omniture

STL komited terhadap pelepasan sifar karbon menjelang tahun 2030 dengan mengukuhkan fokus terhadap kelestarian

Sterlite Technologies Ltd. (STL)
2022-01-06 18:58 27

MUMBAI, India, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STLTECH), penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan komitmennya untuk menjadi sebuah syarikat neutral karbon menjelang tahun 2030. Sambil STL memacu rangkaian digital masa depan, ia mempercepat usahanya terhadap strategi pembangunan rangkaian kelestarian dan pembuatan sifar karbon. 

Sustainable digital network
Sustainable digital network

Baru-baru ini, di Sidang Kemuncak COP26, negara-negara terlibat telah membincangkan kepentingan tindakan segera terhadap perubahan iklim. Negara-negara tersebut telah komited untuk mengurangkan pelepasan dan mengehadkan peningkatan suhu tahunan secara purata kepada 1.5o. Menurut anggaran, Internet dan komponen rangkaian sokongan menyumbang sebanyak ~3.7% daripada pelepasan gas rumah hijau global.

Sebagai sebuah syarikat teknologi global, STL menyasarkan ke arah mewujudkan rangkaian digital yang hijau dan lestari. Bagi memastikan perkara ini terlaksana, STL telah menggariskan hala tuju selama 20 tahun untuk memenuhi komitmennya ke arah matlamat kelestarian dan sosial serta mencapai SDG PBB:

  • Pelepasan sifar karbon dalam kemudahan pembuatan menjelang tahun 2030 - STL telah mengurangkan pelepasan karbon dari kilang pembuatannya dan telah menetapkan matlamat untuk pelepasan sifar karbon menjelang tahun 2030
  • 100% loji 'Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan' yang disahkan menjelang 2030 - STL adalah yang pertama dalam industri yang mendapat pensijilan 'Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan' untuk kemudahan pembuatannya di India. Baru-baru ini, STL telah mencapai kadar pengelakan ke tapak pelupusan sebanyak 99.97% untuk loji Rakholi miliknya
  • Penyumberan lestari sebanyak 100% - Sejak beberapa tahun yang lalu, STL telah mendapatkan bahan mentah lestari untuk pembungkusan dan beralih kepada rantaian bekalan hijau
  • Penjimatan air menjelang tahun 2030 - STL mengitar semula lebih 1,41,000 m3 air di kemudahan pembuatannya dan menghasilkan lebih 4,000 m3 melalui struktur pengumpulan air hujan. Menjelang tahun 2030, ia menyasarkan untuk menjadi 100% positif air di semua lokasi pembuatannya

Berinovasi secara berterusan ke arah pembangunan produk yang mesra alam, STL telah menjalankan penilaian kitaran hayat (LCA) untuk sepuluh rangkaian keluarga dan mensasarkan untuk meliputi 100% portfolionya menjelang tahun 2030. Kabel selesta milik syarikat mampu mengurangkan kandungan plastik secara keseluruhan sementara Kabel aerial (ADSS) akan mengurangkan penggunaan termoplastik yang berbahaya seperti bebenang Aramid.

Mengulas tentang inisiatif kelestarian STL, Ankit Agarwal, Pengarah Urusan STL, berkata, "Ketika STL terus mengubah berbilion-bilion kehidupan melalui rangkaian digital, tindakan kawalan iklim arus perdana menjadi teras amalan perniagaan kami. Kami telah melakukan perubahan besar ke arah melaksanakan program impak alam sekitar melalui sisa sifar ke tapak pelupusan, penyumberan lestari, penjimatan air dan banyak lagi. Kami akan terus melabur secara agresif dalam usaha untuk menjadi sebuah syarikat neutral karbon melalui pelbagai inisiatif kecekapan tenaga."

Tentang STL 

STL ialah penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.

stl.tech |Twitter | LinkedIn | YouTube

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1720456/Sustainable_digital_network.jpg?p=medium600  

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sterlite Technologies Ltd. (STL)
Related Stocks:
Bombay:532374 Bombay:STLTECH.BO India:EQSTLTECH India:STLTECH India:STLTECH.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications