omniture

Next.e.GO Mobile melancarkan Aplikasi "e.GO Connect" ketika meraikan keluaran kenderaan elektrik menggunakan bateri yang ke-1,000 daripada barisan pengeluarannya di Jerman

Next.e.GO Mobile
2021-12-17 20:31 154

-  Aplikasi ini dibina berasaskan seni bina digital IOP e.GO yang mengutamakan teknologi.

-  Pelancaran ini menyokong komitmen syarikat untuk menjadikan mobiliti sifar karbon lebih pintar dan lebih terhubung.

-  Pelancaran ini dilaksanakan serentak dengan kejayaan pengeluaran e.GO Life yang ke-1,000 daripada kilang mikro di Aachen.

-  Pengaktifan kenderaan pelanggan telah bermula dan akan dilakukan mengikut kumpulan.

AACHEN, Jerman, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE, pengeluar bebas bagi kenderaan elektrik yang inovatif dan lestari dari Jerman yang memanfaatkan kemudahan pembuatan kilang mikro canggih, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi e.GO Connect yang telah lama dinantikan sempena meraikan pengeluaran e.GO Life yang ke-1,000 daripada kilang mikro di Aachen. e.GO Connect kini tersedia untuk pengguna iOS serta Android dan boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play. Program ini telah dimulakan dan kenderaan akan dihubungkan ke platform e.GO secara beransur-ansur.

 

e.GO Mobile launched new App e.GO Connect
e.GO Mobile launched new App e.GO Connect

 

Pelancaran aplikasi digital e.GO (e.GO Connect) menyokong komitmen syarikat untuk menjadikan mobiliti bandar bukan sahaja lebih lestari, malah lebih pintar dan terhubung. Aplikasi ini menawarkan para pemilik e.GO dengan perkhidmatan yang lebih mudah dan mempunyai nilai tambah apabila mereka menggunakan e.GO Life. Ciri-ciri pertama yang tersedia termasuk status kenderaan dan bateri masa nyata, perancang perjalanan, pencari kereta, hubungan perkhidmatan serta metrik dan statistik utama tentang tingkah laku pemanduan dan pelbagai lagi. Kesalinghubungan ini adalah asas untuk mendayakan pelbagai perkhidmatan pada masa hadapan seperti penyelenggaraan ramalan.

Ali Vezvaei, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah berkata: "Kami berhasrat untuk membolehkan pelanggan kami membeli kenderaan e.GO ini semudah mereka membeli telefon pintar dengan pengecasan serta penggunaan selancar mereka menggunakan telefon pintar. Pengalaman pengguna yang unik dan terhubung secara digital ini mentakrifkan inovasi dan strategi digital kami".

e.GO merupakan pengeluar BEV Eropah bebas yang pertama mencapai pengeluaran beribu-ribu buah kereta. Syarikat ini komited untuk menyumbang kepada mobiliti bandar sifar karbon sambil terus meningkatkan pengeluaran pada tahun 2022 dan seterusnya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1711522/Next_e_GO_Mobile_1.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Next.e.GO Mobile
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services