omniture

90% syarikat masih belum mencapai matlamat untuk mengutamakan digital; Laporan Tata Communications menunjukkan keselamatan siber muncul sebagai bidang yang paling kritikal

Tata Communications
2021-08-17 18:51 19

 - Laporan ini merekodkan sebanyak 10% Perintis Digital, 52% Penghijrah Digital dan 38% Pendukung Aspirasi Digital 

- 45% syarikat mengaitkannya dengan kehilangan produktiviti semasa krisis kesalinghubungan 

- 45% CXO bimbang pekerja akan dilanda keletihan tanpa peralatan dan sistem yang betul 

- 41% syarikat mengesahkan ancaman kehilangan bahagian pasaran jika mereka tidak beralih kepada model operasi digital diutamakan 

MUMBAI, India, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah pendaya ekosistem digital global, hari ini melancarkan Laporan berjudul "Leading in a Digital-First World; Enabling Success with the Right Mindset, Ecosystem and Trust" (Meneraju Dunia Digital Diutamakan; Mendayakan Kejayaan dengan Pemikiran, Ekosistem dan Kepercayaan yang Betul) yang mendapati 90% daripada syarikat masih belum mencapai matlamat digital diutamakan dengan 49% daripadanya mengakui bahawa keselamatan siber merupakan keutamaan penting perniagaan mereka. Ia juga menjelaskan bahawa 45% syarikat kehilangan produktiviti semasa krisis yang berpunca daripada masalah kesalinghubungan manakala 41% daripadanya mengaitkan peralihan ini dengan model operasi digital diutamakan untuk mengekalkan bahagian pasaran semasa pandemik ini. Tinjauan ini dijalankan dalam kalangan pemimpin perniagaan di 750 buah syarikat di 11 buah negara dan mengklasifikasikan mereka kepada tiga kategori yang berbeza mengikut peringkat kematangan digital masing-masing.

Perintis Digital: Hanya 10% syarikat mempunyai model operasi digital paling maju, platform kesalinghubungan dan strategi yang memastikan operasi yang selamat dan dipercayai. 63% daripadanya mengaitkan pertumbuhan pendapatan dengan strategi digital diutamakan mereka.

Penghijrah Digital: 52% syarikat mengalami pendigitalan yang terhad dalam perniagaan mereka, bahkan masih perlu memperbaiki beberapa bidang keupayaan digital.

Pendukung Aspirasi Digital: 38% daripada syarikat berada di peringkat awal dalam mendigitalkan perniagaan mereka dan tidak dapat berkembang kerana kurangnya kematangan digital.

"Model operasi digital diutamakan merupakan suatu kemestian kepada syarikat dalam era dunia baharu. Apabila ekonomi dibuka, kepercayaan dan keselamatan menjadi teras kebolehan daya saing dan ketangkasan syarikat yang ingin berkembang. Skala pendigitalan ini akan menjadi barometer kejayaan baharu syarikat tanpa mengira saiz atau industri," kata A.S Lakshminarayanan, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Tata Communications.

Laporan 'Leading in a Digital-First World' ini mengenal pasti jurang dan masalah syarikat dalam perjalanan transformasi digital mereka dengan jelas dalam tiga bidang:

  • Komitmen terhadap model operasi digital diutamakan : 44% syarikat tidak berjaya menyampaikan model operasi digital diutamakan ke dalam ekosistem mereka. Untuk menangani perkara ini, manfaat sebenar transformasi digital memerlukan organisasi untuk melangkah lebih jauh daripada sekadar mengubah beberapa proses perniagaan dalam talian. Mereka memerlukan model operasi digital yang kukuh dari semasa ke semasa yang boleh memikirkan semula setiap saluran, proses dan tawaran perkhidmatan teras untuk memaksimumkan peluang digital.
  • Mencipta pengalaman pengguna yang berkualiti dengan ekosistem hiperhubungan : 91% syarikat mengakui bahawa mereka tidak dapat memberikan pengalaman digital yang berkualiti tinggi kepada pelanggan, pekerja dan rakan perniagaan mereka. Mereka hanya bersetuju untuk memiliki pelbagai strategi digital dan proses gabungan yang berbeza di seluruh organisasi mereka. Untuk meningkatkan rantaian nilai, strategi digital diutamakan yang memberi tumpuan kepada ketangkasan, kawalan dan keselamatan adalah penting. Syarikat mesti beralih daripada proses legasi dan menerima 'hiperhubungan' serta memberikan kerjasama yang berkualiti tinggi, selamat dan lancar kepada semua pihak berkepentingan di seluruh ekosistem.
  • Keselamatan dan kepercayaan merupakan perkara paling utama dalam perniagaan digital diutamakan: 49% syarikat mengesahkan bahawa keselamatan siber merupakan aspek yang paling penting untuk terus meningkat dan 34% syarikat menganggap bahawa mereka lemah dalam menyampaikan model operasi yang tangkas. Inilah yang menjadi penghalang kepada keupayaan mereka untuk berinovasi dan menyesuaikan diri dengan lebih cepat daripada pesaing mereka. Apabila ancaman siber dan permintaan kawal selia menjadi perhatian penting dalam dunia baharu, syarikat mesti meraih kepercayaan berterusan, perniagaan hendaklah sentiasa peka dan melabur secara proaktif untuk melindungi semua pihak berkepentingan.

Sebagaimana Laporan'Leading in a Digital-First World' menyatakan, peralihan semasa ke arah model operasi digital diutamakan ini merupakan detik yang menentukan evolusi perniagaan dan pemikiran semula dunia baharu. Strategi digital diutamakan mendayakan pengalaman digital yang selamat dan terhubung. Semakin awal organisasi mempercepat perjalanan transformasi digital mereka hingga mencapai tahap kematangan digital, semakin mereka cenderung untuk memperkasakan diri dalam era digital baharu.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelidikan dan baca laporan penuh di sini . 

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Rangkaian IP Tahap-1, gentian bawah laut utama dan konsortium rangkaian kabel global yang dimiliki sepenuhnya merangkumi kira-kira 30% daripada laluan Internet di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com 

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:TATACOMM
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Survey, Polls & Research