omniture

RBC menjemput para peserta dari seluruh dunia untuk menyertai acara Perlumbaan untuk Kanak-kanak secara maya yang diberi nafas baharu

RBC
2021-08-16 20:05 81

Aplikasi mudah alih baharu ini akan memastikan para peserta sentiasa terhubung ketika mereka berlari, berjalan atau berguling, untuk membantu 35 badan amal yang menumpukan golongan belia di 19 buah negara 

TORONTO, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Disebabkan kesan COVID-19 yang sedang berlaku, Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC akan kembali dalam formatnya secara maya dan global bagi sebuah acara hujung minggu pada 16-17 Oktober 2021. Hari ini, RBC telah membuka pendaftaran bagi acara hujung minggu itu dan mengumumkan rancangan untuk pengalaman peserta secara maya yang diberi nafas baharu dengan aplikasi mudah alih baharu syarikat tersebut.

RBC Race for the Kids wordmark and screenshots of the new mobile app
RBC Race for the Kids wordmark and screenshots of the new mobile app

Semasa permulaan penularan pandemik COVID-19, RBC telah berusaha secara proaktif untuk menjadikan siri acara Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC yang telah lama dianjurkannya kepada sebuah format maya yang global – bagi memastikan ia dapat terus menyokong golongan muda di seluruh dunia ketika menghadapi sekatan yang tidak dapat dielakkan terhadap perhimpunan awam. Hasilnya, sebanyak $8.8 juta telah dikumpulkan oleh lebih 33,000 orang peserta pada tahun 2020 yang memberi manfaat kepada berpuluh-puluh rakan kebajikan yang menumpukan golongan belia serta sokongan dan perkhidmatan mereka amat diperlukan pada ketika ini.

Through the mobile app, participants can stay connected and competitive
Through the mobile app, participants can stay connected and competitive

Suatu cara baharu untuk berlumba,
Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC terbuka kepada semua golongan tanpa mengira lokasi geografi, umur atau tahap kecergasan. Para peserta boleh mendaftar secara percuma di rbcraceforthekids.com – sebuah platform pendaftaran dan pengumpulan dana bersepadu dengan menyediakan pengalaman yang lancar.

Sesuatu yang baharu untuk tahun 2021, para peserta Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC akan menyertai acara hujung minggu melalui sebuah aplikasi mudah alih. Setelah mendaftar, para peserta boleh memuat turun aplikasi ini untuk mula menggunakan pelbagai ciri-ciri interaktifnya yang menarik, termasuk:

  • Memilih jarak yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam komuniti tempatan mereka untuk diselesaikan (tanpa laluan yang ditetapkan). Berdasarkan jarak pilihan mereka, aplikasi ini akan berkongsi serangkaian isyarat audio semasa acara tersebut berlangsung bagi menggalakkan dan mendorong para peserta menuju ke garisan penamat peribadi mereka.
  • Memilih kaedah yang paling mudah untuk merakam aktiviti mereka: melalui pengesan dalam aplikasi yang bersepadu atau menghubungkannya kepada peranti kecergasan yang boleh dipakai.
  • Mengesan jarak latihan dalam kilometer/batu, bersaing dengan individu atau pasukan untuk mengungguli papan pendahulu dan mengikuti aktiviti latihan rakan-rakan mereka.
  • Merakam prestasi acara dan berkongsi peta laluan/foto mereka dalam suapan acara aplikasi tersebut –atau menyiarkan pada saluran media sosial peribadi mereka.
  • Memperkenalkan lensa realiti terimbuh aplikasi tersebut bagi menggunakan penapis muka dan pingat digital semasa dan selepas menyelesaikan acara mereka – yang turut boleh disiarkan pada saluran media sosial peribadi mereka.

Para peserta digalakkan untuk melengkapkan acara berlari, berjalan atau berguling mereka secara berseorangan atau dengan ahli keluarga dan rakan-rakan sambil mematuhi nasihat kesihatan awam tempatan dan garis panduan kerajaan.

Menyokong golongan belia walau di mana sahaja anda berada
Tidak kira di mana para peserta berada secara fizikal, mereka boleh memilih untuk menyokong mana-mana 35 buah rakan amal yang mengambil bahagian semasa proses pendaftaran. Semua rakan amal yang mengambil bahagian dan berada di seluruh dunia ini menawarkan bantuan dan perkhidmatan yang penting kepada golongan belia dalam komuniti tempatan mereka.
Rakan-rakan Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC 2021 terdiri daripada:

Sebelum tahun 2020, acara Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC berlangsung di 17 buah lokasi fizikal, termasuk: Bahamas, Barbados, Calgary, Chicago, Hong Kong, Jersey, Kuala Lumpur, London, Montreal, New York, Ottawa, Seattle, St. Paul, Sydney, Toronto, Trinidad & Tobago dan Vancouver. Setakat hari ini, siri ini telah menyaksikan lebih 290,000 orang peserta secara kolektif telah mengumpul dana bernilai lebih $65 juta.

Selain daripada terus menganjurkan Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC, institusi ini telah memperuntukkan sebanyak $13 juta setakat hari ini bagi keselamatan makanan, kesihatan mental dan kesediaan strategik sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19. Pada tahun 2020, RBC telah menyelaraskan lebih $140 juta dalam bentuk sumbangan kepada teras keutamaan strategiknya dengan menyalurkan dana kepada organisasi komuniti tempatan serta bagi tujuan amal di tempat-tempat yang ia beroperasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perlumbaan untuk Kanak-kanak RBC, rakan amalnya atau pengalaman acara maya, sila layari: rbcraceforthekids.com.

Tentang RBC
Royal Bank of Canada ialah sebuah institusi kewangan global dengan pendekatan berdasarkan tujuan dan berpandukan prinsip dalam menyampaikan prestasi yang terkemuka. Kejayaan kami dihasilkan oleh para pekerja seramai lebih 86,000 orang yang memanfaatkan imaginasi dan wawasan mereka dalam merealisasikan visi, nilai dan strategi kami supaya kami dapat membantu para pelanggan kami berkembang maju dan komuniti beroleh kemajuan. Sebagai bank terbesar di Kanada dan salah sebuah yang terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran, kami mempunyai model perniagaan yang pelbagai yang menumpukan inovasi serta menyediakan pengalaman yang luar biasa kepada 17 juta pelanggan kami di Kanada, Amerika Syarikat dan 27 buah negara lain. Ketahui lebih lanjut di rbc.com.‎

Kami berbangga dapat menyokong pelbagai inisiatif komuniti melalui sumbangan, pelaburan komuniti dan aktiviti sukarelawan pekerja. Sila lihat caranya di rbc.com/community-social-impact.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Josh Humeniuk, josh.humeniuk@rbc.com, Komunikasi Korporat, RBC, 416-567-5607

RBC
RBC

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594073/rbc_rbc_invites_participants_around_the_world_to_experience_reim.jpg?p=medium600  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594072/rbc_rbc_invites_participants_around_the_world_to_experience_reim.jpg?p=medium600  

Logo  - https://mma.prnasia.com/media2/1594506/rbc_rbc_invites_participants_around_the_world_to_experience_reim.jpg?p=medium600  

Source: RBC
Related Stocks:
NYSE:RY Toronto:RY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Hispanic-oriented news