omniture

Sojern dan Roiback Bekerjasama untuk Membantu Pengendali Hotel Meningkatkan Tempahan Langsung dan Keberuntungan

Sojern
2021-09-07 18:00 19

LONDON, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- Sojern, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pemasaran digital terkemuka untuk pelancongan dan Roiback iaitu sebuah syarikat teknologi terkemuka di pasaran yang mengkhusus dalam memperkasakan jualan langsung untuk rangkaian hotel dan hotel bebas, telah bekerjasama untuk menyediakan para pengendali hotel dengan penyelesaian media pelbagai saluran yang hebat yang bertujuan untuk memacu tempahan langsung.

Kerjasama ini membolehkan para pengendali hotel menjangkau pelanggan mereka di seluruh penyelesaian media pelbagai saluran bagi meningkatkan jualan langsung dan keberuntungan. Melalui kerjasama dengan Sojern, Roiback mempertingkatkan agensi pemasaran digitalnya sendiri yang mengkhusus dalam bidang hospitaliti dengan menyediakan platform pengiklanan pintar yang dibina khusus untuk pemasar pelancongan kepada para pelanggannya.

Sojern dan Roiback akan memfokuskan usaha di rantau Timur Tengah dan Asia Pasifik, Iberia serta Amerika Latin.

"Disebabkan pelancongan kembali setelah sekatan pergerakan global dan larangan rentas sempadan, kami amat gembira kerana dapat melancarkan sebuah lagi kerjasama berimpak dengan sebuah syarikat peneraju pasaran dalam bidang tempahan langsung. Kami berharap dapat menyampaikan strategi dan produk terbaik kepada para pelanggan bersama kami," kata Josh Beckwith, Pengarah Kanan Sojern.

Roiback merupakan sebuah syarikat terkemuka di peringkat global dalam bidang teknologi pelancongan. Selama lima tahun berturut-turut ia telah memenangi anugerah World Travel Awards sebagai 'Penyedia Penyelesaian Tempahan Hotel Terbaik di Eropah' dan dicalonkan untuk "Penyedia Penyelesaian Tempahan Hotel Terbaik di Dunia" pada anugerah World Travel Tech Awards 2021 yang akan datang.

"Pemasaran hospitaliti merupakan bidang yang mencabar dengan saluran dan penyelesaian yang semakin meningkat. Di Roiback, kami mempunyai agensi Pemasaran Digital yang mengkhusus dalam hospitaliti dan dengan kerjasama ini kami berharap dapat mempertingkatkannya lagi. Pelanggan hotel kami akan mendapat manfaat daripada akses kepada penyelesaian yang mudah dan berkesan untuk memperkasakan strategi pemasaran digital serta meningkatkan prestasi saluran langsung mereka," kata Felipe Bravo, Ketua Roiback Digital.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Tentang Sojern

Sojern  ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan data kemahuan pelancong, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran berbilang saluran untuk memacu permintaan langsung. Sejumlah 10,000 hotel, pusat tarikan, badan pelancongan dan pemasar perjalanan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi pelancong di seluruh dunia.

Tentang Roiback
Roiback  menyediakan teknologi dan perkhidmatan enjin tempahan langsung yang luar biasa kepada rangkaian hotel yang besar dan hotel bebas. Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Palma de Mallorca (Sepanyol) yang dianggap secara meluas sebagai 'Silicon Valley of Travel' (Lembah Silikon Pelancongan), Roiback memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang besar di lebih 50 buah negara. Roiback telah diiktiraf selama lima tahun berturut-turut sebagai "penyedia penyelesaian Tempahan hotel terkemuka di Eropah" di World Travel Awards yang berprestij.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sojern
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Travel Contracts