omniture

EdHeroes Movement dilancarkan. Matlamatnya: untuk menangani cabaran yang paling mendesak dalam bidang pendidikan

EdHeroes Foundation
2021-09-15 19:30 16

ZURICH, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Pelancaran EdHeroes Movement telah dilakukan pada awal bulan September. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sebuah rangkaian global bagi para individu, organisasi bukan berkeuntungan, perniagaan dan organisasi kerajaan dengan menyatukan pelbagai sumber yang dimiliki untuk meneroka dan merealisasikan penyelesaian baharu sebagai asas kepada cabaran yang dihadapi oleh bidang pendidikan di seluruh dunia. Pergerakan ini memperjuangkan pendekatan baharu terhadap masalah dalam pendidikan dengan penekanan pada dua konsep: meletakkan kepentingan keluarga sebagai keutamaan bidang pendidikan—menawarkan mereka dengan perlindungan, bantuan dan asas yang kukuh dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan dan kesejahteraan serta mewujudkan komuniti yang menyatukan orang ramai untuk bersama-sama berusaha meningkatkan akses kepada pendidikan dan juga kualitinya.

 

The EdHeroes Movement is launched. Its aim: to address the most pressing challenges in education
The EdHeroes Movement is launched. Its aim: to address the most pressing challenges in education

 

Kami mengesahkan bahawa Lembaga Penasihat EdHeroes Movement akan dianggotai oleh Safeena Husain, Educate Girls (India), Wendy Kopp, Teach For All (USA), Mercedes Mayol Lassalle, OMEP (Argentina), Conrad Wolfram, Wolfram Research (UK), Osama Obeidat, Queen Rania Teacher Academy (Jordan), Steven Duggan, UNESCO IITE dan Terawe (Ireland), Harry Patrinos, World Bank Education (USA) serta tokoh terkemuka lain dalam bidang pendidikan.

EdHeroes Movement akan menghubungkan individu dan organisasi dalam sebuah rangkaian dinamik serta menyatukan sumber yang dimiliki bagi menangani cabaran yang paling mendesak yang dihadapi oleh bidang pendidikan di beberapa rantau. Ahli-ahli pergerakan ini akan berkongsi pendekatan yang sama dalam menyelesaikan masalah bidang pendidikan, tetapi mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan yang diperlukan bagi situasi tertentu di rantau tersebut. Sebagai contoh, mereka boleh mewujudkan Forum EdHeroes tempatan bagi memasukkan agenda mereka ke dalam domain awam serta mendapatkan pengetahuan dan sumber pakar langsung ke arah penyelesaian isu-isu utama di rantau mereka. Forum EdHeroes tempatan yang pertama telah dirancang akan berlangsung pada 16 Oktober di Indonesia.

Prinsip EdHeroes Movement yang pertama ialah "bidang pendidikan perlu menjadikan keluarga sebagai keutamaan," dengan "kepentingan" utama keluarga ialah membesarkan individu yang kompeten sebagai seorang warganegara yang boleh mewujudkan, menggemari dan membuat pilihan yang positif."

Hasrat untuk menumpukan perhatian pendidikan terhadap keperluan keluarga ini adalah didorong oleh hakikat bahawa pandemik telah meningkatkan beban kehidupan di rumah. Penyelidikan oleh BCG memberikan contoh yang jelas tentang perkara ini: semasa berlaku pandemik ini di AS, UK, Perancis, Jerman dan Itali, masa yang digunakan oleh para ibu bapa untuk tugas pendidikan dan rumah telah meningkat hampir dua kali ganda—daripada 30 kepada 57 jam seminggu. Wendy Kopp, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama Teach For All yakin bahawa "keluarga perlu menjadi keutamaan bidang pendidikan." Pandemik ini telah membantu menghasilkan asas kepada idea ini: "Pandemik ini telah memperkukuh hubungan antara rumah dan sekolah, antara guru dan ibu bapa dengan memberikan kita gambaran tentang perkembangan pendidikan anak-anak kita hari demi hari serta dengan benar-benar berkongsi tanggungjawab untuk pertumbuhan kanak-kanak," kata Steven Duggan, Ahli Lembaga Lembaga Pengelola IITE UNESCO dan Naib Presiden Terawe Corporation.

Prinsip kedua EdHeroes Movement ialah mewujudkan komuniti di sekitar organisasi pendidikan. Komuniti ini merupakan struktur yang fleksibel dan berdaya tahan serta aset utamanya ialah keterhubungan dan kepercayaan yang membolehkan komuniti pendidikan menentukur semula dan melaksanakan kaedah baharu dengan segera semasa pandemik serta menangani masalah yang dihadapi oleh ahli-ahlinya akibat pengasingan kendiri.

Prinsip ketiga pergerakan ini ialah menumpukan kepada usaha menyatukan pelbagai sumber bahan dan kepakaran. EdHeroes Movement mencadangkan kerjasama dengan organisasi bukan berkeuntungan, perniagaan, agensi kerajaan, dermawan peribadi dan sesiapa sahaja yang bersedia untuk melabur masa dan sumber mereka dalam pembangunan pendidikan. Disebabkan ambang kemasukan yang rendah, pengumpulan sumber yang belum dimanfaatkan sebelum ini boleh dilaksanakan bagi meneroka pendekatan baharu SDG 4. 

Harry Patrinos, Pengurus Latihan, World Bank Education: "Kini, kemajuan pendidikan amat bergantung kepada kerjasama pelbagai pihak. Dermawan boleh menyumbang kepada pewujudan rangkaian yang akan menyokong kemajuan pendidikan di seluruh dunia. Saya menyokong EdHeroes Movement kerana saya percaya bahawa pelbagai penyelesaian daripada pelbagai pihak diperlukan dan saya melihat peranan sebenar sektor dermawan."

Bagi mengambil bahagian dalam pergerakan ini, sila tanda tangan manifesto pada tapak web pergerakan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel kepada: pr@edheroes.foundation

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1624079/EdHeroes.jpg?p=medium600

 

 

Source: EdHeroes Foundation
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Children-related news New products/services Not for profit