omniture

Mobileum Dirujuk sebagai Vendor Jaminan dan Pengujian Perkhidmatan 5G di dalam Laporan Gartner ® 2021 yang Bertajuk," Trend Pasaran: Luaskan Pengewangan CSP dengan 5G, AI, Pengkomputeran Pinggir"

Mobileum
2021-09-07 15:00 29

Keperluan Ujian Penting untuk Pengewangan 5G

CUPERTINO, California, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), sebuah penyedia penyelesaian analitik global terkemuka untuk perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, pengujian dan pemantauan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dirujuk di dalam laporan Gartner 2021, " Trend Pasaran: Luaskan Pengewangan CSP dengan 5G, AI, Pengkomputeran Pinggir".[1] Laporan tersebut mengenal pasti Mobileum sebagai vendor Jaminan dan Pengujian Perkhidmatan.

Oleh kerana CSP beralih kepada 5G, terdapat peluang baharu untuk memanfaatkan rangkaian 5G mereka sebagai perkhidmatan yang menyediakan industri menegak seperti automasi perindustrian, keselamatan, penjagaan kesihatan dan automotif, keupayaan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi yang didayakan oleh kesalinghubungan. Dengan adanya mekanisme jaminan perkhidmatan gelung tertutup canggih yang disokong oleh mekanisme pengujian dan jaminan pendapatan, CSP boleh meneruskan model perniagaan baharu, seperti menawarkan harga berasaskan SLA mengikut tahap kualiti yang pelbagai. Walau bagaimanapun, ini memerlukan penyelesaian pemantauan pengujian dan pengecasan bersepadu yang merangkumi peranti, akses radio dan rangkaian teras 5G. Platform Active Intelligence Mobileum merupakan satu teknologi analitik berfokuskan kepada telekomunikasi yang terkemuka dengan infrastruktur pengujian yang kukuh, keupayaan automasi dan satu set antara muka rangkaian yang meluas yang membolehkan pendekatan pengujian dan pemantauan aktif-pasif yang diperlukan untuk menyokong model perniagaan 5G berasaskan SLA.

"Disebabkan sifat peruntukan dinamik dan penskalaan kapasiti dan sumber rangkaian yang dibawa oleh 5G, adalah lebih penting daripada sebelumnya bagi CSP untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi syarat SLA dan caj untuk perkhidmatan tersebut adalah tepat. Kami gembira kerana telah dimasukkan ke dalam laporan Gartner ini sebagai sebuah syarikat yang menyediakan sokongan perniagaan yang penting ini," kata Ron Haberman, Ketua Pegawai Produk Mobileum.

Penyelesaian Pengujian dan Pemantauan serta Pengurusan Risiko Mobileum menyediakan perkhidmatan dan pemantauan pengalaman pelanggan kesalinghubungan yang diperlukan untuk menyokong model perniagaan B2B dan B2B2X. Portfolio yang mendalam tersebut menyediakan kerangka kerja automasi dan kecerdasan prestasi yang diperlukan untuk CSP memahami pengalaman rangkaian domestik yang merangkumi 5G, IoT dan eSIM, wang mudah alih, video, perkhidmatan kecemasan, IMS, suara, data dan pemesejan, rangkaian teras, kepada pengalaman telefon pintar dan aplikasi. Di samping itu, ia menyokong CSP di seluruh dunia untuk menguji dan memantau pengalaman rangkaian antarabangsa bagi perayauan, IoT dan kereta terhubung, perayauan VoLTE dan pelanggan Pembawa antarabangsa mereka. Baru-baru ini, Mobileum mengumumkan bahawa Audi (AUDVF) menggunakan penyelesaian Pengujian Kereta Terhubung Mobileum untuk menguji dan memantau kualiti perkhidmatan (QoS) secara menyeluruh bagi kereta terhubung mereka dan memastikan standard jaminan perkhidmatan yang tertinggi serta kawalan terhadap pengalaman pelanggan. 

Sumber (tersedia untuk pelanggan Gartner): 

[1] Gartner, "Market Trend: Expand CSPs' Monetization with 5G, AI, Edge Compute", Susan Welsh de Grimaldo, 27 Mei 2021

Penafian Gartner 

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran.

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence miliknya yang menyediakan penyelesaian analitis canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Dubai, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura dan UK.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Mobileum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards New products/services