omniture

Mouser Bawakan Edisi Baharu Jurnal Teknologi Methods Terokai Persepsi Terubah dengan Teknologi Imersif

Mouser Electronics
2022-01-10 16:12 275

SHANGHAI, 10 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., peneraju New Product Introduction (NPI)™ yang memperkasa inovasi, mengumumkan edisi terbaharu jurnal teknologi dan penyelesaian Methods. Immersive Technology, edisi ketiga daripada jilid empat, menawarkan koleksi artikel yang meninjau mengenai teknologi baru muncul termasuk realiti imbuhan (AR), realiti lanjutan (XR), reality campuran (MR) dan realiti maya (VR) yang amat penting untuk menjalani kehidupan, bekerja dan belajar dalam persekitaran sensori baharu. Untuk membaca edisi baharu ini, kunjungi https://www.mouser.com/news/methods/2021-3/mouser-methods-v4i3.html.

Mouser Mempersembahkan Terbitan Baharu Jurnal Methods Technology
Mouser Mempersembahkan Terbitan Baharu Jurnal Methods Technology

"Teknologi imersif seperti VR dan AR menjadi keutamaan memandangkan syarikat-syarikat yang inovatif berusaha untuk menakrifkan semula cara kita berkolaborasi, berkomunikasi dan meluangkan masa bersama," kata Kevin Hess, Naib Presiden Kanan Pemasaran Mouser Electronics. "Edisi terbaharu Methods melampaui apa yang digembar-gemburkan untuk menjelaskan mengenai beberapa teknologi paling penting yang menyokong aplikasi baharu ini dan apa ertinya untuk masa depan kerja dan hiburan."

Edisi Immersive Technology menampilkan sumbangan daripada pakar bidang khusus yang terkemuka dalam bidang robotik, VR serta kolaborasi imersif. Edisi ini menawarkan pelbagai artikel mengenai kemajuan teknologi dan cabaran kejuruteraan dalam membentuk aplikasi baharu untuk aplikasi sensori baharu selain sedikit penerangan mengenai bunyi 3D dan penciptaan produk.

Di samping jurnal teknologi dan penyelesaian Methods, Mouser menawarkan pelbagai jenis sumber teknikal untuk jurutera reka bentuk dan pembeli termasuk blog dan e-buku. Hab kandungan Mouser membawakan sumber reka bentuk yang eksklusif, kertas putih, video serta maklumat produk bagi membolehkan jurutera reka bentuk membuat penemuan baharu dalam pembangunan dan inovasi produk.

Dapatkan semua edisi Methods, termasuk edisi terbaharu mengenai teknologi imersif di https://eng.info.mouser.com/methods-ezine/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan pilihan paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh disusur galurkan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services