HONOR Magic Series dan HONOR Magic3 Series meneruskan legasi ini," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Menonjolkan visi HONOR untuk masa depan teknologi mudah alih, kami berbangga dengan kerjasama industri yang telah terjalin yang membantu dalam pembangunan telefon pintar baharu perintis ini serta usaha berterusan daripada pasukan R&D untuk memperkenalkan semula HONOR kepada pasaran global dengan paparan teknologi luar biasa yang belum pernah dilihat sebelum ini."

Reka Bentuk Premium untuk Pengalaman Tontonan Imersif dan Rintangan Unggul

Menyampaikan pengalaman pengguna yang hebat dan reka bentuk premium, HONOR Magic3 Series menampilkan Paparan Lengkung Super 89° dan bezel ultra nipis demi pengalaman tontonan yang benar-benar imersif. Skrin 10-bit memaparkan 1.07 bilion warna dan menyokong pensijilan HDR10+, membolehkan pengguna menikmati warna yang lebih terang dan visual terperinci.

Menonjolkan kejayaan dalam ketukangan reka bentuk telefon pintar HONOR Magic3 Pro+ menyampaikan reka bentuk yang bagus, dengan Perisai Kristal Nano Lengkung Super dan badan Seramik Nano, memberikan cengkaman premium dan selesa serta tahap kekerasan dan kekuatan yang lebih tinggi. HONOR Magic3 Series diperakui dengan rintangan air dan habuk IP68[1] bagi memastikan ia dilindungi daripada habuk dan mampu bertahan apabila ditenggelamkan sehingga 1.5m dan selama 30 minit.

HONOR Magic3 Series didatangkan lengkap dengan reka bentuk kamera hebat yang dikenali sebagai 'The Eye of Muse', melambangkan gabungan yang sempurna antara seni dan teknologi serta menampilkan permukaan cekung yang memberi banyak sumber cahaya kepada kanta bagi mengoptimumkan prestasi serta menyediakan keupayaan fotografi yang unggul untuk dinikmati oleh pengguna. Memberi penghormatan kepada struktur klasik penutup kamera, HONOR Magic3 Pro+ membawakan reka bentuk heksagon yang unik dan memberikan pengguna dengan rasa yang seimbang dan harmoni.

Pengalaman Fotografi Revolusioner dengan Enjin Imej HONOR Canggih dan Fotografi Pengkomputeran Berbilang Kamera

Membawa kelayakan fotografi HONOR ke tahap serba baharu, HONOR Magic3 Series didatangkan padat dengan HONOR Image Engine yang dibangunkan sendiri oleh HONOR, sistem pengimejan canggih yang diperkasa oleh AI, bagi memberikan imej yang berkualiti tinggi serta menakjubkan setiap masa. HONOR Magic Series dilengkapi dengan fotografi pengkomputeran berbilang kamera yang terbaik dalam kelas sementara HONOR Magic3 Pro+ didatangkan padat dengan pemasangan kamera kuad, menampilkan Kamera Monokrom 64MP, Kamera Luas 50MP, Kamera Ultra Luas[2] 64MP 126o dan Kamera Telefoto Periskop[3] 64MP, bagi membolehkan pengguna menghasilkan foto yang memukau tanpa mengira apa yang dirakam oleh mereka.

Memberikan warna-warna terang dan imejan yang seakan hidup, kamera luas 50MP mempunyai sensor warna[4] 1/1.28-inci ultra besar berserta AutoFokus[5] Pengesanan Fasa (PD) Okta Piksel Penuh yang membolehkan objek bergerak ditangkap gambarnya dengan fokus pantas dan tepat dengan perincian yang luar biasa. Kamera Telefoto Periskop 64MP mempunyai zum optik 3.5x[6] dan zum digital sehingga 100x, membolehkan pengguna menangkap gambar imej berkualiti tinggi dari jauh. Disokong oleh penstabil imej optik (OIS)[7], pengguna boleh menghasilkan imej yang jelas walaupun tanpa tripod. Kanta sudut ultra luas 64MP 126° digandingkan dengan kanta zum optik 7P[8] menawarkan kamera luas beresolusi tertinggi daripada HONOR yang memberika medan pandangan yang lebih luas dengan herotan perspektif minimum serta memaparkan dengan sempurna seluruh bangunan dan mercu tanda dengan kejelasan yang menakjubkan. Untuk tangkapan makro, pengguna boleh menangkap gambar butiran yang luar biasa sedekat 2.5cm.

Telefon Pintar yang membawakan Pengalaman Videografi Sinematik
HONOR Magic3 Series mendayakan Magic-Log dan keupayaan video LUT (Jadual Carian) Tahap 3D sinematik. Biasa digunakan untuk membuat penggambaran filem profesional, format log membolehkan pengguna meningkatkan mutu video mereka dengan tona warna sinematik dan visual menakjubkan dengan kejelasan HDR. LUT 3D sinematik membantu pengguna mencipta warna yang sesuai untuk pawagam.

Magic3 Series boleh merakam kandungan 4K HDR dan mempunyai tiga mikrofon pelbagai arah untuk rakaman audio yang jelas, menjamin selanjutnya kualiti gambar dan bunyi yang dipertingkat untuk kandungan yang bersedia untuk pawagam.

Cipset Berkuasa dan Perkakasan Dinaik taraf untuk Prestasi Dipertingkat
Menyampaikan kecekapan dan prestasi perintis yang utama dalam industri serta kuasa pengkomputeran AI yang lebih baik, HONOR Magic3 Series dilengkapi dengan Platform Mudah Alih 5G Snapdragon® 888 Plus[11] baharu. HONOR merupakan antara pengeluar peralatan pertama (OEM) yang melancarkan telefon pintar yang dikuasakan oleh Snapdragon 888 Plus. Berbanding dengan Snapdragon 888, cipset baharu ini menyaksikan penaiktarafan dari segi CPU dan pengkomputeran AI. Cipset ini meningkatkan pengkomputeran AI yang menghasilkan sehingga 32 TOPS dan meningkatkan prestasi AI sebanyak 20%.

Melengkapi cipset tersebut, HONOR Magic3 Series membawakan OS Turbo X, yang dipindahkan ke cipset siri Snapdragon 8 buat kali pertama. Ia mengandungi Enjin kependaman rendah, Enjin Anti-penuaan, Enjin Memori Pintar yang meningkatkan kelancaran, anti-penuaan dan membolehkan lebih banyak aplikasi untuk kekal beroperasi di bahagian latar belakang. Direka bentuk untuk meningkatkan prestasi permainan, HONOR Magic3 Series didatangkan dengan teknologi pemecutan grafik GPU Turbo X, mengaplikasikan pengoptimuman yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa dan meningkatkan prestasi. Berserta teknologi Grafin Heksagon Superkonduksian, suhu dapat diturunkan, membawa kepada pengalaman permainan yang lebih stabil dan selesa secara keseluruhan. Hasil daripada LINK Turbo X, teknologi canggih yang dibangunkan sendiri, HONOR Magic3 Series berjaya memanfaatkan rangkaian Wi-Fi dan selular bersama-sama untuk memberikan kelajuan muat turun puncak sebanyak 6.1Gbps[12], iaitu kelajuan muat turun terpantas yang boleh didapati pada telefon pintar hari ini.

Prestasi HONOR Magic3 Series juga diiktiraf dengan baik oleh rakan industri HONOR. "HONOR ialah sebuah syarikat yang benar-benar inovatif yang bertapak kukuh dalam teknologi," kata Cristiano Amon, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Qualcomm Incorporated. "Asas teknikal ini membantu mencipta persekitaran yang kolaboratif dan dipercayai antara syarikat-syarikat kami. Selain itu, ia membolehkan anda untuk memanfaatkan sepenuhnya kuasa Snapdragon 888 Plus untuk menyerlahkan pengalaman Android yang terbaik pada HONOR Magic3 Series baharu ini."

