omniture

Xinhua Silk Road: 20 tahun berlalu, Chery Automobile China saksikan pengembangan kukuh dalam pasaran luar negara

Xinhua Silk Road
2021-12-29 08:22 147

BEIJING, 29 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Sejak Chery Automobile Co., Ltd. memulakan eksport luar negara pertamanya pada bulan Oktober 2001, perusahaan ini telah meraih keuntungan yang kukuh dalam pengembangan pasaran luar negara. Ia tersenarai di kedudukan pertama bagi jumlah eksport kenderaan penumpang jenama Cina selama 18 tahun berturut-turut dan merupakan jenama kereta penumpang Cina pertama yang mengeksport lebih daripada 200,000 buah kereta setahun.

Chery Automobile China menyaksikan pengembangan kukuh dalam pasaran luar negara selama 20 tahun.
Chery Automobile China menyaksikan pengembangan kukuh dalam pasaran luar negara selama 20 tahun.

Ketika ini, Chery telah mewujudkan enam tapak penyelidikan dan pembangunan, sepuluh kilang, lebih daripada 1,500 wakil penjual luar negara dan outlet servis dengan eksport kumulatif mencecah hampir 2 juta buah kenderaan di luar negara.

Lebih banyak usaha juga telah digiatkan oleh Chery untuk mendorong inovasi teknologi sains seperti ujian perlanggaran, cip, bateri serta interaksi manusia-mesin.

Di pusat ujian Longshan Chery, terdapat lebih daripada 300 perlanggaran kereta sebenar dan lebih daripada 500 perlanggaran kereta simulasi setiap tahun yang bukan sahaja dapat memenuhi piawaian keselamatan domestik, tetapi juga piawaian Eropah dan AS. Keselamatan merupakan keutamaan tertinggi antara indeks utama sebuah kereta yang lain, seperti yang didakwa oleh Yin Tongyue, pengerusi Chery Automobile.

Ketika ini, automobil Chery telah merealisasikan interaksi berbilang mod dan interaksi berbilang dimensi. Di dalam kokpit, peralatan pintar dapat membantu merealisasikan interaksi manusia-komputer melalui riak wajah pemandu, bentuk mulut dan pergerakan tubuh badan.

Demi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan luar negara, Chery juga bekerjasama dengan IFLYtek, sebuah syarikat pertuturan pintar dan kecerdasan buatan bagi membolehkan kereta Chery mengenal pasti bahasa-bahasa seperti bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Arab, bahasa Parsi dan sebagainya.

Selain itu, Chery membangunkan produk selaras dengan keadaan persekitaran, pasaran serta tingkah laku pengguna dalam pasaran luar negara.

Di Amerika Selatan, jurutera Chery meningkatkan kuasa kenderaan lantaran keadaan jalan raya tempatan yang teruk dan jalan bukit yang berpusing-pusing sementara di Timur Tengah, jurutera mengukuhkan pengedap kereta bagi melindungi bahagian kenderaan yang haus akibat pasir yang terapung di udara.

Di Rusia, Chery telah menjalankan beribu-ribu tinjauan pelanggan secara bersemuka dan temu bual melalui telefon pada tahun ini. Chery sentiasa menjadi "kereta nasional" di mata rakyat tempatan dan telah meraih gelaran "Jenama kereta Cina paling popular" di Rusia selama lima kali berturut-turut.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/325580.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation Corporate Expansion