omniture

LTI Menjadi Penyedia Perkhidmatan Terurus Pakar Microsoft Azure

LTI
2021-10-28 18:50 18

MUMBAI, India, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech Ltd. (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global kini menjadi Penyedia Perkhidmatan Terurus Pakar Microsoft Azure. Pengiktirafan ini menunjukkan kepakaran LTI terhadap kemampuan Azure untuk membantu pelanggan mempercepat perjalanan transformasi digital mereka.

Program Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) merupakan suatu inisiatif global yang dilancarkan oleh Microsoft bagi membolehkan rakan kongsi utamanya membuat kelainan dengan membuktikan kecekapan dunia nyata serta kemahiran dalam kecekapan data dan awan. Program MSP Pakar Azure mengukuhkan lagi kedudukan LTI sebagai penasihat yang dipercayai yang boleh menawarkan penyelesaian boleh ulang dan automatik untuk mendayakan dan menyokong pelaksanaan awan berskala besar bagi para pelanggan.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan LTI berkata , "LTI telah melabur dalam membina keupayaan dan pakatan yang kukuh dengan para penyedia platform dan penyelesaian yang terkemuka dalam industri. Kami berbangga dengan pengiktirafan kami sebagai MSP Pakar Microsoft Azure. Kepakaran Microsoft Azure menjadikan kami sebagai rakan kongsi pilihan para pelanggan yang ingin melaksanakan transformasi berasaskan awan."

Pengiktirafan ini akan memberikan pelanggan akses kepada perkhidmatan bertaraf pakar, rangkaian perkhidmatan Azure yang lebih luas daripada migrasi IaaS hingga PaaS serta pelbagai manfaat lain berdasarkan kerjasama LTI dengan Microsoft.

Rodney Clark, Naib Presiden Korporat, Global Partner Solutions merangkap Ketua Saluran dan Jualan Saluran, Microsoft, berkata, "Apabila pelanggan kami berpindah ke Microsoft Azure untuk mengehos penyelesaian pusat data strategik mereka, adalah penting bagi mereka mendapat sokongan daripada pembekal perkhidmatan yang berpengalaman untuk membimbing dan menyokong mereka dalam perjalanan tersebut. Gelaran LTI sebagai MSP Pakar Microsoft Azure mengiktiraf keupayaan mereka yang terbukti untuk menyampaikan perkhidmatan terurus yang lancar yang diminta oleh para pelanggan kami pada skala yang besar di seluruh dunia."

Melalui pengiktirafan ini, LTI telah menempatkan kedudukannya dalam kalangan rakan kongsi Microsoft terbaik dengan lencana MSP Pakar Azure. Lebih 150 rakan bersekutu LTI telah menyumbang ke arah kejayaan melengkapkan proses audit luaran yang mantap oleh pihak ketiga yang bebas, untuk memperoleh lencana ini. Proses ketat yang diselesaikan dalam tempoh 12 bulan yang lalu merangkumi demonstrasi dan bukti daripada pelanggan serta lebih 120 kawalan dalam senarai semak audit terhadap lebih 15 bidang yang berbeza seperti Perkhidmatan Terurus, Migrasi, Keselamatan dan Tadbir Urus.

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 460 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 33 buah negara, kami berusaha keras untuk para pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 40,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Berhubung dengan LTI : 

Sila Baca Lebih Lanjut: 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

Source: LTI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Licensing/marketing agreements Public Interest