omniture

Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai mencapai sasaran Strategi 2024 lebih awal daripada yang dijadualkan dengan mencatat rekod syarikat berdaftar sebanyak 3,292 pada separuh pertama tahun 2021

Dubai International Financial Centre
2021-09-09 22:20 102

DUBAI, UAE, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Dubai International Financial Centre (DIFC), hab kewangan antarabangsa terkemuka di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA), telah mencapai pertumbuhan berterusan yang kukuh pada separuh pertama tahun 2021 dengan keputusan sasaran Strategi pertumbuhan 2024 yang dicapai tiga tahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Dubai International Financial Centre achieves 2024 Strategy targets
Dubai International Financial Centre achieves 2024 Strategy targets

Prestasi ini mengesahkan lagi status DIFC sebagai pusat kewangan dan inovasi pilihan global. Syarikat-syarikat yang mendaftar secara aktif telah mencecah 3,292 buah syarikat dengan kadar peningkatan tahun ke tahun sebanyak 27% (S1 2020: 2,584). Syarikat-syarikat baharu yang mendaftar dalam separuh pertama (S1) adalah berjumlah sebanyak 492 buah syarikat dengan kadar peningkatan tahun ke tahun sebanyak 59% (S1 2020: 310).

Pertumbuhan ini bersaiz tiga kali ganda sejak tahun 2014 apabila Strategi 2024 ini dimulakan dan ia menggambarkan usaha DIFC yang signifikan untuk memperkukuh statusnya sebagai peneraju pasaran di MEASA dengan meningkatkan persekitaran operasi, kerangka undang-undang dan kawal selia, tawaran inovasi dan kedalaman ekosistem secara berterusan. Secara keseluruhan, DIFC kini menempatkan sejumlah 1,025 buah syarikat berkaitan kewangan dan inovasi dengan kadar peningkatan sebanyak 25% daripada tahun lepas (S1 2020: 820).

Tuan Yang Terutama Essa Kazim, Gabenor DIFC berkata: "DIFC telah berjaya membina reputasi global sebagai pusat kewangan terkemuka di rantau MEASA dengan pencapaian Strategi 2024 yang disasarkan sebanyak tiga kali ganda, tiga tahun lebih awal daripada yang dijadualkan yang menjadi bukti daya tarikan usul kami. DIFC akan terus meningkatkan kejayaan kami pada masa ini dengan memainkan peranan yang penting dalam mempercepat pertumbuhan kami serta kepelbagaian ekonomi Dubai."

DIFC mengalami pertumbuhan yang kukuh pada S1 dengan merealisasikan visinya untuk memacu masa depan kewangan dan memupuk inovasi. Hab Inovasi yang dilancarkan baru-baru ini telah mencapai kapasiti penuh dengan lebih 140 buah syarikat permulaan baharu dan syarikat Teknologi Kewangan menyertai ekosistem inovasi yang terkemuka di pasaran ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ini merangkumi syarikat-syarikat semua peringkat pembangunan, daripada syarikat permulaan peringkat awal seperti Rentd Technology Ltd, Crayfish Labs Technologies Ltd, PALFusion Technology Holdings dan StashAway Management (DIFC) Ltd, syarikat peringkat pertumbuhan termasuk Ebury dan Adyen, syarikat unicorn termasuk as SoFi (UAE) Ltd dan juga syarikat teknologi yang besar seperti Amazon dan Huawei.

DIFC juga sedang memperluas tawarannya sebagai sebahagian daripada visi keseluruhannya untuk menghubungkan perniagaan, seni, budaya dan gaya hidup.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1610817/dubai_international_financial_centre.jpg?p=medium600

 

 

Source: Dubai International Financial Centre
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Economic news, trends, analysis Venture Capital Financial Technology