omniture

TenMax dan Gojek jalin kerjasama sediakan penyelesaian Teknologi Pemasaran berasaskan AI kepada peniaga dan jenama Indonesia

TenMax
2021-08-30 15:32 125

TenMax mengumumkan perkongsian dengan Gojek untuk menyediakan penyelesaian Teknologi Pemasaran (Martech) berasaskan AI kepada pemasar di Indonesia, membolehkan peniaga dan jenama mengakses rancangan dan memantau usaha pemasaran digital mereka secara masa nyata.

TAIPEI, 30 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- TenMax.io, sebuah firma teknologi pemasaran (Martech), mengumumkan jalinan kerjasama dengan Gojek, platform atas-permintaan utama Asia Tenggara, untuk menyokong GoGAN, Rangkaian Pengiklanan Gojek bagi menyampaikan perkhidmatan iklan yang terbaik dalam kelas kepada jenama pengguna, peniaga dan agensi iklan daripada semua saiz di Indonesia.

Memanfaatkan kecerdasan buatan TenMax dan platform berpandukan pemahaman Gojek, kerjasama tersebut akan membolehkan jenama, agensi dan peniaga mengakses penyelesaian pengiklanan sehenti untuk merancang, mengukur dan mengoptimumkan usaha pemasaran digital mereka dalam media sosial dan laman web kandungan.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Gojek bagi menyokong GoGAN di Indonesia dengan menggabungkan kepakaran kami dan pemahaman bernilai Gojek untuk memperkenalkan penyelesaian kepada ekonomi digital Indonesia," kata Dr. Nathan Chu, Ketua Pegawai Eksekutif TenMax.

Gojek ditubuhkan berasaskan prinsip menggunakan teknologi untuk menghapuskan konflik dalam kehidupan harian dengan menghubungkan pengguna kepada penyedia barangan dan perkhidmatan terbaik dalam pasaran, bermula daripada pengangkutan hingga makanan dan banyak perkhidmatan lain.

"Melalui kerjasama dengan TenMax.io, kami dapat mengurangkan lagi konflik dalam pembelian media digital, lalu membolehkan rakan niaga dan pelanggan jenama global kami mengoptimumkan inisiatif pemasaran digital mereka daripada semua saiz, dikuasakan oleh pemahaman kumpulan pengguna dan pihak pertama serta platform teknologi pemasaran proprietari daripada TenMax.io, untuk mencipta nilai buat ekosistem Gojek," tambah Antoine de Carbonnel, Ketua Pegawai Komersial Gojek.

Kecerdasan buatan (AI) atau teknologi pembelajaran mendalam proprietari GoGAN dapat membantu pemasar dalam aspek-aspek penting pembelian media programatik melalui:

  • Pembelian media rentas saluran membeli belah sehenti: membeli ruang iklan Facebook/Instagram dan laman sesawang tempatan dengan beberapa klik. Keupayaan pembidaan masa sebenar (RTB) memastikan pengiklan mendapat kos yang hebat bagi setiap klik dan impresi bagi mencapai audiens sasaran mereka.
  • Analitik masa sebenar dan laporan prestasi menghasilkan papan pemuka, yang memberi pemahaman kepada jenama dan agensi serta membolehkan mereka menilai semula strategi pemasaran.

"Jalinan kerjasama dengan pasukan Gojek amat menggembirakan, pemahamannya membolehkan kami untuk melatih dan mengoptimumkan lagi algoritma pembidaan masa sebenar (RTB) kami, meletakkan kandungan yang tepat kepada audiens yang tepat dengan kos yang tepat. Dengan keputusan awal yang memuaskan, kini kami bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi daripada dunia agensi iklan, penerbit kandungan premium dan seluruh ekosistem Gojek, bermula daripada jenama FMCG global, barangan elektronik pengguna hinggalah PKS serantau dan MSME, kepada platform GoGAN sebagai satu penyelesaian untuk mana-mana syarikat di Indonesia dan selanjutnya," kata Brian Yang, Pengarah Urusan TenMax.io.

"Kami terlibat dengan jenama-jenama selain daripada sektor makanan, termasuk insurans, perbankan, gaya hidup, fesyen, permainan video dan kami turut berharap dapat bekerjasama dengan agensi-agensi iklan untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif kepada lebih banyak jenama dunia," kata de Carbonnel. 

Secara global, perkhidmatan iklan di syarikat-syarikat gergasi e-dagang kini menyumbang berbilion-bilion pendapatan pada setiap suku tahun dan berkembang pada kadar 60%+ berbanding tahun sebelumnya (YoY), yang meningkatkan lagi jumlah urus niaga keseluruhan. Yang berharap agar kerjasama tersebut dapat membantu mendorong momentum berkenaan untuk jalinan kerjasama baharu antara TenMax dan Gojek serta memberi manfaat kepada seluruh ekosistem.

Melalui kerjasama komersial dan teknikal yang sekian lama terjalin dengan platform-platform iklan terkemuka seperti Facebook dan Google, TenMax dan syarikat kembarnya cacafly.com, menyediakan perkhidmatan pemasaran digital kepada lebih 10,000 pelanggan di Taiwan, Vietnam dan Malaysia. 

Latar Belakang TenMax 
Ditubuhkan pada tahun 2015, TenMax Ad Tech Lab membangunkan rangkaian penuh penyelesaian pemasaran digital yang melibatkan DSP (Platform Sisi Permintaan), SSP (Platform Sisi Bekalan), DMP (Platform Pengurusan Data) dan sistem Pertukaran Iklan. TenMax merupakan sebahagian daripada funP Innovation Group, disokong oleh pemodal teroka (VC) terkemuka seperti CDIB Capital Group dan CID Group.

Tenmax exec team in Taipei HQ: Front row from left to right - Jeremy Lin, Dr.Nathan Chiu (CEO), Brian Yang (Managing Director), Eureka Tseng (PM). Back row from left to right - Tom Su, Jay Chau, Tsung-Yin Tsai and Dr.Richard Hsiao (VP of Engineering).
Tenmax exec team in Taipei HQ: Front row from left to right - Jeremy Lin, Dr.Nathan Chiu (CEO), Brian Yang (Managing Director), Yi-Fan Teng (PM). Back row from left to right - Tom Su, Jay Zhau, Tsung-Yin Tsai and Dr.Richard Hsiao (VP of Engineering).

Source: TenMax
Keywords: Advertising Computer/Electronics Publishing/Information Service Contracts New products/services