omniture

BioAgilytix bakal Membeli 360biolabs® yang berpangkalan di Australia

BioAgilytix
2021-08-16 21:35 100

Urus niaga yang sangat melengkapi ini akan mengukuhkan keupayaan syarikat untuk menyokong perkhidmatan bioanalisis di semua peringkat pembangunan keupayaan dan geografi

DURHAM, North Carolina, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- BioAgilytix Labs, LLC (BioAgilytix), sebuah makmal penyelidikan kontrak global yang terkemuka dengan fokus untuk menyokong rakan kongsi farmaseutikal dan bioteknologi dalam semua peringkat pembangunan ubat molekul besar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk membeli 360labs®, sebuah organisasi penyelidikan paling komprehensif di Australia. Urus niaga ini akan memperluas kehadiran BioAgilytix di seluruh dunia dalam bidang kuasa terpilih untuk memulakan ujian pada manusia pertama (FIH) dan ujian klinikal fasa awal serta menambahkan lagi kapasiti melalui penggabungan Sistem kualiti (ISO/IEC 17025, ISO 15189, GLP dan GCLP) 360biolabs yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Melbourne, Victoria dengan makmal BioAgilytix yang sedia ada di Durham, North Carolina; Boston, Massacheusetts; dan Hamburg, Jerman.

360biolabs® is the leading and most comprehensive specialty laboratory in the Australia & New Zealand region.
360biolabs® is the leading and most comprehensive specialty laboratory in the Australia & New Zealand region.

Terletak di hab penyelidikan bioperubatan dan klinikal Australia, 360biolabs menawarkan kepakaran virologi dan imunologi bertaraf dunia dengan 3 makmal dan 2 BSL, keupayaan pemantauan imun dan biopenanda dengan set sitometri aliran yang canggih, set PCR biologi molekular serta keupayaan molekul kecil LC-MS/MS bioanalisis yang sangat besar.

"Pengambilalihan yang dirancang ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan strategik kami untuk memperluas kapasiti, kepakaran dan ketangkasan kami bagi menyampaikan perkhidmatan kepada para pelanggan di seluruh lokasi geografi dan kami mengalu-alukan kedatangan pasukan 360biolabs serta kesepaduan perniagaan ini," kata Jim Datin, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BioAgilytix. "Penggabungan tenaga adalah wajar untuk kedua-dua organisasi kami, tetapi yang paling penting adalah untuk gabungan para pelanggan kami dan pesakit mereka. BioAgilytix dan 360biolabs mempunyai budaya yang selari dengan fokus kami terhadap pelaksanaan sains kali pertama yang tepat pada masanya. Kami bukan sahaja akan mewujudkan sinergi saintifik yang signifikan bersama-sama, tetapi juga menghasilkan inovasi baharu dan membantu menghasilkan terapeutik masa depan yang mengubah kehidupan para pesakit dengan lebih pantas di seluruh dunia."   

"Bermula daripada pelancaran 360biolabs pada tahun 2015, visi strategik kami adalah untuk membina makmal khusus global yang menyediakan sokongan untuk mendayakan pembangunan ubat-ubatan masa depan bagi kesihatan manusia," kata Angela Luttick, Pengasas Bersama merangkap Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Perniagaan 360biolabs. Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 360biolabs, Alistair Draffan menambah, "Mencari rakan kongsi yang mempunyai wawasan yang sama, didorong oleh budaya kecemerlangan berfokuskan pasukan dengan reputasi antarabangsa serta kehadiran di AS dan Eropah akan mendorong pengembangan strategik kami dan menyokong program pembangunan klinikal pelanggan kami." Melinda Pryor, Pengasas Bersama merangkap Naib Presiden Eksekutif Klinikal menyatakan, "Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan BioAgilytix, sebuah syarikat yang berkongsi rekod prestasi saintifik serta komitmen terhadap kualiti dan perkhidmatan yang kukuh. Kami mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk menangani semua cabaran bersama-sama, terutama ketika pandemik ini serta mewujudkan peluang berterusan untuk masa depan yang lebih cerah."

Burnet Institute, sebuah organisasi penyelidikan perubatan dan kesihatan awam global, merupakan Pengasas Bersama dan pemegang saham majoriti 360biolabs. Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Burnet Institute, Profesor Brendan Crabb AC berkata, "Burnet Institute berbangga dengan penglibatannya dalam penubuhan 360biolabs. Ini adalah masa yang tepat dengan keperluan yang semakin meningkat terhadap sokongan ujian klinikal berkualiti tinggi bagi syarikat 360biolabs yang berskala besar dan mempunyai keupayaan serta reputasi untuk menyertai BioAgilytix yang sekali gus memperluas kapasiti mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan memudahkan penyelidikan perubatan translasi yang berkualiti tinggi."

Pengambilalihan ini tertakluk kepada syarat-syarat Australian Foreign Investment Review Board ("FIRB") dan penerimaan kelulusan FIRB yang dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2021. BioAgilytix memilih White & Case sebagai penasihat undang-undang untuk menyelia penutupan pengambilalihan ini, manakala Lazard Australia dan Allens mewakili 360biolabs.

Tentang BioAgilytix
BioAgilytix ialah makmal ujian bioanalisis terkemuka yang mengkhusus dalam bioanalisis molekul besar. Dengan lokasi makmal di Kawasan Segi Tiga Penyelidikan North Carolina, kawasan Cambridge, Massachusetts dan Hamburg, Jerman, BioAgilytix menyediakan perkhidmatan PK, keimunogenan, biopenanda dan asai berasaskan sel yang menyokong pembangunan dan ujian pelepasan biologi di pelbagai industri dan peringkat penyakit.

BioAgilytix menawarkan pembangunan, pengesahan dan analisis sampel asai di bawah ujian bukan GLP, GLP dan GCP serta ujian kawalan kualiti GMP (iaitu ujian keluaran produk, ujian kestabilan dan lain-lain.). BioAgilytix juga menawarkan perkhidmatan ujian diagnostik di makmal Bostonnya yang mendapat pensijian CLIA dan akreditasi CAP.

Pasukan BioAgilytix yang terdiri daripada para profesional saintifik dan QA yang amat berpengalaman, memastikan sains, integriti data dan pematuhan kawal selia yang berkualiti tinggi dijalankan di seluruh fasa pembangunan klinikal. BioAgilytix ialah rakan kongsi yang dipercayai bagi kebanyakan syarikat farmaseutikal dan bioteknologi global yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bioagilytix.com.

Tentang 360biolabs® 
360biolabs ialah makmal khusus terkemuka dan paling komprehensif di rantau Australia & New Zealand. Perkhidmatan asai pakar farmakokinetik (PK) dan farmakodinamik (PD) kami menyokong molekul kecil, biologi, vaksin dan penyelesaian terapeutik lain yang inovatif bagi kesihatan manusia. Dengan pasukan teknikal bertaraf dunia dan berpengalaman dalam industri yang terkenal dengan kemampuan mereka untuk menyampaikan asai teknikal yang mencabar dengan jayanya, 360biolabs® menyokong syarikat Farmaseutikal dan bioteknologi global dalam pelbagai bidang terapeutik.

360biolabs® menyampaikan asai dan laporan yang mematuhi kawal selia global mengikut ISO/IEC 17025, ISO 15189, OECD GLP, GCLP dan ICH GCP dengan memberi tumpuan terhadap kualiti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.360biolabs.com.

Hubungan Media:
Pam O'
Connor BioAgilytix
919-621-1230
pam.oconnor@bioagilytix.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594905/360biolabs.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1278852/BioAgilytix_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: BioAgilytix
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers