omniture

SpeQtral dan Toshiba Bekerjasama Kuasakan Penyelesaian Komunikasi Kuantum-Selamat di Asia Tenggara

The Hoffman Agency for SpeQtral
2021-09-03 15:18 152

SINGAPURA, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini SpeQtral dan Toshiba Digital Solutions Corporation (Toshiba)  mengumumkan bahawa kedua-duanya telah mencapai perjanjian muktamad untuk memasarkan dan menggerakkan penggunaan  penyelesaian Pengedaran Kunci Kuantum (Quantum Key Distribution, QKD) kepada kerajaan dan kalangan perusahaan.

Menerusi ekonomi digital hari ini, terdapat peningkatan dalam pengumpulan, penghantaran dan pemprosesan data, yang mana secara tidak langsung menjadikan serangan siber suatu ancaman yang semakin meningkat.Laporan Penilaian Ancaman Siber ASEAN 2021 INTERPOL menggariskan peningkatan jenayah siber yang pesat, seraya mendorong organisasi-organisasi meneroka lebih banyak alternatif untuk menguruskan maklumat  sensitif. Bersama-sama trend ini, penyelesaian QKD meraih daya tarikan pasaran  beberapa negara maju memandangkan penyelesaian tersebut mengaplikasikan hukum fizik dan mekanik kuantum bagi menghasilkan algoritma kripto kalisgodam, lalu menjamin penghantaran dan dapatan semula data.

Kolaborasi ini akan membantu pengguna berpotensi di Asia Tenggara memahami keperluan dan mempertimbangkan pelaksanaan penyelesaian QKD bagi menjamin komunikasi mereka, menerusi webinar dan bengkel perkongsian ilmu secara percuma sebagai titik permulaan. Sebagai hab global aplikasi kewangan, Singapura khususnya berperanan sebagai titik tumpuan infrastruktur untuk telekomunikasi, pusat data dan sambungan awan. Industri-industri ini memproses data mustahak dan bernilai tinggi serta amat penting buat mereka untuk sentiasa mengkaji semula keselamatan komunikasi dan menaik taraf sistem sedia ada bagi menangani ancaman masa depan.

"Asia Tenggara amat kondusif dalam penerimaan teknologi yang baharu dan canggih seperti QKD. Terdapat penekanan yang tinggi terhadap keselamatan siber dalam ekosistem digital kami dan pengwujudan infrastruktur komunikasi yang berdaya tahan," kata Chune Yang Lum, Ketua Pegawai Eksekutif SpeQtral, "Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan Toshiba bagi memperkenalkan penyelesaian QKD kepada pasaran disamping bertindak sebagai peneraju  dalam meningkatkan keselamatan kuantum bagi komunikasi digital untuk kerajaan dan perusahaan di rantau ini."

Disamping itu, memandangkan setiap organisasi mempunyai konfigurasi sambungan data dan keperluan keselamatan yang unik, kerjasama SpeQtral-Toshiba akan membantu menyediakan penyelesaian QKD paling sesuai bagi memastikan keperluan dapat dipenuhi.

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2020, Toshiba membangunkan produk platform QKD peneraju kelas yang melibatkan kabel gentian optik hasil penyelidikan dan pembangunan selama berdekad lamanya. Produk platform gentian-QKD ini mampu memenuhi keperluan komunikasi kuantum-selamat sejauh beratus-ratus kilometer di kawasan metropolitan. Bagi meningkatkan lagi jangkauan sistem ini, SpeQtral membangunkan sistem QKD berasaskan angkasa menggunakan satelit yang dapat meliputi seluruh benua. Memandangkan rangkaian kuantum-selamat jarak jauh memerlukan kedua-dua sistem satelit QKD  dan sistem daratan, SpeQtral dan Toshiba benar-benar dapat saling melengkapi antara satu sama lain melalui kolaborasi.

"Toshiba telah menjalin kerjasama industri dengan Jepun, AS dan UK untuk penggunaan awal komunikasi selamat kuantum. Bersama-sama SpeQtral, kami teruja untuk menyokong perniagaan di Singapura dan Asia Tenggara serta dapat mempercepatkan pengembangan global perniagaan QKD kami," ujar En. Taro Shimada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toshiba Digital Solutions Corporation.

Pihak yang berminat boleh mendaftar  di https://speqtral.space/fibre-qkd

Mengenai SpeQtral

SpeQtral merupakan sebuah syarikat teknologi kuantum dengan misi untuk mentransformasikan rangkaian dunia untuk revolusi kuantum. Dikuasakan oleh teknologi yang dibangunkan di Pusat Teknologi Kuantum di Singapura, SpeQtral menyediakan penyelesaian khusus untuk keselamatan kuantum kepada pelanggan yang prihatin tentang keselamatan rangkaian dan infrastruktur komunikasi mereka. Kepakaran utama SpeQtral terletak pada penggunaan platform kuantum berasaskan angkasa untuk mewujudkan rangkaian kuantum jarak jauh dengan jangkauan global.

Mengenai Toshiba Digital Solutions Corporation

Sebagai pemacu perniagaan penyelesaian digital Toshiba Group, Toshiba Digital Solutions Corporation menyampaikan integrasi sistem dan penyelesaian perkhidmatan digital yang menyokong syarikat-syarikat mempercepatkan transformasi digital mereka dan turut memainkan peranan penting dalam peralihan Toshiba menjadi salah sebuah syarikat teknologi siber-fizikal yang terkemuka di dunia, dengan keupayaan termaju bermula daripada pembuatan hingga AI. www.global.toshiba/ww/company/digitalsolution

Laman sesawang perniagaan Pengedar Utamai Kuantum Toshiba: www.toshiba.co.jp/qkd/en

Source: The Hoffman Agency for SpeQtral
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Contracts New products/services