omniture

HB Antwerp Mengumumkan Pelancaran Signum - Jenama Mewah Pertama yang Diperkenalkan di Metaverse - Dengan Pelancaran NFT

HB Antwerp
2021-12-19 13:00 159

Signum akan merapatkan jurang dunia fizikal dan digital dalam industri berlian 

ANTWERP, Belgium, 19 Disember 2021 /PRNewswire/ -- HB Antwerp, syarikat permulaan keusahawanan berlian, dengan bangganya mengumumkan pelancaran jenama mewah pertama yang dicipta oleh alam semula jadi dan ditampilkan di Metaverse, Signum

Signum ialah jenama berlian berpengalaman yang ditujukan kepada generasi pengguna mewah baharu yang menghargai ekspresi diri, ketelusan dan kelestarian. Signum memanfaatkan model perniagaan dan teknologi rantaian blok yang unik untuk menghubungkan pemilikan berlian fizikal dan digital, menggabungkannya ke dalam satu komuniti tunggal. Signum berhasrat untuk memperkasakan komunitinya untuk:

  • menjadi pencipta bersama dan pereka bentuk berlian digilap fizikal yang diukir secara mahir daripada berlian kasar semula jadi;
  • melabur dalam produk yang akan mengekalkan nilainya melalui token tidak sepiawai (NFT); dan
  • mempunyai kesan positif terhadap kehidupan berjuta-juta orang di Afrika melalui pelaburan ekonomi dan sosial Signum di setiap negara asal berlian.

Untuk meraikan penciptaan jenama dan asal usul digital/fizikalnya, Signum bekerjasama dengan komuniti NFT Next Decade untuk membangunkan pelancaran produk sulung NFT yang diinspirasikan oleh berlian.

BunsLandxSignum ialah koleksi 12 NFT berlian "metakasar". Setiap satu mewakili berlian kasar tertentu dan mencerminkan komposisi unik batu permata tersebut dan potensi masa depan untuk berubah menjadi berlian "metagilap" berbilang. Pembeli akan mendapat akses kepada keluaran NFT pada masa akan datang dan menyertai komuniti BunsLand secara eksklusif. NFT tersebut tersedia untuk dibeli melalui https://store.buns.land/.

"Dengan Signum, kami mencipta jenama berlian baharu untuk pengguna masa depan, menggabungkan produk yang diperkukuhkan mengikut tradisi dengan pendekatan bukan tradisional. Kami melihat berlian sebagai seni yang dicipta dalam alam semula jadi, dibentuk oleh kreativiti dan inovasi," kata Shai de Toledo, Pengasas Bersama HB Antwerp. "Melalui rangkaian NFT BunsLandxSignum edisi pertama, kami menawarkan peluang pelaburan terbuka dalam berlian kasar ketika kami memasuki era baharu barangan mewah."

"Orang ramai akan menggunakan lebih banyak produk digital pada hari-hari akan datang dan Signum merupakan salah satu jenama mewah perintis yang berinovasi dalam bidang ini, iaitu Metaverse," kata Alexandre Frih, Pengasas Next Decade. "Dengan BunsLand, kami berbangga dapat membolehkan Signum memasuki era digital ini dengan jayanya. "

Tentang Signum
Signum ialah sebuah jenama pengalaman mewah yang menghubungkan pemilikan berlian fizikal dan digital. Signum memberi peluang kepada pengguna untuk memupuk penciptaan bersama berlian dalam apa jua bentuk yang merupakan ekspresi terbesar diri individu mereka, bermula dengan berlian semula jadi yang kasar. Melalui model perniagaannya yang unik dan penggunaan teknologi rantaian blok, Signum mengeluarkan pelanggannya daripada batasan, konvensyen dan jangkaan yang wujud dalam pengalaman membeli berlian tradisional dan sebaliknya menggalakkan kreativiti untuk pengalaman yang benar-benar boleh disesuaikan.

Tentang HB Antwerp
HB Antwerp ialah sebuah syarikat berlian yang berpangkalan di Antwerp yang memberi tumpuan kepada penyumberan, analisis, pemotongan dan penggilapan berlian yang dipacu teknologi. HB menggunakan metodologi inovatif yang direka untuk mempermudahkan kerumitan dan cabaran rantaian bekalan berlian global serta meningkatkan ketelusan. HB Antwerp mengesahkan setiap peringkat rantaian nilainya menggunakan rantaian blok uniknya sendiri dan teknologi proprietari kebolehkesanan.

Sila Hubungi: Margaux Donckier, margaux@hbantwerp.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1712769/Signum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: HB Antwerp
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining/Metals Precious Metals Retail Blockchain