omniture

TK Elevator menang anugerah 'Projek Tahunan 2022' Elevator World untuk laluan bergerak

TK Elevator
2021-12-06 12:00 261
  • Projek Taman Botani Taiyuan TK Elevator di Shanxi, China diiktiraf dalam kategori "Laluan Bergerak"
  • Ia merupakan pemasangan laluan bergerak terpanjang dan tertinggi oleh syarikat ini di China
  • Syarikat ini telah memenangi anugerah paling berprestij dalam industri ini untuk tiga kali berturut-turut

HONG KONG, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TK Elevator berbesar hati untuk sekali lagi menerima anugerah Projek Tahunan Elevator World. Menerusi projek Taman Botani Taiyuan di Shanxi yang dianugerahkan sebagai "Projek Tahunan 2022" di bawah kategori "Laluan Bergerak", syarikat ini telah diberi pengiktirafan berprestij ini secara berturut-turut dalam tiga edisi terdahulu anugerah ini. Anugerah ini menonjolkan pencapaian berterusan TK Elevator dalam menyediakan dan memasang beberapa penyelesaian mobiliti yang paling inovatif dan bertumpu pelanggan di seluruh dunia.

Bertempat ditapak bekas lombong arang batu, Taman Botani Taiyuan ditransformasikan menjadi taman landskap moden dan muzium oleh firma arkitek Austria Delugan Meissl. Ciri-ciri utama taman ini termasuk tiga rumah hijau berkubah dan teres besar yang menyediakan pemandangan panoramik di seluruh taman ini. Kemuncak projek ini ialah laluan bergerak yang memanjang melalui bukaan pada bumbung bangunan pintu masuk, disediakan oleh TK Elevator.

Pemasangan sepasang laluan bergerak 'orinoco' TK Elevator pada kecondongan 12-darjah, 1000mm lebar, 11.85m tinggi dan 62.4m rentang di taman botani bertema kelestarian ini bukan sahaja mencatatkan rekod baharu sebagai laluan bergerak paling panjang dan paling tinggi (dari segi kenaikan) yang dipasang oleh syarikat ini di China, tetapi turut memaparkan kualiti binaan dan estetik luar biasa produk TK Elevator tereka bentuk Jerman ini.

"Kepuasan pelanggan adalah sangat penting untuk TK Elevator. Sebagai unsur ikonik dalam rekaan taman ini dan satu-satunya pintu masuk ke teres panoramik ini, laluan bergerak 'orinoco' dipilih oleh pelanggan kerana rekod pencapaian terbuktinya dalam aspek keselamatan dan diyakini," kata Peter Walker, Ketua Pegawai Eksekutif di TK Elevator. "Kami berbangga dapat menunjukkan semangat keusahawanan kami dan sekali lagi memberi keyakinan dengan penyelesaian mobiliti inovatif kami."

IMEJ AKHBAR

Boleh dimuat turun DI SINI (Penghargaan: #1-3 CreatAR)

LATAR BELAKANG TK ELEVATOR

Sila muat turun penyimpan perenggan (boilerplate) kami DI SINI

Source: TK Elevator
Keywords: Construction/Building Awards