omniture

GameChange Solar Umum Pelaburan Saham Pilihan Bernilai $150 Juta daripada Koch Strategic Platforms

GameChange Solar
2021-12-18 03:16 290

NORWALK, Connecticut, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- GameChange Solar Holdings Corp. ("GameChange Solar" atau "GameChange"), sebuah syarikat penyedia sistem pemparaan dan penjejak yang terkemuka untuk loji kuasa solar berskala utiliti, hari ini mengumumkan bahawa Koch Strategic Platforms ("KSP"), anak syarikat Koch Investments Group telah membuat pelaburan sebanyak $150 juta dalam GameChange bagi menyokong matlamat pembangunan strategik syarikat tersebut.


GameChange Solar telah berkembang dengan ketara sejak penubuhannya pada tahun 2012, daripada sebuah syarikat penyedia serantau bagi sistem pemparaan kecondongan tetap kepada penyedia global bagi penyelesaian pemasangan solar berskala komersial dan utiliti yang komprehensif, penjejak dan perisian untuk firma-firma pembangun tenaga boleh diperbaharui serta Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan ("EPC"). Syarikat ini telah disenaraikan oleh Wood Mackenzie sebagai syarikat penjejak solar yang ke-3 terbesar di peringkat domestik dan vendor ke-6 terbesar di seluruh dunia pada tahun 2020. Pelaburan oleh KSP ini akan membantu menjana pertumbuhan berterusan pada tahun 2022 dan seterusnya.

Ketua Pegawai Kewangan GameChange, Mark Gibbens berkata, "Kami teruja kerana dapat melancarkan fasa pertumbuhan kami yang seterusnya dengan pengesahan daripada sebuah syarikat pelabur utama dalam bidang transformasi tenaga. Koch menawarkan bukan sahaja modal untuk berkembang tetapi peluang untuk saling memanfaatkan keupayaan setiap organisasi."

KSP telah memberi tumpuan kepada pelaburan transformasi tenaga sebagai salah satu teras cabang perniagaan menegaknya melalui pelaburan strategik dalam syarikat-syarikat yang berpotensi kukuh dan membawa pembaharuan kepada pasaran. Terkini, KSP telah mengumumkan pelaburan dalam rantaian nilai bateri dan sumber baharu infrastruktur dan penyimpanan tenaga. 

"KSP teruja untuk melabur dalam GameChange Solar kerana ia memberikan penyelesaian tenaga solar yang bermanfaat ke pasaran," kata Jeremy Bezdek, Pengarah Urusan Koch Strategic Platforms. "Kami percaya bahawa tawaran ini akan terus membawa pembaharuan secara positif terhadap industri ini dan berharap dapat membantu mempercepat pertumbuhan pada masa hadapan."

Sorotan Urus Niaga:

  • Pelaburan saham pilihan sebanyak $150 juta ini, sekiranya ditukar, akan mewakili pegangan minoriti dalam GameChange Solar;
  • Pelaburan ini dilakukan susulan usaha wajar yang menyeluruh terhadap penyelesaian pemasangan solar, penjejakan dan perisian, prestasi sejarah dan perancangan projek GameChange yang canggih; dan
  • Kesemua pihak terus meneroka perkongsian strategik dalam bidang tumpuan utama yang menyokong peluang pertumbuhan tambahan untuk GameChange Solar dan Koch.

Selain daripada pelaburan modal baharu tersebut, GameChange bersama-sama dengan beberapa anak syarikat Koch Industries komited untuk bekerjasama dalam meneroka sinergi strategik di seluruh syarikat utama termasuk KBX yang menyediakan penyelesaian pengangkutan, logistik dan teknologi global melalui alat dan perkhidmatan berteknologi tinggi serta Koch Engineered Solutions ("KES").

