omniture

Jumeirah Group mengumumkan pembukaan destinasi baharu yang menakjubkan di Maldives

Jumeirah Group
2021-09-06 23:48 77

 Jumeirah Maldives bakal mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke vila atas air dan tepi pantai dengan rekaan luarbiasa, bermula 1 Oktober 

DUBAI, UAE, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Jumeirah Group, syarikat hospitaliti mewah global dan ahli Dubai Holding, hari ini mengumumkan sebuah resort antarabangsa baharu iaitu Jumeirah Maldives yang akan mengalu-alukan kedatangan para tetamu pertamanya bermula 1 Oktober 2021.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8945951-jumeirah-group-announces-the-opening-of-stunning-new-address-in-maldives/

Para tetamu kini boleh meneroka Jumeirah Maldives, sebuah resort mewah semua vila yang terletak jauh di atas perairan berwarna firus yang jernih di Atol Malé Utara yang mudah dikunjungi dengan bot laju atau pesawat laut dari Lapangan Terbang Malé. Lokasinya yang indah menawarkan privasi bagi percutian romantik dan percutian pulau yang menggembirakan rakan-rakan dan keluarga serta pengalaman yang sesuai dengan pelancong yang lebih aktif.  

Seni bina panoramik yang luar biasa dan hiasan dalaman yang tenang di resort ini mewujudkan etos kontemporari yang elegan dan harmoni dengan persekitaran semula jadi yang menampilkan gaya Mediterranean moden.

José Silva, Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group berkata: "Jumeirah Maldives menyerlahkan nilai-nilai jenama kami dalam menyediakan hospitaliti terbaik dengan gaya tulen yang melangkaui jangkaan tetamu serta mendorong kepakaran reka bentuk, kulinari dan perkhidmatan yang luar biasa. Sebagai penambahan yang amat menakjubkan kepada portfolio jenama ini, resort baharu Jumeirah di Maldives menjamin pengalaman tetamu yang sempurna dari saat mereka menjejakkan kaki di resort kontemporari kami yang baharu ini."

Jumeirah Maldives menawarkan 67 buah vila atas air dan tepi pantai dengan konfigurasi satu, dua dan tiga bilik tidur yang kesemuanya menjamin pemandangan panoramik Lautan India yang menakjubkan. Setiap vila mempunyai kolam renang infiniti peribadi dan teres atas bumbung yang besar dengan ruang makan khusus untuk tetamu bagi menyaksikan pemandangan sensasi sambil menikmati hidangan kulinari yang lazat atau bersantai dengan pengalaman seperti berada di bawah bintang-bintang dalam sebuah filem yang sempurna untuk pengambaran.

Seperti kebiasaannya, pengalaman menjamu selera yang luar biasa merupakan tumpuan utama Jumeirah Group yang telah menggabungkan pengalaman pulau dengan citarasa Mediterranean dan Nikkei yang istimewa, dengan dua buah restoran kemegahannya yang memenangi anugerah iaitu Shimmers dan Kayto, untuk percutian yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Talise Spa yang menampilkan enam buah bilik rawatan atas air menyediakan pelbagai rawatan terapeutik dan tenaga semula untuk kesejahteraan dan kerehatan. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti kelas yoga harian, sukan air, bola tampar pantai, biliard dan tenis atau mengambil bahagian dalam pengalaman lain yang pelbagai daripada fotografi bawah laut kepada menanam pokok kelapa dan menghasilkan minyak kelapa. Tarikan istimewa bagi setiap jenis penginapan ialah lawatan kapal selam unik yang meneroka habitat marin yang menarik. 

Sila layari Jumeirah.com/Maldives untuk maklumat lanjut dan tempahan. 

Instagram 

@JumeirahGroup
#TimeExceptionallyWellSpent

www.jumeirah.com 

Sila hubungi: Miet Saelens, Pengarah Kanan – Komunikasi, Jumeirah Group Miet.Saelens@Jumeirah.com  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1606926/jumeirah_maldives.jpg?p=medium600

 

Jumeirah Group announces the opening of stunning new address in Maldives
Jumeirah Group announces the opening of stunning new address in Maldives

 

Source: Jumeirah Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Broadcast feed announcements New products/services