omniture

Japan Airlines menganugerahkan lanjutan selama 5 tahun kepada CHAMP

CHAMP Cargosystems
2021-12-17 12:56 29

LUXEMBOURG, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Japan Airlines (JAL) dan CHAMP Cargosystems telah melanjutkan kerjasama mereka yang amat berjaya selama lima tahun lagi.

Syarikat penerbangan tersebut telah menggunakan penyelesaian Cargospot CHAMP yang terkenal untuk menguruskan proses perniagaan kargo hariannya sejak tahun 2014. Sejak itu, JAL telah bekerjasama dengan CHAMP dalam pelbagai projek transformasi digital yang hebat yang dibangunkan di sekitar ekosistem Cargospot termasuk pelancaran platform perniagaan kargo yang membolehkan proses serba lengkap yang didigitalkan di seluruh operasi domestik syarikat penerbangan ini serta suatu penyelesaian berasaskan API yang unik yang membolehkan para pelanggan syarikat penerbangan ini membuat perbandingan dan menempah pelbagai pilihan pengangkutan udara ke udara dan darat.

Melalui pelanjutan kerjasamanya dengan CHAMP, Cargospot akan kekal sebagai asas IT bagi perniagaan kargo JAL yang membolehkan syarikat penerbangan tersebut memanfaatkan penyelesaian ini sambil terus berkembang demi manfaat komuniti pelanggan CHAMP yang besar dan kian berkembang. Operasi Cargospot JAL akan ditambah dan dipertingkatkan lagi dengan penggunaan berterusan oleh syarikat penerbangan ini ke atas Pengurus ULD dan perkhidmatan pematuhan Traxon CHAMP yang menyokong pengisytiharan pramuatan dan praketibaan kepada pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan.

"Ekosistem Cargospot mempunyai potensi yang besar untuk komuniti pelanggan kami yang semakin berkembang," kata Nicholas Xenocostas, Naib Presiden Penglibatan Pelanggan dan Komersial CHAMP Cargosystems. "Penyelesaian kami telah dan akan terus menjadi teras operasi kargo Japan Airlines. Cargospot dan perkhidmatan CHAMP yang lain terus berkembang selaras dengan keperluan perniagaannya yang baharu dan kekal menjadi sebahagian daripada transformasi digital jangka panjang kami.

CHAMP berbesar hati kerana Japan Airlines memperbaharui keyakinannya terhadap teknologi dan kakitangan kami."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.champ.aero.

Tentang CHAMP 

CHAMP Cargosystems menyediakan rangkaian penyelesaian IT dan perkhidmatan pengedaran bersepadu yang paling komprehensif untuk rantaian pengangkutan kargo udara. Portfolio syarikat ini merangkumi sistem pengurusan teras, perkhidmatan pertukaran data digital dan penyelesaian e-Kargo. Ia termasuk aplikasi bagi memenuhi keperluan kastam dan keselamatan, pengoptimuman kualiti serta keperluan e-pengangkutan dan mobiliti. Produk dan perkhidmatan tersebut terkenal di bawah jenama Cargospot, Traxon dan Logitude.

Syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada lebih 200 buah syarikat penerbangan dan GSA (ejen jualan am) serta menghubungkan syarikat-syarikat ini dengan kira-kira 3,000 buah syarikat penghantaran dan GHA (ejen pengendalian darat) di seluruh dunia. Penyelesaian CHAMP membantu para pelanggannya dan pelanggan mereka untuk menyesuaikan dengan perubahan yang penting dan berterusan dalam logistik pengangkutan udara bagi memenuhi permintaan perdagangan global.

CHAMP Cargosystems beribu pejabat di Luxembourg dan mengendalikan pejabat di London, Zurich, Frankfurt, Manila, Singapura dan Atlanta.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.champ.aero.

 

Source: CHAMP Cargosystems
Related Links:
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Travel Licensing/marketing agreements