Perolehan bersih pelaburan ini akan digunakan oleh GameChange Solar untuk mencapai objektif berikut:

  • Terus mengembangkan bahagian pasarannya yang mantap di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia;
  • Mempercepat penyelidikan dan pembangunan produk, termasuk keseimbangan peningkatan margin bagi penyelesaian sistem, sebuah teknologi penjejak 2P baharu, sistem kecondongan tetap baharu dan perisian penjejak canggih; 
  • Mengembangkan pangkalan pelanggan yang berkualiti tinggi dan pelbagai; dan
  • Memperluas kehadiran pembuatan dan penggunaan antarabangsa.

Penjajaran Strategik dengan Perniagaan Koch 

GameChange sedang meneroka peluang untuk menyediakan penjajaran yang saling bermanfaat dengan beberapa perniagaan industri Koch. Sebagai contoh, beberapa perniagaan dalam Koch boleh membantu dalam cara berikut:

  • Berusaha untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan global GameChange yang luas, memanfaatkan skala dan kecanggihan KBX;
  • Memanfaatkan kemajuan dalam perisian dan penyelesaian pengurusan tenaga yang dibangunkan oleh syarikat Koch; dan
  • Memastikan syarikat ini mempunyai kebolehlihatan dalam pasaran penyelesaian tenaga alternatif yang berkembang pesat dengan memanfaatkan pelaburan sedia ada dan akan datang oleh Koch Strategic Partners.

Citi bertindak sebagai ejen penempatan tunggal dan penasihat strategik, manakala Goodwin Procter bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada GameChange dalam urus niaga ini. Jones Day bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Koch.

Tentang GameChange Solar 

GameChange Solar menyediakan penyelesaian pemasangan solar berskala komersial dan utiliti yang komprehensif, penjejak dan perisian untuk firma-firma pembangun tenaga boleh diperbaharui serta kejuruteraan, perolehan dan pembinaan di seluruh dunia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan telah berkembang pesat dengan mencapai bahagian pasaran yang signifikan (ke-3 tertinggi di A.S. dan ke-6 tertinggi di seluruh dunia) dan telah menjual lebih 16 GW projek di seluruh dunia.

GameChange menawarkan rangkaian produk dan perisian proprietari, termasuk Genius Tracker yang dipatenkan yang membolehkan pemasangan pantas dan jumlah kos projek yang rendah dengan bahan pembinaan berkualiti tinggi untuk sistem potret modul silikon satu dan dua serta menyokong semua modul FirstSolar. GameChange turut menawarkan penyelesaian kecondongan tetap untuk sistem tiang dan balast. Akhir sekali, Syarikat ini sedang membangunkan keseimbangan penyelesaian sistem serta penyelesaian penjejak dan pemasangan solar lain yang inovatif.

GameChange hadir di setiap benua yang berpenduduk dan bersedia untuk terus berkembang meliputi seluruh landskap A.S. dan antarabangsa. GameChange menggunakan model pembuatan kontrak modal rendah dengan gabungan strategi rantaian bekalan yang fleksibel bagi meningkatkan keuntungan sambil mengurangkan keperluan modal kerja. Ibu pejabat global Syarikat ini terletak di Norwalk, Connecticut. https://www.gamechangesolar.com

Tentang Koch Strategic Platforms 

KSP yang mempunyai pejabat di Atlanta dan Wichita, berhasrat untuk menjadi rakan pelaburan pilihan bagi syarikat-syarikat strategik yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan berinovasi dengan potensi untuk membawa pembaharuan dalam industri. Ditubuhkan pada tahun 2020, pasukan KSP membuat pelaburan awam dan swasta dalam syarikat-syarikat yang boleh merealisasikan manfaat jangka panjang bersama. https://www.kochind.com/ 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
GameChange Solar
Mark Gibbens, Ketua Pegawai Kewangan
investor.relations@gamechangesolar.com
+1 (203) 769-3793

Koch Industries 
Christin Fernandez, Pengarah Komunikasi
christin.fernandez@kochps.com
+1 (202) 879-8546

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1712034/GameChange_Solar_Stock_Investment.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1592922/GameChange_Solar_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: GameChange Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Socially Responsible Investing