omniture

CGTN: Dari Paris ke Glasgow: China bertindak lindungi planet

CGTN
2021-11-03 19:58 119

BEIJING, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Pihak-pihak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) ke-26 dimulakan pada hari Ahad di Glasgow, Scotland, persidangan pertama selepas kitaran kajian semula selama lima tahun di bawah Perjanjian Paris dimeterai pada tahun 2015.

Presiden Cina Xi Jinping mengetengahkan dalam banyak kesempatan mengenai pandangan China untuk menangani perubahan iklim, menyatakan sokongan padu China terhadap Perjanjian Paris dan mengumumkan tindakan konkrit negara ini untuk melindungi planet ini.

Dalam kenyataan bertulis beliau kepada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Dunia di COP26 yang disiarkan pada hari Isnin, Xi mengulangi seruan untuk kesatuan global dan tindakan bagi menangani perubahan iklim dan mengemukakan tiga cadangan.

Mendukung kesepakatan pelbagai hala 

"Apabila melibatkan cabaran global seperti perubahan iklim, multilateralisme merupakan preskripsi yang tepat," kata Xi dalam kenyataan beliau, menyeru semua pihak untuk meneruskan kesepakatan sedia ada, meningkatkan kepercayaan bersama dan mempertingkatkan kerjasama bagi membawakan COP26 yang berjaya.

Presiden Cina ini telah memudahkan perkembangan yang besar mengenai isu-isu iklim di peringkat global. Pada tahun 2015, beliau menyampaikan ucapan dasar di Persidangan Paris mengenai Perubahan Iklim, memberi sumbangan bersejarah kepada pencapaian persetujuan Perjanjian Paris.

Di Sidang Kemuncak Cita-cita Iklim pada bulan Disember 2020, Presiden Xi mengumumkan komitmen China yang selanjutnya pada tahun 203, melakar kemajuan yang berterusan dalam melaksanakan Perjanjian Paris.

Awal bulan ini, beliau menekankan mengenai kepentingan berkongsi hasil daripada pembangunan mesra alam antara semua negara apabila berucap di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin bagi mesyuarat ke-15 anjuran China Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15).

Memfokuskan kepada tindakan konkrit

"Visi akan terlaksana hanya apabila kita bertindak ke atasnya," kata Xi pada hari Isnin ketika beliau menggesa semua negara untuk menghormati komitmen mereka, menetapkan sasaran realistik dan melakukan yang terbaik mengikut keadaan negara bagi melaksanakan langkah-langkah tindakan iklim mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh presiden Cina, China sentiasa mengotakan kata-katanya dengan tindakan. Menurut kertas putih perubahan iklim yang dikeluarkan minggu lalu, keamatan emisi karbon negara ini pada tahun 2020 menurun sebanyak 48.8 peratus berbanding tahun 2005 dan sebanyak 18.8 peratus pada paras 2015, menunjukkan bahawa China serius mengenai Perjanjian Paris.

Menjelang penghujung tahun 2020, bahan api bukan fosil menyumbang sebanyak 16 peratus daripada penggunaan tenaga utama di China dan negara ini turut menghapuskan 120 juta kilowatt kapasiti penjanaan kuasa arang batu terpasang secara berperingkat-peringkat sepanjang dekad yang lalu.

China turut melancarkan inisiatif tindakan mesra alam yang menggalakkan infrastruktur, tenaga, pengangkutan dan pembiayaan mesra alam di bawah rangka kerja Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI). Pada tahun 2020, 57 peratus pelaburan China di negara-negara rakan kongsi BRI disalurkan kepada projek tenaga boleh diperbaharui, meningkat daripada 38 peratus pada tahun 2019.

Mempercepatkan peralihan mesra alam 

Pada hari Isnin, Xi menonjolkan peranan inovasi dalam sains dan teknologi serta menyeru penggalakan ekonomi dan masyarakat yang lebih mesra alam serta penerokaan laluan baharu yang menyelaraskan pembangunan dengan pemuliharaan.

Baru-baru ini, China menerbitkan dua direktif penting: dokumen reka bentuk paras tinggi untuk memuncak emisi karbon dan mencapai keneutralan karbon serta pelan tindakan untuk memuncak emisi karbon sebelum tahun 2030.

Menurut Xi, negara ini akan memperkenalkan selanjutnya rancangan pelaksanaan khusus untuk bidang-bidang penting seperti tenaga, industri, pembinaan dan pengangkutan dan untuk sektor-sektor penting seperti arang batu, kuasa elektrik, besi dan keluli serta simen, digandingkan dengan langkah-langkah sokongan dari segi sains dan teknologi, kawasan tadahan karbon, fiskal dan percukaian serta insentif kewangan.

Rancangan ini bersama-sama akan membentuk rangka kerja dasar "1+N" China untuk membantu negara ini menunaikan ikrarnya untuk memuncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060 dengan jadual, hala tuju dan pelan tindakan yang ditakrifkan dengan jelas.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-02/From-COP15-to-COP26-China-calls-for-unite-actions-to-protect-Earth-14R8MSzM208/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service