omniture

Mulakan Tahun Baharu dengan Ujian Beta Terbuka Jian Xia Qing Yuan R

VNGGames
2022-01-06 18:00 73

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Beta terbuka untuk Jian Xia Qing Yuan R kini dilancarkan di iOS dan Android.

Ujian Beta Terbuka Jian Xia Qing Yuan R Bermula Hari Ini.
Ujian Beta Terbuka Jian Xia Qing Yuan R Bermula Hari Ini.

Ini merupakan dunia retro Jian Xia Qing Yuan Online, dilancarkan pada tahun 2003, dikemas kini dan dialihkan untuk peranti mudah alih. Buat mereka yang membesar dengan bermain permainan video ini, kini mereka berpeluang untuk membawa secebis nostalgia di dalam poket mereka. Dengan sifat sosial permainan dalam talian, pemain boleh menyertainya serta merta dan berhubung dengan seluruh komuniti pemain sama ada untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan daripada masa lalu atau mengetahui mengenai genre khas fantasi Cina ini.

Berlatarkan dunia 'wuxia', yang mana ahli seni mempertahankan diri dibahagikan kepada pelbagai aliran untuk menguasai pelbagai bentuk teknik rahsia, memupuk qi dan memanfaatkan kuasa unsur wuxing, ia merupakan permainan yang padat dengan erti yang mendalam dan mempunyai potensi penceritaan.

https://youtu.be/vg_3ub_NKv4  

Dinamakan sebagai duta jenama rasmi Jian Xia Qing Yuan R, Christopher Lee akan menjadi individu yang menemani anda untuk meneroka dunia Swordsman Love bersama-sama model 3D pelanduk dua serupa beliau.

Sebelum tiba di Singapura dan Malaysia, Jian Xia Qing Yuan R dilancarkan di Vietnam, China dan Taiwan. Antara banyak permainan video dengan gaya yang mengikuti perkembangan terbaharu, Jian Xia Qing Yuan R telah menawan berjuta-juta pemain di negara-negara berkenaan menerusi ciri-cirinya yang klasik namun istimewa. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu permainan MMORPG yang paling digemari di Viet Nam dan salah satu produk terbaik VNGGames.

Anda boleh memuat turun permainan ini di https://jxqy.onelink.me/GAu0/pr. Jangan lupa untuk mengikuti halaman peminat Facebook rasmi https://www.facebook.com/jxqysgmy untuk mendapatkan panduan lebih lanjut dan berita mutakhir.

Source: VNGGames
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services