Hayat Bateri Ultra Panjang dan Keupayaan Pengecasan Pantas yang Unggul
Dikuasakan oleh bateri 4600mAh[13], HONOR Magic3 Series tidak memerlukan anda untuk mengecas peranti anda dengan kerap. HONOR Magic3 Series menyokong HONOR SuperCharge pada 66W atau SuperCharge Wireless pada 50W[14]. Magic3 Pro dan Magic3 Pro+ juga boleh digunakan sebagai bank kuasa untuk mengecas peranti lain dengan Pengecas Balikan Tanpa Wayar15]

Privasi Tahap Seterusnya dan Ciri-ciri Keselamatan dengan AI Pintar
Privasi ialah salah satu keutamaan tertinggi oleh HONOR. Sebagai bukti mengenai hal ini, HONOR Magic3 Series dilengkapi dengan keupayaan keselamatan yang dipertingkat termasuk Kamera depan ToF 3D[16] untuk Buka Kunci ID Wajah 3D bagi memastkan tahap keselamatan yang tinggi apabila menggunakan pengecaman wajah untuk mengakses telefon pintar anda.

Mencipta pengalaman pengguna yang lebih pintar dan lancar, pelbagai tetapan harian juga telah dioptimumkan pada HONOR Magic3 Series bagi mencapai kehidupan pintar dalam semua senario. Penaiktarafan pintar termasuk pengalaman UX, Perjalanan Pintar, Keselamatan dan Privasi serta Bekerja Mudah Alih, lalu membawakan pengalaman AI yang lancar agar pengguna dapat mengurus kerjaya dan kehidupan harian mereka dengan cekap.

Warna, Harga dan Ketersediaan

Diinspirasikan oleh Magic Hour, waktu utama untuk penggambaran bagi peminat fotografi dan pengarah filem, HONOR Magic3, bermula daripada harga 899 euro, didatangkan dengan warna Golden Hour dan Blue Hour[17], yang diperbuat daripada kulit sintetik selain daripada warna Hitam dan Putih. HONOR Magic3 Pro, bermula daripada harga 1,099 euro, didatangkan dengan warna Golden Hour, Hitam dan Putih sementara HONOR Magic3 Pro+, bermula daripada harga 1,499 euro, didatangkan dengan warna Hitam Seramik dan Putih Seramik, memberikan rupa dan rasa premium serta klasik.

HONOR Magic3 Series akan mula disediakan di tanah besar China. Ketersediaan untuk pasaran global yang lain akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan datang, nantikan maklumat yang lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.   

Latar Belakang HONOR

Ditubuhkan pada tahun 2013, HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi global yang ikonik dan mendayakan kehidupan pintar dalam kesemua senario dan semua saluran buat semua orang. Dengan tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR mengkhusus untuk membangunkan teknologi yang dapat memperkasa orang ramai di serata dunia untuk melangkah jauh melalui keupayaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) serta teknologi yang berpandangan jauh serta mewujudkan dunia pintar yang baharu untuk semua orang dengan portfolio produknya yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com [18]

http://community.hihonor.com/ 
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

Snapdragon ialah cap dagagan atau cap dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.
Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.

[1] Ciri ini disediakan pada versi Pro dan Pro+.

[2] Hanya untuk versi Pro+. Versi standard dan Pro menyediakan Kamera Ultra Luas 13MP.

[3] Hanya untuk versi Pro+ dan Pro.

[4] Hanya untuk versi Pro+. Versi standard dan Pro menyediakan sensor warna 1/1.56-inci.

[5] Hanya untuk versi Pro+.

[6] Hanya untuk versi Pro+ dan Pro.

[7] Hanya disediakan pada versi Pro dan Pro+.

[8] Hanya disediakan pada versi Pro+.

[9] Memerlukan penaiktarafan OTA.

[10] Memerlukan penaiktarafan OTA.

[11] Platform Mudah Alih 5G Snapdragon 888 Plus hanya untuk versi Pro dan Pro+. Versi standard Magic3 membawakan Snapdragon 888  

[12] Data ujian adalah di bawah frekuensi Sub-6G daripada HONOR Lab.

[13] 4,600mAh merujuk kepada nilai bateri biasa.

[14] Hanya disediakan pada versi Pro+ dan Pro.

[15] Hanya disediakan pada versi Pro+ dan Pro.

[16] Hanya disediakan pada versi Pro+ dan Pro.

[17] Warna Golden Hour disediakan untuk versi standard dan Pro manakala warna Blue Hour hanya disediakan untuk versi standard.

[18] Data disediakan oleh HONOR Lab. Prestasi sebenar mungkin berbeza berdasarkan tetapan peranti dan persekitaran penggunaan.

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services