omniture

ELEVATE SYDNEY BAWA TAHUN 2022 KE KEMUNCAK BAHARU


NSW Government
Destination NSW
2022-01-11 00:38 181

SYDNEY, 11 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Cahill Expressway Sydney ditransformasikan menjadi pentas bertaraf dunia sempena perayaan hiburan dan kebudayaan di luar secara percuma selama lima hari ELEVATE Sydney. ELEVATE Sydney berlangsung mulai 1-5 Januari 2022 dan menampilkan lebih daripada 180 artis Australia yang terkenal mulai jam 8 pagi hingga jam 10 malam.

 

 

 

 

 

ELEVATE Sydney menghimpunkan pelbagai campuran artis dan genre Australia serta menyediakan sesuatu buat semua orang. Acara luar menampilkan program yang penuh sesak bermula daripada hiburan kanak-kanak, pertunjukan aneka ragam bertema sukan, disko, belia, First Nations, pop dan banyak lagi.

Acara ini turut menampilkan pertunjukan dron terbesar di Hemisfera Selatan.

Sorotan utama ELEVATE Sydney termasuk:

  • ELEVATE SkyShow, yang pertama di Australia, menampilkan 500 dron berkoreografi di atas Sydney Cove sebagai amfiteater semula jadi, mewujudkan pertunjukan cahaya menakjubkan yang menghasilkan corak terperinci dipersembahkan menurut komponen bunyi asal. Bumerang, waratah dan siri animasi menceritakan kisah hebat mengenai masa lampau, masa kini dan harapan Sydney untuk tahun 2022
  • Persembahan Malam Terakhir membawakan Tones And I dan Tim Minchin 
  • ELEVATE Encore bersama artis-artis Australia yang memenangi ARIA Award Peking Duk dan Lime Cordiale 
  • Call to Country kontemporari direka oleh Rhoda Roberts AO dan persembahan oleh artis-artis First Nations yang terkemuka Electric Fields dan Troy Cassar-Daley
  • Hiburan kanak-kanak termasuk oleh The Wiggles, Bluey dan Junkyard Beats  
  • Malam disko bersama Marcia Hines, Leo Sayer dan Courtney Act 
  • ELEVATE Music mempersembahkan BVT, CXLOE, Hauskey, L-FRESH the LION dan Ngaiire 
  • Budaya sukan Australia yang terbaik dengan lima perbualan daripada legenda-legenda dan para atlet sukan termasuk atlet Sukan Olimpik Australia yang paling berjaya Emma McKeon

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan pengalaman untuk dinikmati di Sydney dan New South Wales sila ke visitnsw.com atau sydney.com. Kongsikan detik-detik Feel New Summer anda bersama #FeelNSW dan #FeelNewSydney

Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang berlangsung di Sydney dan NSW, sila ke sydney.com dan visitnsw.com 

ELEVATE SkyShow lit the skies over Sydney's Cahill Expressway with 500 choreographed drones as part of ELEVATE Sydney 2022.
ELEVATE SkyShow lit the skies over Sydney's Cahill Expressway with 500 choreographed drones as part of ELEVATE Sydney 2022.

 

ELEVATE Sydney transformed Sydney's Cahill Expressway into the world's best stage from 1-5 January 2022.
ELEVATE Sydney transformed Sydney's Cahill Expressway into the world's best stage from 1-5 January 2022.

 

Musician Tim Minchin performed live on the world's most iconic stage - Sydney's Cahill Expressway - as part of the Final Night of ELEVATE Sydney 2022.
Musician Tim Minchin performed live on the world's most iconic stage - Sydney's Cahill Expressway - as part of the Final Night of ELEVATE Sydney 2022.

 

Tones And I performing live at the Final Night of ELEVATE Sydney, the inaugural event which transformed Sydney's Cahill Expressway into the world's best stage.
Tones And I performing live at the Final Night of ELEVATE Sydney, the inaugural event which transformed Sydney's Cahill Expressway into the world's best stage.

 

ELEVATE SkyShow, where 500 choreographed drones lit the skies above Sydney Harbour as part of ELEVATE Sydney 2022.
ELEVATE SkyShow, where 500 choreographed drones lit the skies above Sydney Harbour as part of ELEVATE Sydney 2022.

CATATAN UNTUK EDITOR

 *Muat turun pakej kandungan ELEVATE Sydney termasuk rakaman sorotan harian dan pilihan imej di sini.

Latar Belakang ELEVATE Sydney 

ELEVATE Sydney ialah perayaan hiburan dan kebudayaan selama enam hari yang menampilkan barisan blokbuster muzik dan penghibur secara langsung dari NSW yang mengadakan persembahan di Cahill Expressway Sydney. Dilancarkan buat julung kalinya pada tahun 2022 mulai 1 hingga 6 Januari, ELEVATE Sydney merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan NSW untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi pelawat NSW dan mengesahkan lagi kedudukan Sydney sebagai destinasi acara global dan ibu kota muzik serta hiburan secara langsung Australia. ELEVATE Sydney dimiliki dan diurus oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW.

Latar Belakang Destination NSW  

Destination NSW ialah agensi Kerajaan NSW yang utama untuk industri pelancongan dan acara utama Negara serta bertanggungjawab merangka dan melaksanakan strategi-strategi untuk mengembangkan ekonomi pengunjung Negara. Tumpuan khusus kami adalah untuk memacu pelancongan serta memperoleh dan membangunkan acara-acara sukan dan kebudayaan utama untuk Sydney serta wilayah NSW. Di samping itu, Destination NSW ialah pelabur utama dalam Business Events Sydney (BESydney) dengan matlamat untuk memperoleh lebih banyak konvensyen antarabangsa, program ganjaran perjalanan insentif, acara korporat dan juga pameran.

Source:
NSW Government
Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel