omniture

CSafe Global Melancarkan Kebolehlihatan Penghantaran Masa Nyata untuk Portfolio Pasif

CSafe Global
2022-01-06 14:33 30

CSafe kini menawarkan kebolehlihatan masa nyata dan pesanan dalam talian untuk Bungkusan VIP dan Penyelesaian Sel & Genetik.  

DAYTON, Ohio, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- CSafe Global, peneraju inovasi dalam penyelesaian kawalan suhu untuk industri farmaseutikal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluas platform kebolehlihatan dan teknologi penghantaran masa nyata syarikat bagi portfolio Bungkusan VIP dan Sel & Genetik  milik syarikat.

Example view of a CSafe Global parcel shipment in the company's shipment visibility platform.
Example view of a CSafe Global parcel shipment in the company's shipment visibility platform.

Pelanggan yang memilih untuk memasukkan peranti pemantauan dalam penghantar kawalan haba VIP mereka, akan mempunyai akses 24/7 kepada data masa nyata dan pilihan untuk menerima amaran melalui e-mel, SMS atau melalui platform untuk:

  • Suhu muatan
  • Lencongan / kelewatan laluan
  • Suhu persekitaran 
  • Kelembapan persekitaran
  • Berlaku kejutan
  • Berlaku kecondongan

Platform pesanan dan kebolehlihatan dalam talian yang dibina melalui kerjasama dengan Cloudleaf, Inc. telah direka untuk beroperasi dengan lancar menggunakan program Uji Semula & Guna Semula CSafe. Ciri-ciri dan manfaat tambahan termasuk:

  • Melakukan dan menjejak pesanan baharu
  • Melihat data sejarah pesanan
  • Meringkaskan penjejakan dengan menggabungkan kaedah penghantaran yang pelbagai dengan ciri-ciri penghantaran komposit
  • Menyesuaikan amaran dalam masa nyata
  • Menyesuaikan dan menyimpan lokasi laluan
  • Mengakses sejarah penghantaran
  • Menerima laporan penghantaran standard yang mematuhi GDP

Pelanggan CSafe yang tidak memanfaatkan pemantauan masa nyata dalam penyelesaian Bungkusan VIP akan masih mempunyai akses kepada platform pesanan dalam talian dan keupayaan untuk menjejaki penghantaran bungkusan di satu tempat dengan penjejakan pencapaian pembawa bersepadu untuk syarikat pengangkutan yang diluluskan.  

"Ini melengkapkan pencapaian penting seterusnya dalam inisiatif inovasi ini dan saya gembira dengan perkhidmatan yang kini dapat kami tawarkan kepada para pelanggan Bungkusan VIP dan Sel & Genetik kami," kata Patrick Schafer, Ketua Pegawai Eksekutif CSafe. "Dengan adanya sistem ini, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi sebarang keperluan pelanggan dan menyediakan ketelusan penuh berkaitan penghantaran mereka."

Ketahui lebih lanjut di csafeglobal.com

Hubungan Media: 
Lori Conaway
+1 405.633.2344
lconaway@csafeglobal.com

Tentang CSafe Global
CSafe Global menyediakan penyelesaian penghantaran kawalan suhu yang menyeluruh bagi industri farmaseutikal dan sains hayat di seluruh dunia. Sebagai inovator industri, CSafe merupakan satu-satunya penyedia penyelesaian aktif dan pasif dan menawarkan ramalan pajakan yang didayakan AI untuk memastikan ketersediaan kontena yang aktif dan kebolehlihatan penghantaran dalam masa nyata untuk kontena aktif dan pasif. CSafe menyediakan program penyelenggaraan dan penggunaan semula yang terkemuka dalam industri untuk memastikan prestasi produk yang unggul dan sejajar dengan objektif kelestarian pelanggan. Dengan kehadirannya di 150 buah negara, sokongan 24/7 dan 100% ketersediaan kontena, CSafe berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam rantaian penghantaran sejuk. csafeglobal.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1720038/CSafe_Parcel_Shipment.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1501954/CSafe_Global_logo_pms_200px_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: CSafe Global
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Transportation New products/services