omniture

E Fund (HK) lancar MSCI China A50 ETF (Kod HKEX: 3111) bersama ChinaAMC (HK) dan CSOP

E Fund (HK)
2021-12-14 18:01 100

HONG KONG, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- E Fund Management (HK) mengumumkan pelancaran "E Fund (HK) MSCI China A50 Connect ETF" atau "E Fund A50" (kod saham 03111) di HKEX, disenaraikan pada 14 Disember. ETF menjejaki prestasi MSCI China A50 Connect Index yang memilih 50 saham daripada saham komponen dalam Shanghai-Hong Kong Stock Connect dan Shenzhen-Hong Kong Stock Connect, memfokuskan kepada aset teras Saham A China. Dalam pasa itu, dua syarikat pengurusan aset yang lain di Hong Kong, ChinaAMC (HK) dan CSOP telahpun melancarkan produk ETF yang serupa bersama E Fund (HK) minggu ini.

Kod kaunter untuk E Fund A50 masing-masing ialah 03111 untuk HKD dan 83111 untuk RMB. Setiap lot niaga ialah 100 unit, berharga 2.6RMB. Yuran langganan minimum bagi setiap lot ialah 260 RMB. Nick Li, Pengarah E Fund HK Product and Solution, menyebut bahawa syarikat-syarikat yang terkandung dalam MSCI China A50 Connect Index memiliki dua ciri yang tersendiri. Pertama, indeks ini memfokuskan kepada syarikat-syarikat yang lebih besar dengan wajaran indeks yang tinggi. Keduanya, ia mencari pendedahan sektor yang luas untuk pempelbagaian yang lebih besar. Indeks ini memilih dua sekuriti terbesar daripada setiap 11 sektor GICS® sementara 28 sekuriti yang tinggal dipilih daripada indeks induk MSCI China A mengikut wajaran indeks hingga jumlah kiraan mencecah 50. Indeks ini meningkatkan proposisi ekonomi baharu dan meningkatkan wajaran khusus sektor tenaga baharu, elektronik, perubatan dan sektor-sektor lain, dengan setiap industri menyumbang tidak lebih daripada 20%. Dalam era keneutralan karbon dan emisi puncak, penduduk yang semakin meningkat usia, penaiktarafan penggunaan dan inovasi teknologi, perubahan wajaran indeks ini dapat mencerminkan dengan lebih baik prospek masa depan pembangunan China.

Berbanding dengan indeks yang serupa seperti FTSE A50 dan Shanghai Stock Exchange 50 Index, indeks MSCI China A50 telah mengukuhkan proposisi Contemporary Amperex Technology Company yang menduduki tempat pertama dalam indeks ini. Peneraju industri tenaga baharu CATL memiliki nilai pasaran keseluruhan sebanyak kira-kira 1.5 trilion.

Walaupun memberi tumpuan pada saham cip biru bermodal besar, indeks ini memiliki pengedaran industri yang lebih seimbang, dirancang dengan mengutamakan masa depan, menjadikannya indeks lebih efektif yang menonjolkan pembangunan saham-A China. Mulai 30 November 2012, yang merupakan tarikh asas indeks ini, sepanjang sembilan tahun yang berakhir pada 30 November 2021, indeks ini memiliki kadar pulangan kumulatif sebanyak hampir 170%. Pada 12 Jun 2015, indeks ini mencapai puncak pertamanya lantaran pasaran bul dan sejak itu meraih pencapaian baharu yang selanjutnya. Menjelang penghujung November 2021, kadar pulangan indeks ini mencecah hampir 30% berbanding dengan puncak 12 Jun 2015 (Data dikumpul daripada Wind).

Tiga syarikat pengurusan aset Hong Kong yang diketuai oleh E Fund (HK) akan melancarkan produk ETF yang menjejaki prestasi MSCI China A50 Connect Index. Dua produk yang tinggal ialah ChinaAMC MSCI China A50 Connect ETF (02839) dan CSOP MSCI China A50 Connect ETF (03003).

Source: E Fund (HK)
Related Stocks:
HongKong:3111
Keywords: Banking/Financial Service New products/services