omniture

CGTN: Tahun 2021 yang luar biasa signifikan: Bagaimana sejarah Parti menggerakkan negara

CGTN
2022-01-05 00:50 137

BEIJING, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bagaimana dunia akan menggambarkan tahun 2021 untuk China dan parti pemerintahnya, Parti Komunis China (CPC)? Daripada kata-kata Presiden Cina Xi Jinping, tahun 2021 merupakan "tahun dengan kepentingan yang luar biasa."

Menyambut ulang tahun keseratus CPC bukanlah satu-satunya sorotan utama. Kempen untuk mengkaji sejarah Parti, sidang pleno keenam Jawatankuasa Pusat CPC ke-19, resolusi terhadap pencapaian penting dan pengalaman bersejarah CPC sepanjang abad yang lalu turut menunjukkan bagaimana CPC telah melaksanakan "revolusi kendiri yang berani untuk memperoleh inisiatif bersejarah."

Mendapat kekuatan daripada sejarah 

Sejarah muncul sebagai sesuatu yang dikatakan istilah popular untuk semua anggota CPC pada tahun 2021.

Pada permulaan tahun tersebut, CPC melancarkan kempen untuk mengkaji sejarah Parti bagi menggerakkan seluruh Parti dan negara ini untuk menumpukan perhatian sepenuhnya bagi membangunkan China sosialis moden dengan penuh keyakinan.

Ditubuhkan pada Julai 1921 dengan lebih 50 ahli sahaja, CPC berkembang menjadi parti politik yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 95 juta ahli.

Kempen tersebut membawa kepentingan yang besar dan cukup luas untuk membina parti pemerintah Marxis yang lebih kuat dan berusaha untuk mencapai kejayaan sosialisme yang besar dengan ciri-ciri Cina demi era baharu pada titik permulaan bersejarah yang baharu, menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat CPC.

Semasa melawat sebuah pameran mengenai sejarah CPC pada bulan Jun, Xi menegaskan bahawa "sejarah parti ini merupakan buku teks yang paling jelas dan meyakinkan."

Beliau berkata penting untuk mengkaji dan menyemak semula sejarah Parti, meneruskan pengalamannya yang berharga, mengingati perjalanan perjuangannya, menggalas misi bersejarah dan mengambil kekuatan daripada sejarahnya untuk maju ke hadapan.

Ketika Parti ini menyambut ulang tahun keseratusnya, China mengumumkan kejayaan penting dalam membina sebuah masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek, yang turut dikenali sebagai masyarakat "Xiaokang" dalam bahasa Cina yang turut menjadi matlamat seratus tahun pertama Parti ini.

Menyampaikan ucapan Tahun Baharu 2022 beliau pada hari terakhir tahun 2021, Xi menggesa rakyat Cina agar "tidak pernah bersandar pada apa yang telah kita capai" dan menegaskan bahawa "masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi".

Melangkah menuju masa depan 

"Melaksanakan revolusi kendiri yang berani untuk memperoleh inisiatif bersejarah", seperti yang ditegaskan oleh presiden dalam ucapan beliau, merupakan satu lagi tema pada tahun 2021.

Pada bulan November, satu resolusi penting telah diterima pakai di sidang pleno keenam Jawatankuasa Pusat CPC ke-19. Resolusi ini mengkaji semula usaha Parti sepanjang abad yang lalu, menetapkan garis panduan untuk Parti ini mencapai rejuvenasi negara dengan belajar daripada sejarah.

Plenum itu juga mengambil keputusan untuk mengadakan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 pada separuh kedua tahun 2022, sebuah acara sangat penting yang memiliki kepentingan politik yang besar baik untuk Parti mahupun negara ini.

Kajian semula ini akan membantu memimpin rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik untuk mencapai kejayaan baharu dan hebat bagi membina sosialisme dengan ciri-ciri Cina dalam era baharu, kata Xi dalam ucapan penjelasan beliau mengenai resolusi ini.

Resolusi ini menekankan pengalaman penting dalam 10 aspek yang terkumpul sepanjang 100 tahun yang lalu termasuk mendukung kepimpinan Parti, mengutamakan rakyat terlebih dahulu, memajukan inovasi teori, kekal bebas, mengikuti laluan Cina, mengekalkan wawasan global, menceburi bidang baharu, membela diri sendiri, menggalakkan barisan hadapan yang bersatu padu dan kekal komited terhadap reformasi kendiri.

Resolusi ini turut menegaskan kepentingan penentu kedudukan teras Xi dan "Pemikiran Xi".

Pada tahun 2022, Parti ini akan terus memimpin rakyat Cina menuju matlamat keseratus tahun keduanya untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek menjelang pertengahan abad ini bagi menyambut ulang tahun keseratus Republik Rakyat China.

"Kita harus sentiasa mengekalkan perspektif jangka panjang, sentiasa berhati-hati akan risiko yang boleh berlaku, mengekalkan tumpuan dan keazaman yang strategik serta 'mencapai kejayaan yang luas dan hebat dan dalam masa yang sama menangani hal yang halus dan kecil'," kata Xi pada hari Jumaat lalu.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-02/Exceptionally-significant-2021-How-the-Party-history-mobilized-nation-16uoyfpPgd2/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements