omniture

Yili Group Adakan Sidang Kemuncak Kepimpinan 2021, Umum Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai

Yili Group
2021-11-30 15:15 137

BEIJING, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 20 November, Yili Group mengadakan Sidang Kemuncak Kepimpinan 2021. Di sidang kemuncak ini, Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, mengumumkan bahawa selain daripada matlamat jangka sederhana hingga panjangnya yang telahpun mantap, Yili akan komited terhadap Visi Baharunya untuk Penciptaan Nilai (selanjutnya dirujuk sebagai Visi) menjelang tahun 2030, bagi memimpin industri ini untuk mencipta nilai pengguna, nilai sosial, nilai pekerja dan nilai korporat.

Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group memperkenalkan visi baharu Yili
Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group memperkenalkan visi baharu Yili

Tetap berorientasikan-pengguna 

Yili telah memegang bahagian pasaran yang tertinggi dalam industri tenusu China dan kekal sebagai salah satu Jenama Paling Banyak Dipilih China selama enam tahun berturut-turut, menurut laporan Asia Brand Footprint 2021.

"Nilai pengguna" diberi keutamaan tertinggi dalam Visi ini. Hanya dengan mencipta nilai untuk pengguna, sesebuah syarikat mempunyai enjin pemacu untuk memperkasa pertumbuhan berterusannya. "Bermula daripada produk, perkhidmatan, imej jenama dan aspek-aspek lain, kami perlu terus memenuhi keperluan yang pelbagai daripada semua kumpulan pengguna," kata Pan Gang. Yili akan terus meletakkan kualiti sebagai keutamaan dan kekal komited untuk memacu inovasi bagi memperkasa pengguna mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Mendukung pembangunan mampan 

Yili komited untuk memastikan pembangunan yang mampan dalam seluruh rantaian nilai. Khususnya, Yili mempelopori pembangunan penjejakan jejak karbon bebas di China dan menerbitkan Garis Panduan Tindakan Pembangunan Mampannya. Berada di barisan hadapan pembangunan mampan, Pan Gang berkata Yili akan menjadi peneraju dalam mencapai keneutralan karbon dan meraih kedudukan yang utama dalam senarai kedudukan kelestarian.

Yili telah membantu membebaskan lima juta petani keluar daripada belenggu kemiskinan serta rakan kongsi pertengahan dan hilirannya untuk mencapai pertumbuhan yang lebih mantap. Yili berdedikasi untuk mencipta hasil yang saling memberi manfaat kepada semua rakan kongsinya dalam seluruh rantaian industri.

Memberi sokongan padu kepada pekerja 

Melalui program penjagaan pekerja Yili, yang turut dikenali sebagai Spring Rain Plan, Yili telah menyokong pembangunan pekerja yang berterusan dengan menyediakan bimbingan dan insentif kerjaya serta menggalakkan mereka untuk memiliki set pemikiran yang terbuka dan kreatif. Pan Gang berkata bahawa Yili akan terus membangunkan persekitaran kerja yang terbuka, kreatif dan saling hormat-menghormati, membina perpaduan dalaman yang lebih kukuh dengan budaya yang lebih inklusif serta memperkasa sepenuhnya semua bakat.

Memacu operasi yang mantap dan pertumbuhan pesat 

Hasil kendalian dan keuntungan bersih Yili meningkat pada kadar kepantasan yang lebih cepat daripada yang dijangkakan dalam tiga suku pertama tahun 2021, dengan hasil kendaliannya mencecah RMB 85 bilion yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kualiti produk merupakan asas kepada sesebuah syarikat. Yili akan terus meningkatkan daya saing produknya dengan mengukuhkan pengurusan kualitinya, inovasi dan operasi digital. Di samping itu, Yili akan memastikan pembangunan yang mantap dan kukuh dengan mencapai prestasi perniagaan yang luar biasa dan memastikan agar kejayaannya turut memberi manfaat kepada pemegang saham dan pelabur.

Visi yang dicadangkan oleh Yili Group bermatlamat untuk membantu mempelopori laluan baharu menuju permbangunan perusahaan sosial dalam industri tenusu China. Yili akan berganding bahu dengan lebih ramai rakan kongsi untuk berkongsi makanan dan gaya hidup yang sihat bersama orang ramai di serata dunia.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Trade show news