omniture

CGTN: Stesen angkasa China terima kru Shenzhou-13 untuk penginapan selama enam bulan

CGTN
2021-10-20 07:46 131

BEIJING, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Tiga angkasawan Cina atau 'taikonaut', dibawa ke angkasa dengan menaiki kapal angkasa Shenzhou-13, memasuki modul teras Tianhe, stesen angkasa China pada hari Sabtu, menurut China Manned Space Agency (CMSA).

Tiga angkasawan tersebut, Zhai Zhigang (komander), Wang Yaping dan Ye Guangfu – memasuki waktu Tianhe selepas kapal angkasa tersebut berjaya berlabuh dengan modul teras, lalu menjadi kru kedua yang ditempatkan di sana.

Wang turut menjadi 'taikonaut' wanita pertama yang bertugas di stesen angkasa dan berjalan di angkasa (spacewalk).

Tugas-tugas di hadapan semasa misi Shenzhou-13

Sepanjang penginapan di orbit selama enam bulan, kru tersebut akan melakukan beberapa tugas seperti yang dijadualkan.

Dua daripada tiga aktiviti ekstravehikular (EVA), turut dikenali sebagai berjalan di angkasa, dirancang untuk misi tersebut, yang akan disempurnakan melalui kolaborasi tersebut, Ye memaklumkan kepada China Media Group (CMG) menerusi satu temu bual sebelum pelancaran mereka.

Bahagian tugas khusus akan diaturkan dan disesuaikan bergantung pada keadaan sebenar, tambah Ye.

Tugas-tugas yang berbeza ditetapkan dalam setiap EVA bagi pembinaan stesen angkasa tersebut, kata Zhai kepada CMG.

"Kami akan menjalankan lebih banyak eksperimen sains angkasa berbanding kru Shenzhou-12 memandangkan kami memiliki masa penerbangan yang lebih panjang," kata Zhai.

Kali ini, tugas khasnya ialah kru akan mengawal kapal angkasa dari jauh untuk berlabuh dengan stesen angkasa, tambah Zhai.

Ujian-ujian terhadap teknologi utama, pengesahan selanjutnya terhadap teknologi sokongan hayat dan prestasi komprehensif dan penilaian keserasian semua sistem juga akan dijalankan.

Semasa misi Shenzhou-10 pada tahun 2013, Wang, berserta anggota kru beliau ketika itu, Nie Haisheng dan Zhang Xiaoguang, menyempurnakan tugas mengajar mengenai angkasa pertama China. Semasa misi Shenzhou-13, pelajaran baharu dapat dijangkakan.

"Selain daripada tugas ini, kami juga berharap dapat melaksanakan lebih banyak pendidikan angkasa untuk membawa angkasa lebih dekat dengan orang awam," kata Wang, yang beliau harapkan dapat membantu orang ramai mempelajari lebih lanjut mengenai angkasa dan kehidupan 'taikonaut' di angkasa.

China melancarkan kapal angkasa berawak Shenzhou-13 pada waktu awal pagi hari Sabtu dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Gurun Gobi, barat laut China selepas majlis berangkat (see-off) diadakan di darat pada petang Jumaat.

Misi Shenzhou-13 ialah salah satu daripada siri pelancaran untuk menyiapkan pembinaan stesen angkasa baharu China yang digelar Tiangong pada penghujung tahun 2022. Sebelum ini, China berjaya melancarkan modul teras Tianhe, dua kapal kargo Tianzhou dan kapal angkasa berkru Shenzhou-12 untuk membina stesen angkasa.

Dengan Stesen Angkasa Antarabangsa yang bersedia untuk menghentikan operasinya pada beberapa tahun akan datang, stesen angkasa China akan menjadi satu-satunya stesen yang berada di orbit Bumi. Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China telah menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama antarabangsa dan para angkasawan bukan Cina dilatih untuk misi stesen angkasa masa depan.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-16/China-s-Shenzhou-13-crew-enters-space-station-14oFV8ew2qc/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service