VENICE, Itali, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada malam terakhir di Venice, Armani beauty, penaja utama Festival Filem Antarabangsa Venice ke-78 telah menganjurkan makan malam eksklusif sebagai penghormatan kepada seni perfileman dan meraikan gincu tahan lama daripada jenama tersebut yang baru dilancarkan iaitu LIP POWER.
Dengan kehadiran Roberta Armani, majlis ini turut disertai oleh wanita penting bagi Festival Filem ini, Serena Rossi serta ahli barisan juri, Sarah Gadon; wajah jenama ini, Adria Arjona,Greta Ferro,Nicholas Hoult, Alice Pagani,Barbara Palvin, dan Madisin Rian; para pelakon dan tetamu terkenal yang di antaranya ialah Maude Apatow, Antonia Gentry, Hailee Steinfeld, Chase Stokes, Lexi Underwood, Esther Acebo, Jaime Lorente, Eugenia Silva, Laura Haddock, Ruth Wilson, Victoria Magrath, Shirine Boutella, Tina Kunakey, Caroline Receveur, Matilde Gioli, Levante, Ludovica Martino dan Beatrice Bruschi.
Armani beauty – Penaja Utama Festival Filem Antarabangsa Venice ke-78
Kerjasama Armani beauty yang diperbaharui sebagai Penaja Utama Festival Filem Antarabangsa Venice ke-78 mengukuhkan lagi hubungan jenama ini dengan dunia pembuatan serta meraikan minat sejati Giorgio Armani terhadap bidang perfileman.
Sebagai Penaja Utama Biennale Cinema 2021, Armani beauty menyediakan perkhidmatan solekan rasmi kepada para tetamu festival ini seperti barisan para selebriti yang akan melalui permaidani merah.
Pada tahun ini, Armani beauty mengukuhkan lagi hubungannya dengan Biennale Cinema melalui pengenalan sebuah anugerah baharu: Anugerah Penonton - Armani beauty, Orizzonti Extra. Orizzonti Extra ialah lanjutan daripada bahagian pertandingan yang memberi tumpuan kepada trend baharu dalam dunia perfileman. Anugerah yang baru diperkenalkan akan mengiktiraf filem terbaik bagi bahagian baharu ini menurut pilihan juri daripada kalangan para penonton.
Untuk terus menyumbang kepada kebudayaan, pendidikan dan generasi masa depan kota Venice serta mempromosikan kecantikan dan dunia kesenian, Armani beauty akan terus menyokong pemulihan koleksi acuan plaster Accademia di Belle Arti di Venezia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608713/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608714/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608715/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608716/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608717/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1608718/armani_beauty_venice_film_festival.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1608719/ARMANI_Beauty_Logo.jpg?p=medium600